eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Drama SeOfis Lakonan Siti Saleha,Fahrin Ahmad

 

Tonton Original Series: SeOfis diterbitkan oleh Parallax Pictures dan diarahkan oleh Faizul Jais dengan nukilan skrip oleh Nadia Khan dan Mamu Vies. Menampilkan barisan pelakon seperti Siti Saleha, Nadiya Nisaa, Nadia Aqilah, Fahrin Ahmad, Hafizul Kamal dan ramai lagi. Saksikan SeOfis secara eksklusif di platform penstriman Tonton melalui www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton mulai 18 Januari 2024.

JUDUL : SeOfis
Tonton Full Episod: 1-12
Tarikh Tayangan: 18 Januari 2024
Penulis Skrip: Nadia Khan dan Mamu Vies
Pengarah: Faizul Jais
Produksi: Parallax Pictures

Watak Pelakon
Siti Saleha sebagai Sam (Samirah)
Nadiya Nisaa sebagai Aini (Muhaini)
Nadia Aqilah sebagai Yana (Liyana)
Fahrin Ahmad sebagai Faris
Hafizul Kamal sebagai Hadi
Hafidzuddin Fazil sebagai Encik Yusoff
Josiah Hogan sebagai Arman
Akmal Azwar sebagai Haikal
Munir Kharuddin sebagai Shaihan
Ikhwan Lein sebagai Dato Ashburn
Syahir Shafie sebagai Norman
Anas Ridzuan sebagai Dato Sufian
Malia Baby sebagai Natasha
Ariel Izz sebagai Abang Jie
Arianna Yusof sebagai Natalia

OST SeOfis
Lagu: Mula
Artis: De Fam
Komposer & Lirik: Shazee Ishak & Audi Mok

Sinopsis SeOfis
Pertembungan tiga personaliti wanita berkerjaya di usia 30-an yang akhirnya membentuk satu ikatan persahabatan bagi mengharungi suka duka, cita-cita dan cinta di ibu kota.

Samirah atau Sam (Siti Saleha) ialah seorang pereka hiasan dalaman yang bercita-cita tinggi untuk tersenarai di dalam senarai Forbes 40 Under 40. Oleh itu, Sam sentiasa melakukan yang terbaik untuk mencapai hasrat tersebut. Muhaini atau Aini (Nadiya Nisaa) ialah seorang usahawan yang baru saja memulakan perniagaan menjual hasil kerja kayu ayahnya iaitu perabot yang dibuat sendiri. Aini memperkenalkan Yana kepada Sam. Liyana atau Yana (Nadia Aqilah) ialah seorang ejen hartanah yang berpengalaman, berwawasan dan sentiasa mengikuti trend semasa.

Permulaan yang agak sukar bagi tiga wanita yang berbeza personaliti untuk bekerja di ruang kerja yang sama. Aini cepat terpengaruh dengan personaliti Sam yang sangat lantang tetapi Yana menyimpan rasa curiga terhadap Sam.

Selain berhadapan dengan pelbagai kerenah klien, trio ini tidak melupakan cita-cita yang perlu dicapai. Sam inginkan satu pengiktirafan dan mengimpikan untuk memenangi sebuah anugerah. Aini impikan calon suami yang menyamai figura ayahnya manakala Yana mahu mencapai sasaran duit simpanan sebelum usia bersara sebelum dia meneruskan cita-cita asalnya untuk bergelar seorang penyanyi!

Apabila mereka bertiga sedar bahawa mereka mempunyai musuh yang sama iaitu Faris (Fahrin Ahmad), seorang arkitek yang sombong dan sanggup melakukan apa saja demi kejayaan sendiri. Jadi, Sam, Yana dan Aini telah bergabung untuk menjatuhkan Faris. Adakah pertemuan ini juga bakal membawakan ketegangan dalam soal cinta?