Keli Merah -->

 


APA ITU GKP 2.0

Bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan disamping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.

SEMAKAN KELAYAKAN MEMOHON GKP 2.0

Memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:

Bukan penerima GKP sebelum ini; dan
Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan
Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:
Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan
Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik; dan
Berdaftar dengan agensi-agensi berikut;
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020 ; atau
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020; dan
Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.
Rujuk SEMAKAN STATUS KELAYAKAN GKP 

NILAI/KADAR BANTUAN GKP 

Jumlah nilai bantuan GKP  adalah RM3,000 secara one-off.

CARA PERMOHONAN GKP 2.0

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal GKP (https://gkp.hasil.gov.my) yang disediakan oleh LHDNM. Permohonan secara manual tidak akan diterima.

TARIKH BUKA PERMOHONAN GKP 

Permohonan dibuka mulai 1-31 Oktober 2020 (1 bulan).

TARIKH KEPUTUSAN PERMOHONAN

Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan mulai 15 November 2020.

TARIKH PEMBAYARAN GKP 2.0

Pembayaran dijangka akan dibuat bermula 25 November 2020.

SOALAN LAZIM GKP 2.0

Saya berdaftar dengan agensi kerajaan (contohnya SSM dan Pihak Berkuasa Tempatan) tetapi tidak berdaftar dengan LHDNM, adakah saya layak memohon GKP ?

Layak. Pemohon hendaklah mengisikan butiran pendaftaran perniagaan di borang permohonan dalam talian semasa memohon.

Bilakah tarikh pembayaran GKP  akan dibuat?

Pembayaran dijangka akan dibuat bermula 25 November 2020.

Bagaimanakah kaedah bayaran GKP  dilaksanakan?

Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank persendirian pem ohon yang didaftarkan pada permohonan GKP . Akaun bank mestilah aktif.

Ada Akaun Bank – Berjaya Kredit dan akan dikredit ke akaun bank

Adakah semakan kelayakan GKP  akan dibuat dengan manamana Agensi Kerajaan?

Ya.

 

GKP 2.0:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS KELAYAKAN

 

Bagi memudahkan individu urusan BPN 2.0 BUJANG,berikut adalah maklumat berkaitan proses permohonan baru,semakan dan rayuan kategori bujang B40 & M40.


Baca tentang 4 PERKARA ANDA PATUT  TAHU TENTANG BPN 2.0


APA ITU BPN BUJANG B40


Bagi golongan Bujang B40, bantuan BPN 2.0 adalah sebanyak RM500


Bayaran BPN 2.0 Ansuran Pertama sebanyak RM350 untuk Bujang B40 akan terus dimasukkan ke dalam akaun bank pada bulan Oktober 2020.


Bayaran BPN 2.0 Ansuran Kedua sebanyak RM150 pula akan terus dimasukkan ke dalam akaun bank penerima pada bulan Januari 2021.


Mengikut syarat dan kelayakan yang ditetapkan oleh kerajaan, Bujang B40 yang layak memohon ialah yang bergaji antara RM2,000 ke bawah.


APA ITU BPN BUJANG M40


Bagi golongan Bujang M40 pula, bantuan BPN 2.0 ialah RM300 sahaja


Bayaran Ansuran Pertama bagi BPN 2.0 untuk Bujang M40 adalah sebanyak RM200. Pembayaran ini akan dikreditkan pada bulan Oktober 2020.


Bayaran Ansuran Kedua bagi BPN 2.0 untuk Bujang M40 pula adalah sebanyak RM100. Pembayaran ini akan dikreditkan pada bulan Januari 2021.


Berdasarkan syarat dan kelayakan yang ditetapkan oleh kerajaan, M40 yang layak memohon ialah yang bergaji antara RM2,001 hingga RM4,000 sahaja


PERMOHONAN BARU BPN 2.0 BUJANG


Bagi BPN 2.0 Bujang yang tidak pernah mohon BPN 1.0 sebelum ini,anda perlu buat permohonan baru.


