eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Wanita Maut Selepas Terima Rawatan Besarkan Payudara, Pelaku Cuba Mengelak

 


Berkenalan melalui sahabatnya sendiri, seorang wanita berusia 29 tahun, Chen Weishan dilaporkan ‘meninggal’ selepas menerima rawatan pembesaran payudara daripada seorang pakar kecantikan tidak bertauliah di Skudai, Johor. Upacara pengebumian mendiang sudah dijalankan, kini suaminya, Mr Huang dalam proses membawa isu itu ke muka pengadilan sepenuhnya.



Rasa perit di bahagian dada selepas rawatan 

Jelas Mr Huang, setahunya si isteri memandu sendiri ke rumah beautician terbabit untuk menjalani rawatan estetik sulam benang sahaja bagi tujuan tegangkan kulit muka. Chen sempat menolak untuk lakukan rawatan besarkan buah dada, namun pakar kecantikan itu berkata segala kelengkapan sudah disediakan dan tidak boleh batalkan begitu sahaja. Selepas prosedur berlangsung, mendiang mula alami pening kepala, rasa perit serta bengkak pada bahagian dada. Menyangka ia cuma kesan sampingan biasa, awalnya dia masih tenang dan tidak berfikiran buruk.


Jangan cakap apa-apa pada doktor

Malangnya, ketidakselesaan yang dirasai pada dada menjadi semakin teruk. Esoknya sebelum pergi berjumpa doktor, pakar kecantikan terbabit sempat berpesan agar mendiang Chen tidak dedahkan apa-apa maklumat tentang rawatan terbabit. Hingga kini, semua teks perbualan mereka di WhatsApp sudah dipadam oleh si pelaku yang nampaknya enggan bertanggungjawab. Dalam maklumat lain, mendiang dikatakan turut alami perit di belakang badan dan kaki sehingga terpaksa dikejarkan ke ICU. 4 hari kemudian, akhirnya dia menutup mata buat selamanya.



Jangkitan kuman di sekitar dada

Tambah Mr Huang, ini adalah kali pertama isterinya menjalani rawatan estetik dan tidak menyangka ia akan bertukar kepada insiden buruk. Peliknya selepas rawatan, beautician itu tidak meminta bayaran dengan segera setelah mengetahui Chen alami keperitan di dada. Hasil pemeriksaan lanjut mendapati berlaku komplikasi akibat overdose ubat bius (anestesia) serta jangkitan kuman di sekitar dada mendiang