eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

“Bukan perempuan je, lelaki kalau berduit pun berlagak”, sekali Che Ta bidas balik buat Rosyam Nor terkedu

 

Pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta menyifatkan sifat berlagak ketika berduit tidak harusnya dilemparkan kepada golongan wanita sahaja.

Menurutnya, sikap berlagak tidak hanya tertakluk terhadap golongan wanita kerana kaum lelaki turut mempunyai sifat sedemikian sekiranya mempunyai duit yang berlebihan.

“Ada (perempuan) yang berlagak, mungkin sebab dari pengalaman mereka.

“Tidak payah perempuan pun, kalau lelaki gaji banyak sikit, terus bertaring.

“Saya rasa tidak kira lelaki atau perempuan, kalau ada duit lebih memang akan berlagak,” katanya kepada Hib Glam baru-baru ini.

Dia berkata demikian bagi mengulas kenyataan aktor Datuk Rosyam Nor yang melabel segelintir golongan wanita lebih ego apabila memiliki duit sendiri.

Dalam masa sama, untuk mengelak daripada dilabel sebagai berlagak, Che Ta memberitahu setiap individu harus bijak mengawal diri dan emosi.

“Okeylah kalau ada duit berlagak, yang tiada duit berlagak pula macam mana?

“Jadi, saya rasa yang berlagak bila ada duit tidak bergantung kepada jantina. Bila ada duit, tak kira siapa pun, akan berlagak.

“Semua orang berduit dan perlu belajar kawal diri,” ujarnya.

Baru-baru ini, Rosyam menyifatkan wanita yang bekerjaya dan memiliki pendapatan lebih daripada lelaki akan memiliki sifat angkuh dan ego.

Rosyam juga berpendapat sikap ego berkenaan juga menyebabkan masalah dan keretakan rumah tangga.