eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Drama Antara Dua Syurga Lakonan Nabil Aqil,Tracie Sinidol

 

Antara Dua Syurga
Drama Antara Dua Syurga

Nantikan drama bersiri Antara Dua Syurga terbitan Lumatic Films menampilkan lakonan Tracie Sinidol, Nabil Aqil dan dan Zarif Ghazzi akan disiarkan bermula pada 3 Januari 2025, setiap Jumaat dan Sabtu, jam 9.00 malam di slot Lestary TV3. Bagi yang ingin menonton lebih awal, anda boleh strim episod terbaru 24 jam lebih awal di Tonton melalui laman web www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton di Google Play atau App Store.

Judul: Antara Dua Syurga #antaraduasyurga
Tonton Full Episod: 1-8
Tarikh Tayangan: 3 Januari 2025
Waktu Siaran: Jumaat & Sabtu, 9:00 malam
Rangkaian: Lestary TV3 / Tonton
Penulis Skrip: Heidi Haflin
Pengarah: Faliq Sharif
Produksi: Lumatic Films

Watak Pelakon
Tracie Sinidol sebagai May / Jannah
Nabil Aqil sebagai Firdaus
Zarif Ghazzi sebagai Naim
Steve Yap sebagai Richard Wong
Liza Abdullah sebagai Puan Bainun
Aida Rain sebagai Shida
Ash Dee sebagai Farah
Akmal Asyraf sebagai Azman
Fateh Zhafri sebagai Dato Kamal
Ahmad Juahir sebagai Haji Rozani
Azhar sebagai Encik Fadhila
Zari sebagai Chef Mamat
Zaini Mustafa sebagai Pak Mat
Jesse Lim sebagai Mr. Tung / Tabib

Lagu Tema (OST)
Tajuk: Kenangan
Penyanyi: Amir Jahari
Komposer & Lirik: Amir Jahari

Sinopsis Antara Dua Syurga
Jannah (Tracie Sinidol) seorang mualaf yang tersepit di antara cinta dua lelaki. Antara kasih suaminya dan cinta sahabat baiknya. Persoalan tentang takdir dan keputusan. Adakah jalan yang dipilih ini benar dan adakah segala cabaran ini suatu takdir ataupun balasan dari pilihan yang salah.

Drama ini bermula dengan ikatan persahabatan erat antara Firdaus (Nabil Aqil) dan Naim (Zarif Ghazzi), dua sahabat karib yang bekerja di sebuah agensi pengiklanan terkenal. Dikenali dengan bakat luar biasa dan kreativiti tinggi, mereka sering menjadi pilihan utama untuk menarik klien besar. Namun, cabaran mula timbul apabila mereka diberi tugasan penting untuk mendapatkan kerjasama daripada Azami Food Industries, syarikat gergasi yang diketuai oleh ketua pemasaran yang tegas, May Wong.

Dalam usaha menarik perhatian May, kedua-dua jejaka ini menyedari bahawa minat May terhadap Islam boleh menjadi peluang untuk mendekatinya. Firdaus dan Naim kemudian meluangkan masa untuk mengenali May secara lebih mendalam, namun tanpa disedari, hubungan profesional mereka berubah menjadi sesuatu yang lebih peribadi. Perasaan cinta mula wujud, dan ini mencetuskan konflik yang tidak dapat dielakkan.

Perjalanan spiritual May untuk mendalami Islam menjadi titik perubahan besar dalam hidupnya. Setelah memeluk Islam, dia memilih nama Jannah, yang bermaksud ‘syurga’. Transformasi ini bukan sahaja mendekatkan Jannah kepada Firdaus dan Naim, tetapi juga mewujudkan konflik emosi yang lebih mendalam.

Firdaus dan Naim turut menghadapi tekanan daripada pesaing mereka, Zain Rizman, ketua agensi iklan yang licik dan tidak gentar menggunakan pelbagai taktik untuk menggagalkan mereka. Situasi menjadi semakin tegang apabila pertemuan rahsia antara May dengan kedua-dua jejaka ini secara berasingan terbongkar. Persahabatan mereka, yang dahulunya begitu kukuh, kini berada di ambang perpecahan.

Dalam kemelut ini, Firdaus dan Naim akhirnya membuat keputusan untuk membiarkan Jannah memilih siapa yang terbaik untuknya. Namun, usaha mereka untuk memikat hati Jannah secara terang-terangan menjadikan situasi lebih rumit. Adakah cinta akan menjadi punca persahabatan mereka hancur? Atau adakah mereka mampu mencapai penyelesaian yang memuaskan hati semua pihak?
Drama Antara Dua Syurga