eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Drama Puaka Cuti Semester Lakonan Mark Adam,Zaki Azeman

 

Saksikan siri Tonton original terbaharu 'Puaka Cuti Semester' pada setiap Khamis di Tonton mulai 24 Ogos 2023. Muat turun aplikasi Tonton atau layari tonton.com.my

Judul : Puaka Cuti Semester #puakacutisemester
Tonton Full Episod:1- 10
Tarikh Tayangan di tonton: 24 Ogos 2023
Pengarah: Faizal Nadxaman
Produksi: Anomali Media Sdn Bhd

Watak Pelakon
Mark Adam sebagai Iqsan
Zaki Azeman sebagai Zubir
Tracie Sinidol sebagai Leha
Farhan Mazlan sebagai Fahmi
Aween Ismail sebagai Aina
Ropie sebagai Encik Sabri

Sinopsis Puaka Cuti Semester
Sekumpulan pelajar dari pelbagai latar belakang, Iqsan (Mark Adam), Zubir (Zaki Azeman), Fahmi (Farhan Mazlan), Leha (Tracie Sinidol) dan Aina (Aween Ismail) ditempatkan di sebuah kolej kediaman lama sepanjang cuti semester.

Mereka semua tidak pulang ke rumah atas alasan tersendiri. Antaranya adalah kekangan kewangan, rasa malu dan motivasi untuk menjadi pelajar cemerlang.

Gangguan hantu askar Jepun turut melanda sewaktu mereka asyik berlatih untuk persembahan sempena Hari Kebangsaan. Botol puaka yang telah dibuka oleh Fahmi membuatkan keadaan lebih kacau.

Pelbagai jenis makhluk halus mula membuat kemunculan. Antaranya adalah pontianak, jerangkung dan bunian! Masing-masing mempunyai kisah di sebalik kehadiran mereka.

Walaupun perkara ini sememangnya menimbulkan kekecohan, ia juga telah mengeratkan lagi tali persahabatan antara kelima-lima pelajar ini.


Apakah kesudahan kepada gangguan-gangguan mistik yang dihadapi oleh mereka?