eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Mondy Minta Bapa Tiri Jangan Buka Mulut ,Jika Tidak Tahu Hal Sebenar

 

Sebelum ini, kami ada melaporkan mengenai kemelut yang melanda rapper terkenal, Caprice, Ustaz Ebit Lew (UEL) dan tiktoker Indonesia iaitu Mondy Tatto.

Isu yang membabitkan ketiga-tiga individu ini menjadi hangat selepas Mondy membuat pendedahan berhubung seorang ustaz ketika ditemubual oleh Caprice dalam podcastnya di YouTube.

Ustaz Derry dakwa Mondy keluarkan kenyataan bohong
Podcast itu kemudian menjadi perhatian ramai termasuklah seorang ustaz di Indonesia iaitu Ustaz Derry Sulaiman yang mendakwa kenyataan dikeluarkan Mondy di dalam podcast terbabit adalah bohong.

Malah dia turut menunjukkan tangkap layar bersama Mondy yang mengaku apa diceritakan adalah tidak benar dan melakukan hal tersebut untuk mendapatkan duit.

Caprice dakwa ustaz Derry padam screenshot WhatsApp, ayah Mondy mohon maaf

Walau bagaimanapun, Caprice di dalam satu hantaran di Instagram mendakwa bukti perbualan berkenaan telah dipadam oleh ustaz terbabit.

Namun disebabkan perkara itu telah menjadi sohor di media sosial Malaysia dan Indonesia. Seorang lelaki yang dipercayai adalah bapa tiri kepada Mondy lalu tampil memohon maaf atas tindakan dilakukan wanita berkenaan selain meminta perkara itu disampaikan kepada UEL. [Video]

Mondy minta bapa tiri jangan buka mulut jika tak tahu hal sebenar
Tidak mahu perkara menjadi lebih rumit, Mondy kemudian meminta agar bapa tirinya tidak mengeluarkan sebarang cerita jika tidak mengetahui hal yang sebenar.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu hantaran video yang dimuat naik oleh Caprice. Malah wanita itu turut menangis kerana kesal dengan tindakan bapa tirinya itu.

“Jangan buat-buat tahu, jangan buat cerita, bapa tu biasa mulutnya bercerita tetapi tidak tahu bagaimana keadaan anak di sini. Kami di sini sedang cuba untuk menyelesaikan masalah tetapi bapa memburukkan lagi keadaan, cerita kepada ustaz itu dan media macam ini dan macam itu.

“Selagi saya kata saya aman dan baik, saya baik. Tak perlu cerita kepada orang, sedangkan orang itu pun tidak tahu siapa.

“Untung saya berada di Malaysia bukan Indonesia,” ujar Mondy semasa menghubungi bapa tirinya.

Caprice dakwa ibu dan bapa tiri Mondy percaya dengan perbualan bersama ustaz Derry
Caprice dalam pada itu turut meluahkan rasa kasihannya terhadap Mondy kerana ibu dan bapa tirinya didakwa percaya dengan ‘bukti chat’ yang telah menjadi tular di Indonesia dan Malaysia.

“Kesian juga dekat Mondy ni.. ibu atau bapa tiri dia kena ‘gula-gula’ dengan ‘bukti chat’ yang pasti palsu dan ditunjuk dekat satu Indonesia atau Malaysia.

“Fitnah yang sangat jahat. Waktu ustaz Derry bersiaran langsung, Mondy berada di IPK Selangor lebih dari 6 jam untuk bagi keterangan atau disoal siasat,” tulis Caprice.

Akan bantu orang yang teraniaya
Jelasnya mereka bertanggungjawab untuk membantu orang yang teraniaya.

“Cap risau kalau bukan kitalah yang berani bantu mangsa macam Mondy ni.. siapa je yang berani bela?

“Allah hantar satu mangsa dengan hati yang bersih, berani dan kuat tapi paling susah untuk masyarakat percaya kerana tatu atau luaran dia.

“Kita terima ujian tersebut, insya-Allah kami bantu sampai habis,” ujarnya lagi.