Daftar > Login > Permohonan > Kemaskini > Semakan > Rayuan > Pembayaran


LAYAK  BPN 1.0 BUJANG


Jika sudah dapat bantuan BPN 1.0,anda tidak perlu mohon lagi. Hanya perlu login dan buat kemaskini jika ada perubahan maklumat diri.


Login > Kemaskini > Semakan > Rayuan > Pembayaran


DAFTAR BPN 2.0 BUJANG


Kepada yang tidak pernah dapat BPN,perlu buat pendaftaran BPN 2.0 seperti berikut:


Layari portal rasmi BPN di sini: https://bpn.hasil.gov.my

Pergi ke bahagian Semakan Status

  • Isikan Nombor MyKad
  • Tekan butang Carian
  • Akan ada paparan Captcha
  • Isikan aksara Captcha seperti yang dipaparkan
  • Tekan butang Semak
  • Jika betul anda adalah pemohon baru, paparan status semakan anda adalah Tiada Rekod
  • Tekan butang Permohonan Baru
  • Anda perlu jawab dua (2) soalan keselamatan yang diberikan
  • Soalan pertama ialah Apakah status kahwin anda yang telah didaftarkan?
  • Sila pilih jawapan untuk soalan pertama mengikut status kahwin anda yang terkini iaitu:
  • Kahwin
  • Ibu Bapa Tunggal Balu / Janda / Duda Dan Mempunyai Anak
  • Bujang
  • Klik Teruskan
  • Soalan seterusnya ialah Apakah bandar yang telah didaftarkan?
  • Taip bandar anda tinggal. Contohnya: Shah Alam
  • Klik Teruskan
  • Kini anda akan berada di bahagian PENDAFTARAN BPN
  • Isikan Nama Penuh anda
  • Tidak perlu masukkan No Kad Pengenalan kerana ia akan diisi secara automatik

Pilih Kata Kunci Keselamatan

Untuk Kunci Keselamatan, pastikan anda isi huruf dan nombor sahaja

Seterusnya, anda perlu jawab beberapa lagi soalan keselamatan

Antara soalannya ialah:

  1. Apakah tahun kelahiran ayah anda?
  2. Apakah tahun kelahiran ibu anda?
  3. Apakah warna kegemaran adan?
  4. Apakah makanan kegemaran anda?
  5. Apakah haiwan kegemaran anda?
  6. Apakah lagu kegemaran anda?
  7. Apakah buku kegemaran anda?
  8. Apakah nama panggilan anda ketika kecil?
  9. Apakah sukan kegemaran anda?
  10. Apakah buah kegemaran anda?

Tulis jawapan di bahagian bawah setiap soalan

Pastikan anda jawab minimum lima (5) soalan yang diberikan

Klik Teruskan

Kini anda akan berada di bahagian PENDAFTARAN BPN sekali lagi

Sila buat Pengesahan bagi lima (5) soalan an jawapan anda

  • Klik Teruskan
  • Isikan Kata Laluan
  • sikan Pengesahan Kata Laluan
  • Klik Daftar

Pendaftaran BPN anda kini sudah berjaya

Anda akan terima mesej “Anda telah berjaya didaftarkan. Sila ke halaman Log Masuk untu ke menu BPN”.


LOGIN BPN 2.0 BUJANG


Berikut adalah cara login BPN 2.0 Bujang:


Layari portal rasmi BPN di sini: https://bpn.hasil.gov.my

Pergi ke bahagian Semakan Status

  • Isikan Nombor MyKad
  • Tekan butang Carian
  • Akan ada paparan Captcha
  • Isikan aksara Captcha seperti yang dipaparkan
  • Tekan butang Semak
  • Oleh kerana anda sudah mendaftar, maka anda akan dapat melihat tiga (3) status ini:
  • Lulus
  • Tidak Lulus
  • Tiada Rekod

Jika anda sudah daftar dan sudah buat permohonan BPN, anda akan dapat lihat paparan Status Lulus / Tidak Lulus

Jika anda sudah daftar tetapi masih lagi belum buat permohonan BPN, anda akan dapat lihat status Tiada Rekod.

