eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Drama W: Two Worlds (Viu Malaysia)

 


Viu tampil dengan siri terbaharu, Viu Original W: Two Worlds, sebuah karya adaptasi daripada drama bersiri popular Korea diarahkan oleh Datuk Yusry Abdul Halim.

Siri romantik, fantasi dan thriller ini akan mula ditayangkan pada 30 November 2023 dengan dua episod baharu pada setiap hari Khamis, menampilkan barisan bintang terkenal seperti Hun Haqeem, Daiyan Trisha, Faizal Hussein, Mierul Aiman, Elizabeth Tan, Tony Eusoff dan Shahkimin.

Penonton boleh menonton W: Two Worlds di aplikasi Viu, yang boleh dimuat turun secara percuma di App Store, Google Play, Huawei App Gallery serta di laman web www.viu.com.

Judul: W: Two Worlds
Tarikh Tayangan di Viu: 30 November 2023
Penulis Skrip: Fairul Nizam Ablah, Mamu Vies, Bainun Waheeda, Baizura Kahar, Hadi M. Nor
Pengarah: Datuk Yusry Abd Halim
Produksi: Independent Pictures

Watak Pelakon

Hun Haqeem sebagai Aliff
Daiyan Trisha sebagai Izara
Faizal Hussein sebagai Omar Yusuf
Mierul Aiman sebagai Ghazi
Elizabeth Tan sebagai Hanna
Tony Eusoff sebagai Musa
Shah Kimin sebagai Rafi
Amerul Affendi sebagai Shawn
Azrul Zaidi sebagai Dr Zul
Ahmad Idham sebagai Ayah Alif
Maria Farida sebagai Ibu Aliff
Alyssa Dezek sebagai Adik Aliff
Juzzthin sebagai Pelayan Restoran

Lagu Tema (OST)

Tajuk: Relung Waktu
Penyanyi: Farique Nadzir
Komposer: Farique Nadzir
Lirik: Adah Kahir

Sinopsis W Two Worlds

Mengisahkan tentang Izara, seorang doktor muda dan bapanya Omar, yang merupakan pelukis siri webtoon popular, W. Apabila Omar hilang tanpa jejak, pencarian Izara membawa dirinya ke dunia webtoon, di mana dia menyelamatkan nyawa watak utama webtoon tersebut iaitu Aliff.

Dengan berbuat demikian, Izara mendapati dirinya ditulis ke dalam cerita, apabila webtoon itu seakan hidup dan mula berfungsi sebagai realiti yang berbeza. Aliff sedang memburu lelaki yang membunuh keluarganya sepuluh tahun lalu.

Dia sedar bahawa nasib Izara dan dirinya saling berkait, tapa menyedari bahawa dirinva adalah watak dalam sebuah webtoon. Apabila dua dunia bertembung, pelbagai situasi yang tidak dijangka timbul yang membawa kepada konflik dan kisah percintaan.