eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Drama Kami Orang KL Lakonan Ropie,Liza Abdullah

 


Nantikan drama komedi terbitan Rumah Karya Citra bertajuk 'Kami Orang KL' bakal bersiaran bermula 30 November 2023, setiap Khamis hingga Sabtu pada jam 9.00 malam di TV3 dan juga strim eksklusif secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my.

JUDUL : Kami Orang KL #kamiorangkl
Tonton Full Episod:1- 15
Tarikh Tayangan: 30 November 2023
Waktu Siaran: Khamis - Sabtu, 9:00 malam
Rangkaian: Lestary TV3 / tonton
Penulis Skrip: Eirma Fatima
Pengarah: Nur Ain Sharif
Produksi: Rumah Karya Citra

Lagu Tema
Tajuk: Kong Kali Kong
Penyanyi: Floor 88 x Namie

Watak Pelakon
Ropie sebagai Hussein
Liza Abdullah sebagai Rafeah
Amyza Aznan sebagai Cik Dah
Andi Bernadee sebagai Iqmal
Afifah Nasir sebagai Kamsiah
Razmansyah sebagai Hassan
Scha Elinnea sebagai Faizah
Maria Farida sebagai Kartina
Husna Mustafa sebagai Haiza

Sinopsis Kami Orang KL
Mahmood menawarkan kakaknya, Rafeah (Liza Abdullah) untuk menduduki rumahnya di KL (Kuala Lumpur). Rafeah sekeluarga kelihatan sangat teruja untuk berpindah kerana sering berangan ingin menjadi orang KL. Berjayakah mereka sekeluarga menyesuaikan diri di KL?

Keluarga Rafeah yang tidak pernah menetap di KL sebelum ini menimbulkan kekecohan apabila Rafeah berlagak seperti orang kaya, manakala suaminya Hussein (Ropie), yang merupakan AJK (Ahli Jawatan Kuasa) surau di kampung, berlagak seperti pemimpin. Sifat Hussein yang suka menegur hampir semua penduduk kawasan perumahan tentang perkara yang tidak disukainya membuatkan penduduk sekitar kurang senang dengan perangainya terutama Cik Dah (Amyza Aznan).

Keriuhan berterusan apabila anak-anak Rafeah juga berangan untuk mencapai impian mereka apabila tiba di KL. Hassan (Razmansyah), anak lelaki kepada Rafeah, ingin menjadi penyanyi terkenal, manakala anak perempuanya pula, Kamsiah (Afifah Nasir) memasang impian untuk menjadi pempengaruh yang berjaya di media sosial. Tanpa diduga, Kamsiah semakin popular dan menerima banyak tawaran review produk sehingga membuatkan Hassan cemburu dengan kejayaan kakaknya itu. Apakah yang akan dilakukan Hassan untuk merealisasikan impiannya menjadi penyanyi terkenal? Adakah kehadiran Rafeah sekeluarga akan mengundang lebih ketidaksenangan kepada jiran tetangga?