Maka, sila buat permohonan baru BPN 2.0

PERMOHONAN BARU BPN 2.0 BUJANG


Berikut adalah cara mohon BPN 2.0 Bujang:


Layari portal rasmi BPN di sini: https://bpn.hasil.gov.my

Klik Log Masuk

Anda akan dapat lihat dua (2) tab di bahagian atas iaitu:

  • Maklumat Pemohon
  • Pengesahan

Di bahagian Maklumat Pemohon, isikan dengan lengkap:

  • Nama
  • Nombor MyKad
  • Jantina
  • Alamat
  • Poskod
  • Bandar
  • No Telefon Rumah
  • Pekerjaan
  • Status Perkahwinan

Abaikan bahagian Maklumat Pasangan . Ini hanya untuk golongan Isi Rumah yang sudah berkahwin.

Isikan Maklumat Waris dengan lengkap di ruangan yang disediakan

Abaikan bahagian Maklumat Anak

Klik Teruskan

Anda kini berada di bahagian Pengesahan

Akan ada paparan mesej “Untuk teruskan proses permohonan, sila isi Captcha dan tandakan pengakuan untuk paparkan bahagian Simpan / Hantar”

Masukkan Captcha seperti yang tertera

Klik Sahkan Captcha

Di bahagian Akuan Pengesahan, sila tick ruangan tersebut yang menunjukkan anda bersetuju dengan syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan

Klik butang Hantar jika anda bersetuju dengan syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan

Selepas tekan butang Hantar, akan ada pilihan untuk anda mendaftar akaun untuk membolehkan anda Log Masuk untuk melihat perincian

Kami andaikan anda sudah daftar BPN 2.0 Bujang seperti yang dikongsikan di atas

Maka, klik Tidak

Klik butang Cetak untuk mencetak borang permohonan BPN yang telah didaftarkan(Permonon BPN 2.0 sudah selesai)

SEMAKAN BPN 2.0 BUJANG


Berikut cara buat semakan BPN 2.0:


Layari portal rasmi BPN di sini: https://bpn.hasil.gov.my

  • Masukkan Nombor Kad Pengenalan
  • Tekan butang Cari
  • Isikan Captcha seperti yang terpapar
  • Tekan butang Semak.
  • Akan keluar paparan:
  • Nama
  • No MyKad
  • Status Permohonan

Info Tambahan

Jika anda berstatus Lulus, anda akan dapat lihat paparan lain iaitu:

Fasa

Jumlah Dikredit

  • Status Kredit
  • Nama Bank
  • No Akaun

Jika Lulus, sila ambil perhatian pada bahagian Status Kredit.

Jika Status Kredit ialah ialah Berjaya Kredit, duit bantuan sudah dimasukkan ke dalam akaun bank

Jika Status Kredit ialah ialah Gagal Kredit, ini bermakna ada masalah untuk masukkan duit ke dalam akaun bank

RAYUAN BPN 2.0 BUJANG


Berikut cara untuk buat rayuan BPN 2.0 :


Layari portal rasmi BPN di sini: https://bpn.hasil.gov.my

  • Masukkan Nombor Kad Pengenalan
  • Tekan butang Cari
  • Isikan Captcha seperti yang terpapar
  • Tekan butang Semak.
  • Terdapat tiga (3) status semak Bantuan Prihatin Nasional yang akan dipaparkan:
  • Lulus
  • Tidak Lulus
  • Anda hanya boleh buat rayuan jika mendapat status Tidak Lulus
  • Klik butang Permohonan Rayuan
  • Paparan Permohonan Rayuan yang telah Berjaya dihantar akan dipaparkan
  • Klik Papar Rayuan untuk melihat rayuan yang telah dihantar

BPN 2.0 BUJANG:DAFTAR,SEMAK KELULUSAN & PERMOHONAN BARU B40 & M40

 

Bagi anda yang ingin memohon Geran Khas Prihatin 2.0, semakan syarat kelayakan  boleh dibuat sebelum membuat PERMOHONAN BARU GERAN KHAS PRIHATIN.

