eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

The Masked Singer Malaysia Musim 4 (2023) Senarai Peserta Dan Pemenang

 


Kini kembali dengan musim baru The Masked Singer Malaysia dengan tagline "Siapa di sebalik topeng?" kembali lagi. Siaran langsung/ live The Masked Singer Malaysia 4, musim keempat (4) 2023/ 2024 akan bersiaran langsung mulai 17 Disember 2023, setiap hari Ahad jam 9:00 malam menerusi saluran 107, Astro Warna dan strim online di Astro GO.

The Masked Singer Malaysia (TMSMY)

Sebuah rancangan televisyen realiti muzik misteri Malaysia yang diinspirasikan daripada sebuah program rancangan TV realiti Korea Selatan iaitu King of Mask Singer oleh Munhwa Broadcasting Corporation.

Hos/ pengacara dan senarai juri

The Masked Singer Malaysia (TMSMY) 4 akan berlangsung selama 10 minggu bertempat di CIBD Convention Center Kuala Lumpur yang masih mengekalkan Datuk AC Mizal sebagai hos.

Manakala juri tetap yang melibatkan sembilan orang personaliti dibarisi oleh Datuk Aznil Nawawi, Erra Fazira, Elly Mazlein, Nabila Huda, Rozita Che Wan, Sherry Alhadad, Zizan Razak, Michael Ang dan Angah.

Senarai peserta The Masked Singer Malaysia (TMSMY) 4

Seramai 14 peserta selebriti bakal bersaingan dalam program The Masked Singer Malaysia 4 ini yang terdiri daripada penyanyi, pelakon, pelawak, personaliti televisyen, atlet sukan serta pempengaruh media sosial.

Kostum peserta The Masked Singer 4 dinaik taraf dengan menyelitkan elemen flora, fauna dan kepelbagaian makanan tempatan Malaysia dengan 14 kostum yang unik.

Musang
Sang kancil
Putera katak
Mat helang
Abang jagung
Roti john
Bawang putih
Kak cat
Ikan emas
Teratai
Bunga matahari
Pom pom kin
Biskut aiskrim
Cili padi


Buat pertama kalinya juga program ini akan memperkenalkan pasangan duo iaitu kostum cili padi dan roti john.

SIARAN LANGSUNG THE MASKED SINGER MALAYSIA 4
Mula siaran : 17 Disember 2023
Waktu siaran : Ahad, jam 9:00 malam
Siaran TV : Astro Warna HD (CH107)

Senarai lagu dan keputusan mingguan

Minggu 1 : 17 Disember 2023
  1. Musang
  2. Sang kancil
  3. Putera katak
  4. Mat helang
  5. Abang jagung
  6. Roti john
  7. Bawang putih
  8. Kak cat
  9. Ikan emas
  10. Teratai
  11. Bunga matahari
  12. Pom pom kin
  13. Biskut aiskrim
  14. Cili padi

Peserta tersingkir :

*akan dikemaskini dari masa ke semasa

Pelanggan Astro boleh menonton The Masked Singer Malaysia musim 4 mulai 17 Disember 2023, setiap Ahad, jam 9.00 malam di saluran 107, Astro Warna dan juga distrim secara eksklusif menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO.