eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Telefilem Hijab Pendosa Lakonan Jaja Iliyes, Bell Ngasri

 

Saksikan telefilem Hijab Pendosa lakonan Jaja Iliyes dan Bell Ngasri pada 1 Syawal, pukul 11 Malam di Astro Ria dan strim Astro GO.

Judul : Hijab Pendosa #hijabpendosa
Waktu Siaran: Rabu, 10 April 2024, 11:00 malam
Rangkaian: Astro Ria / Astro GO
Penulis Skrip: Liza Nur
Pengarah: Fairuz Loy
Produksi: SR One Sdn Bhd
Pelakon: Jaja Iliyes, Bell Ngasri, Silfeny Osman, Acong Sweetchild, Hawra Jamalullail, Ainina Ahmad, Qaidah Marha

Sinopsis Hijab Pendosa
Semasa kecil, Safiya mencuri ketupat buat emaknya yang sakit, Mahani. Mahani sudah meninggal dunia, setiba Safiyya di rumah. Ini menyebabkan dia trauma dan berdendam dengan ayahnya, Hijab yang telah mengabaikan dia dan arwah emaknya.

Safiya Berjaya dalam kerjaya dan membesar sebagai seorang perempuan yang berhati waja. Apabila Safiya bertemu dengan Hijab yang telah merampas kebahagiannya dan menjadi pengemis, Safiya terpaksa berdepan semula dengan trauma masa silamnya.