eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Drama Restu (IQYI) Gandingan Pelakon Remy Ishak dan Elizabeth Tan

Drama Restu yang diarahkan oleh hanifah bakal menemui penonton di IQYI Original.Arahan Heykal Hanifah dengan barisan pelakon seperti Remy Ishak,Wanna Ali,Siti Elizad,Elizabeth Tan dan ramai lagi
Restu Tonton Full Episod :1-10 
Hari Dan Waktu Siaran : Jumaat -Sabtu Jam 9malam 
Pengarah :Heykal Hanifah 
Produksi : Infinitus Entertainment Malaysia Sdn Bhd 
 
Watak Serta Pelakon 
Remy Ihak Watak Sebagai Razak 
Wanna Ali Watak Sebagai Aini 
Puteri Rafasya Watak Sebagai Amy 
Siti ELizad Watak Sebagai Sara 
Elizabeth Tan Watak Sebgai Melanie 
Ahrinie Ahirudin Watak Sebagai Janna 
Yusuf Bahrin watak sebagai Atiq 
Junji Delfino watak sebagai Datuk Maria
 Ezzaty Abdullah watak sebagai Julia 
Adlin Aman Ramlee watak sebagai Tajul 
Muntazar Ghufran watak sebagai Kimi 
Danish Hazriq watak sebagai Danish 
Dian P Ramlee watak sebagai Maryam 

Sinopsis Penuh Drama Restu 
Razak, berumur 37 tahun, seorang pegawai eksekutif di sebuah syarikat pengiklanan. Razak kehilangan isterinya, Julia dalam satu kemalangan jalanraya dan mempunyai seorang anak perempuan bernama

 Amy, yang berusia 13 tahun. Sebagai seorang ayah tunggal, bukanlah sesuatu yang mudah untuk Razak menjaga, mendidik, dan membesarkan Amy. Ibu mertua Razak, Datuk Maria pula sering mempertikaikan kewibawaan Razak menjaga Amy dan juga berhajat untuk mendapatkan hak penjagaan Amy. Ketika berhadapan dengan pelbagai masalah membesarkan Amy, Razak mula memikirkan inilah masa yang sesuai untuk dia mencari jodoh kerana Amy juga memerlukan seorang yang bergelar ibu.

 Amy bertegas bahawa wanita pilihan Razak mestilah mendapat restu daripadanya. Razak kemudian dikejutkan dengan kemunculan sahabat arwah isterinya, Julia yang bernama Aini. Dari awal lagi, Aini memang mempunyai niat dan rancangan untuk berkahwin dengan Razak. Calon untuk menjadi isteri Razak dilengkapkan dengan kehadiran seorang influencer bernama Melanie yang terlibat dalam

 beberapa projek kerja dengan Razak. Aini mempunyai hasrat untuk mendekati and memenangi hati Razak namun pada masa yang sama, Sara, long time work bestie Razak juga muncul juga dalam kehidupan Razak. Tambahan pula, Amy juga tidak senang dengan kehadiran Aini dalam hidup Razak. Di sebalik kekalutan ini, dapatkah Razak menemukan wanita yang tepat dan sesuai untuk menjadi seorang ibu kepada Amy dan menjadi suri hatinya selepas Aini? Dapatkah bakal isterinya menempuhi dugaan hidup berumahtangga?