Mengikut unjuran, 200,000 PKS MIKRO akan mendapat manfaat daripada GKP.

GKP kini dibuka semula untuk permohonan bermula 1 Oktober 2020.

Perkara ini diumumkan oleh PM petang tadi bersama dengan BPN 2.0 dan Program Subsidi Upah 2.0.

Pembayaran RM3,000 secara one-off akan dibuat secara berperingkat bermula 25 November 2020.


SEMAKAN SYARAT PERMOHONAN GKP 2.0

Sebelum buat permohonan baru GKP,berikut dikongsikan antara syarat permohonan Geran Khas Prihatin 2.0:

Mestilah Warganegara Malaysia
Mempunyai jumlah perolehan tahunan kurang dari RM300,000
Belum memohon GKP
Mestilah berdaftar dengan LHDNM / SSM sebelum 1 September 2020
Masih aktif menjalankan perniagaan
Semakan silang data dengan agensi yang dilantik oleh MOF
Nak tahu bila  tarikh bayaran i-LESTARI BULAN OKTOBER?.

SEMAKAN GKP RM3,000

Untuk membuat semakan status permohonan Geran Khas Prihatin, anda perlu melayari pautan rasmi https://gkp.hasil.gov.my/

Masukkan nombor kad pengenalan
Klik Enter / Cari
Status kelulusan GKP akan dipaparkan sama ada LULUS / DALAM PROSES / GAGAL


TARIKH PEMBAYARAN GERAN KHAS PRIHATIN 2.0

Seperti dimaklumkan, tarikh pembayaran GKP akan bermula pada 15 Jun.Pembayaran akan dibuat secara berperingkat secara terus ke akaun masing-masing.

Anda mempunyai perniagaan? Anda majikan? Cepat mohon Program Subsidi Upah 2.0 untuk meringankan beban bayar gaji pekerja.


SOALAN LAZIM GKP 2.0

Berapakah jumlah bantuan GKP?

Geran Khas Prihatin adalah bantuan kerajaan kepada PKS secara one-off sebanyak RM3,000.

Bilakah tarikh keputusan akan diumumkan?

Semakan status GKP boleh dibuat bermula akhir November 2020.

Kepada graduan/siswazah yang ingin cepat dapat kerja, boleh mohon PROGRAM PENJANA KPT-CAP yang baharu sahaja dilancarkan oleh kerajaan.

Bilakah pembayaran akan dibuat?

Pembayaran akan dibuat secara berperingkat bermula 25 November 2020.


Siapa yang layak memohon?

Sila rujuk syarat kelayakan seperti yang tertera di atas.

Apakah syarat utama untuk memohon Geran Khas Prihatin?

Pemohon mestilah memiliki SSM dan berdaftar dengan LHDNM.


MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Sekiranya terdapat pertanyaan lain tentang GKP, anda boleh menghubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (luar negara), HASiL Live Chat, borang maklum balas di portal rasmi dan media sosial LHDNM.

GERAN KHAS PRIHATIN 2.0: SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PERMOHONAN

 

Saksikan telefilem 'Aku Tak Akan Percaya Cinta' lakonan Fahrin Ahmad dan Rita Rudaini pada Jumaat ini, 25 September 2020 pukul 9:30 malam di TV2.


JUDUL : AKU TAK AKAN PERCAYA CINTA

WAKTU SIARAN : Jumaat, 25 September 2020, 9:30 malam   

SIARAN TV : Slot Citra TV2 (RTM)

PENGARAH : Ahmad Idham 

PRODUKSI : Aifa Motion Pictures

PELAKON : Fahrin Ahmad, Rita Rudaini, Syanie Aida, Aliff Yasraff, 


SINOPSIS AKU TAK AKAN PERCAYA CINTA

Kisah percintaan sepasang kekasih yang bermula semenjak di bangku sekolah namun terpisah jua akhirnya. Mereka bertemu semula ketika masing-masing mula membina kerjaya selepas 23 tahun dan cinta yang dulunya layu kini kembali mekar. 



