eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

"Uncle ni memang ringan tulang Seronok dia dapat Anugerah"-Sekolah dipuji beri anugerah pada Uncle Cleaner

 

Kejayaan dalam sesebuah organisasi pastinya ada beberapa kumpulan sokongan yang memastikan segala pentadbiran berjalan dengan lancar. Sekecil-kecil jawatan, individu itu la yang menjadi tulang belakang sesebuah organisasi.

Kebiasaannya, individu sebegini tidak sering didendang tetapi jika ada majlis atau program besar-besaran individu ini lah yang banyak membantu dalam pelbagai sudut.

Inisiatif yang telah dilakukan oleh sebuah sekolah SMK Sultan Salahuddin Abdul Aziz ini wajar dipuji. Mereka memilih untuk menyampaikan anugerah kepada pekerja pembersihan yang mesra dipanggil uncle.

Anugerah tersebut disampaikan ketika majlis penutup Hari Merdeka.

 

Sebaik sahaja nama uncle tersebut dipanggil, kedengaran jeritan para pelajar memanggil nama uncle berulang kali. Kelihatan juga, warga emas itu sempat mengutip sampah di tepi tangga pentas lalu memasukkan ke dalam poket seluarnya sebelum naik ke pentas.

Menerusi perkongsian di TikTok itu, individu tersebut dikatakan sangat rajin dan mudah apabila meminta bantuannya. Oleh kerana sifat yang ditonjolkan itu, dia disayangi oleh semua.

“Seronok dia dapat anugerah. Terima kasih sebab banyak bantu sekolah,” tulisnya.

Rata-rata netizen memuji penghargaan yang diberikan oleh pihak sekolah kepada pekerja itu. Secara tidak langsung kata netizen, penghargaan ini juga mengajar para pelajar untuk menghormati insan-insan di belakang tabir ini.

sumber: @brader_bear