eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Drama Si Jantung Hati Lakonan Syarul Ezani,Siti Hariesa

 

Tonton drama bersiri Si Jantung Hati bakal disiarkan bermula 7 Februari 2024, setiap hari Rabu dan Khamis pukul 9 malam di saluran Astro Ria dan Astro GO. Drama terbitan Mache All Star United ini diarahkan oleh Zainorhisyam Samudin, dibintangi oleh Syarul Ezani, Siti Hariesa, Fikhree Bakar, Jay Iswazir dan ramai lagi.

Judul : Si Jantung Hati #sijantunghati
Episod: 10
Tarikh Tayangan: 7 Februari 2024
Waktu Siaran: Rabu - Khamis, 9 malam
Rangkaian: Astro Ria, Astro Go
Penulis Skrip: Mike Mourinho
Pengarah: Mohd Zainorhisyam Bin Samudin
Produksi: Mache All Star United Sdn Bhd

Watak Pelakon
Syarul Ezani sebagai Amir
Siti Hariesa sebagai Manis
Malis sebagai Cantik
Fikhree Bakar sebagai Razak
Jalaludin Hassan sebagai Zul
Jay Iswazir sebagai Sofi
Razin Qidran sebagai Muz
Ash Azhan sebagai Maya

Sinopsis Si Jantung Hati
Mengisahkan Amir yang berusia 23 tahun menerima berita buruk apabila jantungnya perlu digantikan segera atau dia akan mati.

Akibat terdesak dan mahu menangguh kematian, Amir mengambil keputusan untuk melakukan pemindahan jantung babi yang diperoleh melalui kawan lamanya.

Bagaimanapun, setelah bangun dari pembedahan, persoalan mulai timbul dalam diri Amir sama ada darah yang dipam dalam badannya menerusi jantung babi membuatkan tubuhnya menjadi haram?