Telemovie Aku Tak Akan Percaya Cinta Lakonan Fahrin Ahmad, Rita Rudaini




Nantikan drama bersiri 'Ryan Aralyn' menampilkan gandingan Zul Ariffin dan Raysha Rizrose. Drama terbitan Qaisworks Production, dibawah arahan Riza Baharudin. Akan menemui penonton di slot Akasia TV3 pada 25 September 2020.


JUDUL : RYAN ARALYN
EPISOD : 28
TARIKH TAYANGAN : 25 September 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENGARAH : Riza Baharudin
PRODUKSI : Qaisworks Production Sdn Bhd
PELAKON : Zul Ariffin, Raysha Rizrose, Fify Azmi, Shah Iskandar, Sharifah Husna, Kodi Rasheed, Raja Azura, Arash Mohd, Aishah Atan , Ummar Dzariff, Nabil Aqil

WATAK PELAKON 
Zul Ariffin sebagai Ryan
Raysha Rizrose sebagai Aralyn
Fify Azmi sebagai Hanis
Shah Iskandar sebagai Zarul
Sharifah Husna sebagai Doweena
Kodi Rasheed sebagai Allif
Raja Azura sebagai Ruby

LAGU TEMA / OST 
Andi Bernadee - Penat
Aepul Roza & Sarah Suhairi - Entah Apa

SINOPSIS RYAN ARALYN

Kesusahan Ryan dalam menjaga nenek Salmah, Amir dan perangai Hanis yang keras kepala. Ryan ada pendirian, walaupun dia orang susah, dia tetap tahu membezakan halal dan haram. Hanis balik rumah malam, dia keluarkan ‘pregnancy test’. Dia positif mengandung, dia resah.





Drama Ryan Aralyn Lakonan Zul Ariffin, Raysha Rizrose

 

Saksikan drama bersiri 'Sekali Ku Jatuh Cinta' lakonan Aprena Manrose, Nazim Othman dan Reen Rahim. Disiarkan setiap Khamis hingga Ahad pukul 7.00 malam di TV1.


JUDUL : SEKALI KU JATUH CINTA

EPISOD : 13 episod

TARIKH TAYANGAN : 20 September 2020

WAKTU SIARAN : Khamis-Ahad, 7:00 malam

SIARAN TV : Slot Widuri (TV1 RTM)

PENGARAH : Mansor Akob (Manchi)

PRODUKSI : Zamriez Golden Pictures

PELAKON : Aprena Manrose, Nazim Othman, Reen Rahim, Daler Yusof, Nazrief Nazri, Meor Mohd, Esma Daniel, Laila Nasir, Fieza Jolie


WATAK PELAKON

Nazim Othman sebagai Ammar

Aprena Manrose sebagai Rose

Reen Rahim sebagai Tasha

Esma Daniel sebagai Tan Sri Khalid


SINOPSIS SEKALI KU JATUH CINTA

Amar betul-betul tidak sabar melangsungkan pertunangannya dengan Farah. Tapi, betul ker Farah sepenuh hati menerima lamaran Amar?


Drama Sekali ku Jatuh Cinta Lakonan Nazim Othman, Reen Rahim

 

Telefilem komedi khas Hari Malaysia bagi Awesome TV bertajuk 'Isa Dan Bella', dibintangi Risteena Munim dan Nadiya Sahab. Disiarkan pada Ahad, 20 September 2020 jam 9:00 malam.

