eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Gelagat Oyen Santai Bertenggek Atas Serban Tuan Bikin Warganet Terhibur

 


Baru- baru ini, para pencinta kucing telah berkumpul beramai-ramai bersama si bulu kesayangan masing-masing di Oh My Meow Expo yang diadakan di Midvalley Convention Centre.

Namun begitu, salah seorang pengunjung dan ‘majikannya’ telah mencuri perhatian orang ramai, termasuklah warga maya.
Seorang lelaki warga emas yang memakai serban kelihatan berjalan-jalan di dalam expo tersebut sambil ditemani ‘Oyen’ yang bertenggek di atas serban yang dipakainya.

berbeza pula dengan pakcik ini dan kucingnya. Kucing comel yang berbulu jingga ‘Oyen’ didapati selesa untuk bertenggek pada serban tuannya.

Ketika dibawa berjalan-jalan, Oyen langung tidak menunjukkan tanda-tanda rasa tidak selesa. Malah, kucing tersebut kelihatan seperti memiliki sifat ingin tahu yang tinggi terhadap persekitaran sekelilingnya.



Mungkin disebabkan kedudukan yang tinggi, Oyen dapat melihat suasana expo dengan lebih luas menerusi bahagian atas kepala tuannya.

Hubungan lelaki dan Oyen seakan-akan Pokemon dan Pokemon Trainer ini telah mencairkan hati orang ramai, khususnya pengunjung di sana.

Kelihatan beberapa pencinta kucing mengusap bahagian belakang Oyen ketika tuannya berjalan di kawasan berdekatan mereka.

t

Warga maya juga tidak dapat menahan diri daripada terpesona apabila melihat hubungan lelaki tersebut bersama Oyen yang disifatkan sangat akrab.

“Semoga Allah panjangkan umur atok untuk sentiasa bersama dengan oyennnn,” komen pengguna TikTok.

“Alaa comel, atok siap berhenti nak tengok meow lain, nak bagi cucu dia kawan, nampak kat situ atok memang humble and pencinta meow,”

Anda boleh melihat kompilasi video-video ‘sweet’ antara Oyen dan tuannya di bawah:


@7lkrnn628 Gambaran hierarki sebenar majikan 😂 #ohmypetexpo #meow ♬ Kau Ni Ape Kau Tinggal Sini Ke - Original Sound

sumber: @7lkrnn628