eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Telemovie Pinggan Retak Di Tapak Tangan Lakonan Dato Jalaludin Hassan, Fauziah Nawi

 

Saksikan telefilem Pinggan Retak Di Tapak Tangan pada 2 Syawal, pukul 11 Malam di Astro Ria dan strim di Astro GO.

Judul:Pinggan Retak Di Tapak Tangan #pingganretakditapaktangan
Waktu Siaran: Khamis, 11 April 2024, 11:00 malam
Rangkaian: Astro Ria / Astro GO
Penulis Skrip: Azlina Pa'wan
Pengarah: Harris Fadzillah
Produksi: Country Universal Sdn Bhd
Pelakon: Dato Jalaludin Hassan, Fauziah Nawi, Azri Safix, Anne Abdullah, Zulkifli Ismail, Myra Afrina

Sinopsis Pinggan Retak Di Tapak Tangan
Mak Yah adalah seorang wanita tua yang menghidap penyakit Alzheimer. Suaminya, Pak Brahim telah menjaganya dengan sepenuh hati memandangkan mereka tidak mempunyai anak.

Mereka telah menganggap Arman, seorang pendatang yang tinggal berhampiran mereka sebagai anak sendiri. Walaupun Pak Brahim menghidap kanser tahap 4, dia tetap menjaga Mak Yah.

Apabila Arman meninggal dunia akibat kemalangan, Mak Yah menjadi makin teruk. Dia mula mencederakan suaminya. Pak Brahim terpaksa melepaskan Mak Yah ke pihak hospital.