 

JUDUL : ISA & BELLA

WAKTU SIARAN : Ahad, 20 September 2020, 9:00 malam

SIARAN TV : Awesome TV

PENULIS SKRIP : Adza Emie, Adza Irdawawti

PENGARAH : Nazir Jamaluddin

PRODUKSI : Mache All Star United Sdn Bhd

PELAKON : Nadiyah Shahab, Nur Risteena Munim, Hafiz Mikael, Amyza Aznan, Maria Farida, Badrul Muhayat, Syuhaida Abraz, Mahmud Alibashah


SINOPSIS ISA DAN BELLA

Berkisarkan dua sahabat yang dilahirkan pada hari yang sama iaitu pada tanggal 16 September 1994 dan di hospital yang sama. Mereka membesar bagaikan sepasang kembar namun yang membezakan hanyalah latar belakang kehidupan mereka. Situasi menjadi rumit apabila Isa dan Bella ingin bernikah pada hari yang sama tetapi Tok Kadi serta lokasi hanya terhad untuk satu slot sahaja. Di sinilah timbul pelbagai konflik serta aksi lucu dari mereka kerana keengganan mereka untuk mengalah sehingga nilai persahabatan yang dipupuk sejak kecil menjadi taruhan.




Telemovie Isa & Bella Lakonan Nadiyah Shahab, Nur Risteena Munim

 

Saksikan telefilem komedi seram 'Balik Kampung Tak Lonely Lagi' lakonan Andi Bernandee, Mas Idayu, Shamsul Ghau Ghau dan ramai lagi pada Sabtu, 26 September 2020 pukul 9:00 malam di TV3.


JUDUL : BALIK KAMPUNG TAK LONELY LAGI 

WAKTU SIARAN : Sabtu, 26 September 2020, 9:00 malam

SIARAN TV : Slot Cerekarama TV3

PENULIS SKRIP : Hafeez Amin & Zyza Backy

PENGARAH : Shuhaimi Lua

PRODUKSI : Tanah Beris Film Production

PELAKON : Andi Bernandee, Mas Idayu, Shamsul Ghau Ghau, Nik Adam Mika, Raja Azmi, Shah Hazvee, Wanns Ahmad, Roy Azman


SINOPSIS BALIK KAMPUNG TAK LONELY LAGI

Megat, anak Manja, suka menyendiri, suka layan movie hantu, terpengaruh dengan cerita itu sampai mempengaruhi hidupnya. Orang harapan ditempat kerja tapi suka curi tulang. 

Megat mahu balik ke kampung, bercuti bersama maknya setelah lama tidak pulang, tetapi ada yang mengikutinya.


Telemovie Balik Kampung Tak Lonely Lagi Lakonan Andi Bernandee,Mas Idayu,Shamsul Ghau Ghau

 

Saksikan telefilem 'Gangguan Psiko Stalker' adaptasi novel Ganggu karya Ayumi Syafiqah. Akan ditayangkan pada Sabtu ini, 26 September 2020 jam 9 malam di Astro Citra dan Citra HD.


JUDUL : GANGGUAN PSIKO STALKER

WAKTU SIARAN : Sabtu, 26 September 2020, 9 malam

SIARAN TV : Astro Citra & Citra HD

PENULIS SKRIP : Rehal Nuharis

PENGARAH : Rahim Zali

PRODUKSI : Dear Creative Media

PELAKON : Shalma Eliana, Ismail Izzani, Zarul Umbrella, Ziana Zain, Wafariena Roslan, Kufrida, Akmal Ahmad, Fiza Halim, Ameerul Asyraf


SINOPSIS GANGGUAN PSIKO STALKER

Mikayla menghadapi tekanan yang sangat hebat setelah satu demi satu ahli keluarga dan sahabatnya mati di depan matanya. Z sentiasa ada untuk menghapuskan mereka yang bersifat jahat kepada Mikayla.

Telemovie Gangguan Psiko Stalker Lakonan Shalma Eliana, Ismail Izzani,Ziana Zain

 



Saksikan filem seram komedi, KELASTER mulai 24 September 2020 di Astro First saluran 480. Menampilkan pelakon-pelakon terkenal seperti Nora Danish, Azhan Rani, Achey, Amyza Aznan dan bintang Hero Remaja 2020, Meerqeen.


