eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Syahmi Syazli Perjelas luahan Isteri Bukan Berkait Politik! – “Takkan sentuh masalah air pun salah?”

 



Pengarah dan YouTuber popular, Syahmi Sazli tampil menjelaskan berhubung tindakan isterinya Anissa Faizul yang meluahkan tentang masalah air di Kelantan walaupun sudah lebih 30 tahun ditadbir oleh kerajaan negeri.

Menurut Syahmi, ramai tersalah anggap mengenai tindakan tersebut apatah lagi perniagaan air balangnya dilihat lancar beroperasi seperti biasa.

Bukan pasal kerajaan negeri atau parti politik!

“Sebenarnya Nissa kongsi posting masalah seorang kakak ni yang meluah dalam grup Facebook Pasir Mas. Dia kata  mengalami masalah air selama enam bulan, dia berniaga tak silap.

kerajaan negeri atau pasal parti (politik) ke. Ini pasal masalah rakyat… Nissa kongsi benda tu je,” katanya.

@syahmisazlinew

Isu hangat harini..

♬ original sound - Syahmi Sazli Shop

Pengarah berusia 28 tahun itu menjelaskan perkara berkenaan menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, @syahmisazlinew pada awal pagi Sabtu.

Syahmi berkata, bagaimanapun dia mengakui masalah air itu wujud bagi segelintir penduduk di
Kelantan selain menyifatkan ia bukan menjadi perkara salah sekiranya meluahkan tentang keperluan asas rakyat.




“Lebih 30 tahun dah duduk jaga (kerajaan negeri memerintah). Benda asas pun tidak boleh nak selesai.

“Dengan air la nak ambil wuduk, solat di rumah. Mandi lepas balik kerja untuk pergi masjid nak solat berjemaah.

“Kata lebih-lebih kang, cakap tak sayang pada agama. Benda asas untuk jumpa (menghadap) Sang Pencipta pun tak selesai,” ulasnya pada petang Jumaat.

Difahamkan, perkongsian Nur Idayu itu memaparkan dia mengalami masalah ketiadaan air di rumahnya di Pasir Mas sejak enam bulan lalu sekali gus sukar bagi menjalani kehidupan harian kerana terpaksa mengangkut sumber air dari masjid.

Sumber: TikTok @syahmisazlinew