Apa yang menarik perhatian adalah tingkah laku kanak-kanak perempuan itu yang menyarungkan beg kertas berwarna biru pada kepala bapanya.
Umum mengetahui setiap agama di dunia ini sememangnya mempunyai kaedah sembahyang mengikut cara tersendiri.
Dalam agama Islam, sembahyang turut dikenali sebagai solat dan yang wajib dilakukan adalah solat fardu 5 waktu sehari.
Ketika solat, itulah waktu yang terbaik untuk manusia berhubung secara langsung dengan Penciptanya. Pada waktu ini, individu yang beribadah perlu khusyuk dan meninggalkan segala perkara yang berkaitan dengan dunia.
Namun, ada kalanya, fokus ibadat boleh terganggu terutama buat ibu bapa yang mempunyai anak kecil.
Bagi golongan ini, sudah pastinya tidak terlepas dengan ragam anak ketika solat antaranya seperti menangis mahukan perhatian, menarik telekung atau duduk di atas sejadah.
Anak Kacau Ketika Solat, Lelaki Tetap Fokus
Begitulah yang terjadi dengan seorang lelaki apabila dia diganggu berkali-kali oleh anak perempuannya ketika solat.
Menerusi perkongsian di akaun TikTok @acid7e, kelihatan kanak-kanak perempuan yang dipercayai berusia dalam lingkungan dua tahun menganggu bapanya ketika solat.
Kanak-kanak comel itu dilihat berdiri di atas sejadah berhadapan dengan bapanya. Apa yang menarik perhatian adalah tingkah lakunya yang menyarungkan beg kertas berwarna biru pada kepala bapanya.
Ini menyebabkan beg kertas sentiasa tersarung di kepala lelaki itu sepanjang dia mendirikan solat.
Di akhir video berkenaan, kelihatan anaknya menarik beg kertas tersebut dan sekali lagi cuba menyarung semula di kepalanya.
“Terimalah solatku Ya Allah, walau apapun rintangan,” tulis pemilik akaun di ruangan video itu.
@acid7e @amatcik ♬ Funny Song - Cavendish Music
sumber:@acid7e