eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Drama Hati Tercarik Luka Adaptasi Novel Lakonan Zara Zya,Syarul Ezani

 



Tonton drama adaptasi novel Hati Tercarik Luka karya Aida Asmida akan datang di slot Samarinda TV3. Drama terbitan Creative Skill Solution dibawah arahan Emi Suffian dan skrip oleh Nieza Nahar. Mengandingkan Zara Zya dan Syarul Ezani sebagai pelakon utama.

Judul: Judul Hati Tercarik Luka #hatitercarikluka
Tonton Full Episod: 1-15
Tarikh Tayangan: 20 Disember 2023
Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3
Penulis Skrip: Nieza Nahar
Pengarah: Emi Suffian
Produksi: Creative Skill Solution Sdn Bhd

Watak Pelakon
Zara Zya sebagai Eyda Amanda
Syarul Ezani sebagai Dani Zairie
Fizo Omar sebagai Rykal
Mia Nasir sebagai Anies
Ryun sebagai Maya Maria
Jasmin Hamid sebagai Puan Safina
Aleza Shadan sebagai Hajah Ummi
Haeriyanto Hassan
Halim Radzi

Sinopsis Hati Tercarik Luka
Biarpun pelbagai dugaan dan cabaran yang terpaksa ditempuhi, akhirnya mahligai bahagia terbina jua. Eyda Amanda mengharapkan agar kebahagiaan di sisi Dani Zairie akan kekal abadi selagi hayatnya. Namun sayang, cinta sucinya dikhianati. Badai melanda lantaran kehadiran orang ketiga.

Dani Zairie tidak pernah berubah. Jejaka macho dengan trademark playboy ini mudah hanyut dalam pujuk rayu perempuan-perempuan yang menggilainya. Sehingga akhirnya, Eyda Amanda terpaksa mempertaruhkan nyawa hidup di sisi Dani Zairie. Lantaran amalan ilmu hitam, perempuan sihir yang terlalu obses untuk memiliki Dani Zairie separuh nyawa.
“Ingat Eyda! Sekali kau melangkah pergi. Akan aku pastikan kau kembali melutut ke pangkuanku lagi! Aku bersumpah tujuh keturunan kau tak akan hidup senang!” – Dani Zairie

“Demi ALLAH! Dunia akhirat aku akan menunggu setiap detik dan waktu saat pembalasan dan pengadilan ALLAH terhadap kau, Dani. Biarpun aku tidak mampu membalas dengan kudratku atas segala kekejaman dan kezaliman kau. Namun, aku pasrah dan berserah serta yakin bahawa suatu saat dan ketika, pasti balasan ALLAH akan kau terima di dunia atau di akhirat nanti!” – Eyda Amanda

“Hei perempuan! Kau dengar sini baik-baik! Kau menangis air mata darah sekalipun, kau takkan dapat balik laki kau! Ha! Ha! Ha!” – Maya Maria

Pengorbanan cinta Eyda Amanda hanya sia-sia. Percintaan yang tiada penghujungnya. Lantaran perbuatan durjana syaitan bertopengkan manusia. Permainan cinta dan kecurangan Dani Zairie akhirnya mencetuskan derita dan sengsara buat Eyda Amanda.

Di mana noktah kehidupan yang harus Eyda Amanda tempuhi? Mampukah Eyda Amanda mempertahankan rumah tangga yang dibina bersama Dani Zairie? Bagaimanakah pengakhiran kisah cinta mereka?

Para Pelakon Hati Tercarik Luka


Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7| Episod 8 |Episod 9 | Episod 10|Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod19|Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24 | Episod 25 | Episod 26 | Episod 27|Episod 28|Episod 29 | Episod 30 | Episod 31 | Episod 32 | Episod 33 | Episod 33 | Episod 34| Episod 35|Episod 36| Episod 37 |Episod 38 Episod 39 | Episod 40