eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Drama Kuih Muah Lakonan Shukri Yahaya,Ezzanie Jasny

 

Nantikan drama Tonton Original Series, Kuih Muah akan ditayangkan pada 11 April 2024 di tonton.com.my atau melalui aplikasi Tonton.

Judul : Kuih Muah #kuih Muah
Episod: -
Tarikh Tayangan: 11 April 2024
Pengarah: Joon Goh
Produksi: Cult Film

Watak Pelakon
Shukri Yahaya sebagai Adam
Ezzanie Jasny sebagai Shahida
Raden Zaharatul sebagai Ruhana
Muaz Zabir sebagai Kyle
Kismah Johar sebagai Nenek
Roy Azman

Sinopsis Kuih Muah
Kecewa dengan berita perceraian ibu bapanya yang mengejutkan, Adam (Shukri Yahaya) yakin bahawa dengan menyelamatkan perniagaan kuih keluarganya yang hampir mati, dia juga boleh menyelamatkan perkahwinan ibu bapanya.

Adam berhenti kerja untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada perniagaan kuih sehingga membuatkan tunangnya, Ruhana (Raden Zaharatul) kecewa.

Berbekalkan resipi dan tunjuk ajar daripada nenek (Kismah Johar), Adam mempelajari seni membuat kuih.

Persaingan tercetus apabila Kyle (Muaz Zabir), rakan sekolah yang sudah lama bermusuh dengan Adam tiba-tiba muncul dengan perniagaan kuih muih konsep hipster. Kyle bukan sahaja mengancam perniagaan keluarga Adam, tetapi dia juga merancang untuk merampas Ruhana daripada Adam.