eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Drama Si Pencuri Kacak


Tonton telemovie komedi romantik terbaru, Si Pencuri Kacak mulai 20 September di tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton.

Judul : Pencuri Kacak #pencurikacak
Tarikh Tayangan di Tonton: 20 September 2023
Penulis Skrip: Rina Khan
Pengarah: Harris Fadzillah
Produksi: Saujana Dedikasi Sdn Bhd

Antara Barisan Pelakon
Ashraf Muslim sebagai Zahim
Reen Rahim sebagai Mira
Mark Adam sebagai Dean
Daniella Sya
Nabil Aqil
Watie Sadali
Camelia Natasya
Syamim Farid
Farisya Irwayu
Kamal Bakar
Ziana Zain

Sinopsis Drama Si Pencuri Kacak
Seorang novelis lelaki bernama Zahim (Ashraf Muslim) sangat kecewa dengan kegagalan novel pertamanya di pasaran. Namun, Dean (Mark Adam) telah mencadangkan agar Zahim menggunakan nama pena wanita, iaitu Zuraya Amri.

Zahim rasa tercabar apabila membaca komen-komen negatif oleh seorang Blogger, Mira (Reen Rahim) yang selalu menghentammnya di media sosial. Zahim mengambil keputusan mencuri semua novel Zuraya Amri di kedai buku milik Mira.

Malangnya, Zahim tertangkap dan terpaksa bekerja di kedai buku itu tanpa gaji demi mengelak ditangkap polis. Tetapi, apa yang paling menyukarkan adalah dia terpaksa menghadap Si Blogger yang cukup dibencinya itu selama sebulan!