eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Drama Rindu Kasih 2 Lakonan Izzue Islam,Ummi Nazeera

 




Nantikan drama Rindu Kasih 2 akan bersiaran di slot Samarinda TV3 pada bulan Februari ini. Drama 20 episod terbitan P&D Pictures Sdn Bhd dan diarahkan oleh Pali Yahya. Membariskan pelakon asal seperti Ummi Nazeera, Izzue Islam, Fazlina Ahmad Daud, Ezzaty Abdullah, Nafiz Muaz dan ramai lagi.

Judu: Rindu Kasih 2 #rindukasih2
Tonton Full Episod:1- 20
Tarikh Tayangan: 13 Februari 2024
Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3
Penulis Skrip: K. Adlie & Shaza Talib
Pengarah: Pali Yahya
Produksi: P&D Pictures Sdn Bhd

Watak Pelakon
Izzue Islam sebagai Amir
Ummi Nazeera sebagai Salina
Fazlina Ahmad Daud sebagai Halijah
Dzul Hadziq sebagai Fayad
Shazia Rozaini sebagai Huda
Meor Mohd sebagai Iqbal
Mimi Ernida sebagai Rita
Ezzaty Abdullah sebagai Murni
Nafiz Muaz sebagai Hisham

Sinopsis Rindu Kasih 2
Mengisahkan kesinambungan kehidupan Salina (Ummi Nazeera) selepas dibebaskan dari penjara. Salina nekad meninggalkan Amir (Izzue Islam) dan ibu mertuanya Halijah (Fazlina Ahmad Daud). Kini, apa yang penting dalam hidup Salina adalah menjaga syurganya, Fayyad (Dzul Hadziq).

Amir tetap tidak berputus asa untuk menjejaki Salina dan Fayyad seperti bekas suami yang gila talak. Amir mahukan Salina kembali ke sisinya dan juga ingin memiliki hak penjagaan terhadap Fayyad. Salina merahsiakan keberadaannya kecuali Hisyam (Nafiz Muaz) saja yang tahu. Halijah pula dijatuhkan hukuman penjara.

Selepas beberapa tahun, Halijah telah dibebaskan. Salina kembali hidup dalam kegelapan selepas bertemu kembali dengan ibu mertuanya, Halijah. Malah, Salina juga difitnah menjalani hubungan dengan Hisyam apabila hubungan Hisyam dan Murni (Ezzaty Abdullah) mula bermasalah.

Fayyad yang kini sudah berusia 7 tahun membesar dengan penuh kasih sayang daripada Salina. Namun, Fayyad yang menghidapi masalah hati memaksa Salina untuk berusaha keras demi menyara kos perubatan Fayyad. Apakah yang akan berlaku seterusnya? Dapatkah Salina mengecapi kebahagiaan bersama anaknya selepas mengharungi pelbagai dugaan dalam hidupnya?
Promo Rindu Kasih 2



Para Pelakon Rindu Kasih 2


Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7| Episod 8 |Episod 9 | Episod 10|Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod19|Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24 | Episod 25 | Episod 26 | Episod 27|Episod 28|Episod 29 | Episod 30 | Episod 31 | Episod 32 | Episod 33 | Episod 33 | Episod 34| Episod 35|Episod 36| Episod 37 |Episod 38 Episod 39 | Episod 40