eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Senarai Pemenang Gempak Most Wanted Awards 2023/2024 (Astro)

 

Senarai Pemenang Gempak Most Wanted Awards 2024

Penganjuran anugerah paling gempak iaitu Gempak Most Wanted Awards kini terus mendapat perhatian peminat apabila memasuki edisi kedua untuk tahun 2023-2024 dalam GMWA 2023.

Anugerah ini adalah bertujuan bagi mengiktiraf industri dunia digital Malaysia seperti untuk influencers, content creator, gamers, selebriti dan sebagainya. Yang pastinya pemenang ditentukan sepenuhnya oleh undian peminat.

Untuk Gempak Most Wanted Awards 2024 kali ini diadakan pada 25 Februari 2024, hari Ahad pada jam 9.00 malam menerusi saluran Astro Ria 104 atau secara live streaming di Astro Go serta website Astro Gempak.

Sebanyak 11 kategori yang dipertandingkan bersama anugerah utama dan undian Top 5 bagi setiap daripadanya telah dibuat bermula 17 Januari hingga 25 Februari 2024 pukul 12.00 tengah hari. Orang ramai boleh mengundi 1 kategori dengan 50 kredit undian setiap hari.

Pada malam kemuncak anugerah tersebut, 4 hos yang memeriahkan lagi acara tersebut iaitu Sherry Alhadad, Zizan Razak, Amelia Henderson dan Sean Lee dimana membawakan tema Y2K.

Pada malam itu juga, selain daripada penyampaian anugerah, penonton di dewan dan di rumah turut dihiburkan dengan persembahan daripada Ayda Jebat, Heal Husaini, Kaka Azraff, Dolla, Haqiem Rusli dan ramai lagi.

Senarai Penuh Pemenang Gempak Most Wanted Awards 2024
Berikut merupakan senarai penuh pemenang bagi setiap angerah yang dipertandingkan dalam Gempak Most Wanted Awards 2023-2024

Gempak Most Wanted 2023
Anna Jobling

Lagu/Audio Tergempak
Jangan Mati Rasa Itu - Aina Abdu

Video Tergempak
Kesian Girlfriend Lapar - @mikhailimaan

Video Muzik Tergempak
Selagi Ku Ada - Khai Bahar X Nabila Razali

Drama Tergempak
Melur Untuk Firdaus 2 - TV3 Malaysia

Selebriti Digital Tergempak
Anna Jobling

Gamer Tergempak
Pok Ro

Digital Content Creator (Hiburan) Tergempak
Rahman Chea - @rahmanchea

Digital Content Creator (Lifestyle) Tergempak
Amin & Abid Othman - @aminxabid

Digital Content Creator (Motivator) Tergempak
Dr. Say Shazri - @say_shazril

Anugerah Drama #RambutTetapBoom
Anna Jobling - Syurga Itu Bukan Mudah

Gempak Hall Of Fame
Melly Goeslaw