eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Dikecam tawar servis kebumi kucing cara islam, bayaran RM3800,Lengkap Kafan, Solat Jenazah Dan Batu Nisan

 


Tunggang agama level apa ni? Sekarang ni ada satu pendedahan tentang operasi sebuah syarikat yang menawarkan khidmat pengebumian haiwan peliharaan.

Syarikat ini bagaimanapun telah menerima kecaman ramai kerana dituduh cuba menunggang agama. Siap ada pakej lagi nak kebumi cara macam mana ikut kaedah Islam katanya.

Perkara ini didedahkan di Twitter dan perkhidmatan ini menyediakan tapak kubur seluar 60×90 (2×3 kaki), servis menanam, batu nisan dan sijil mati. Dah macam manusia pula kau buat erk.

Pekej premium mencecah harga RM3,800…

Melihat senarai harga mereka, perkhidmatan menguruskan bangkai haiwan ini bermula RM2,100 hingga RM3,800 untuk pakej premium.



Caj itu turut lengkap dengan kafan, doa dan tapak kubur untuk haiwan peliharaan. Pakek premium pula ada tambahan servis iaitu bacaan doa, majlis pengebumian, mandi jenazah, botol untuk bulu, gambar kenangan, patung tanah 3D dan video kenangan.

Difahamkan lagi, syarikat ini dipunyai oleh bukan Muslim, jadi tak mustahillah mereka kurang faham dan terjebak dengan benda karus seperti ini.

Kredit: mStar