JUDUL : KELASTER

GENRE : Seram Komedi

TARIKH TAYANGAN : 24 September 2020

SIARAN TV : Astro First saluran 480 

PENULIS SKRIP : Razif Ajiboy Rashid

PENGARAH : Razif Ajiboy Rashid

PRODUKSI : D Alpha Legacy (M) Sdn Bhd

PELAKON : Nora Danish, Azhan Rani, Achey, Meerqeen, Amyza Aznan


WATAK PELAKON

Nora Danish sebagai Ain

Achey sebagai Zul

Azhan Rani sebagai Dr Madi

Meerqeen sebagai Usop

Amyza Aznan sebagai Mak Cik Karipap


Lagu : Sakit - Achey

Lirik : Achey

Komposer : Shouk Azis & Achey


SINOPSIS KELASTER

Kelaster adalah sebuah kisah seram tentang bagaimana tiga orang pelajar yang terperangkap di kolej kediaman selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan. Dua pelajar lelaki Usop dan Zul terpaksa menemani Ain, yang bersendirian sehingga terpaksa mencari bantuan di asrama lelaki. Tragedi pelik mula berlaku apabila mereka cuba mendapatkan bantuan untuk Ain. 

Keadaan bertambah rumit selepas Usop dan Zul berkongsi kisah mengenai gangguan hantu serta makhluk halus yang pernah mereka lalui. Tiba giliran Ain untuk kongsikan pengalamannya, Ain terus menghilangkan diri. Usop dan Zul segera mencari Ain dan ketika di temui, Ain sedang berada di dalam Bas berdekatan dengan Kolej mereka. Di situlah segala misteri dan rahsia gangguan yang mereka bertiga alami terungkai.





Movie Kelaster Lakonan Nora Danish, Azhan Rani, Achey

 

Rancangan hiburan 'Immortal Songs' ini diadaptasi dari ‘Korean Broadcasting System (KBS)’. Dalam setiap episod, seorang ikon lagenda serta enam penyanyi terkemuka tanah air yang datang dari pelbagai latar belakang dan genre muzik akan membuat penampilan di dalam rancangan ini. Enam penyanyi tersebut akan berentap antara satu sama lain menerusi persembahan dalam versi yang tersendiri menyanyikan semula lagu ikon legenda tersebut.

Di samping itu, sebelum membuat persembahan, para penyanyi akan memperkenalkan diri serta ditemubual oleh tiga orang hos di ‘Farm Fresh Lounge’. Turutan persembahan akan ditentukan secara rawak di pentas utama di mana ianya akan diputuskan melalui undian yang bakal dicabut hos pentas utama menerusi cabutan bola yang mengandungi nama penyanyi. Persembahan para penyanyi akan dinilai oleh lapan orang juri dari kalangan pihak media selepas setiap persembahan. Skor maksimum bagi setiap persembahan adalah sebanyak 800 mata. Penyanyi yang berjaya mendapat skor tertinggi akan dinobatkan sebagai pemenang dalam setiap episod.


SERAMAI 42 penyanyi berbakat tanah air menyahut cabaran dalam program Immortal Songs yang disiarkan TV3 mulai 30 Ogos ini, jam 9 malam.

Immortal Songs diadaptasi daripada rancangan nyanyian popular dari Korea Selatan yang menggabungkan penyanyi baharu dan lama dalam satu program hiburan.

Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad (MPB),, Datuk Khairul Anwar Salleh berkata beliau yakin kemunculan program hiburan baharu di TV3 ini dinantikan penonton.

"Saya amat teruja, malah lebih percaya bahawa penggemar dan peminat program hiburan Korea Selatan juga merasakan keterujaan yang sama untuk menonton Immortal Songs.

"Malah, bukan mudah sebenarnya untuk menghasilkan sebuah lagu, Apatah lagi, untuk menggubah semula lagu itu ke genre muzik yang lain," katanya.

Beliau berkata program itu juga akan mencabar kreativiti penyanyi-penyanyi yang menyertainya, khusus dalam pengolahan muzik demi menghasilkan susunan lagu terbaik.

Sementara itu, Ketua Pengarah Operasi Farm Fresh Sdn Bhd Azmi Zainal berkata pihaknya sangat berbesar hati menjadi penaja utama Immortal Songs.

"Ia satu penghargaan bagi Farm Fresh untuk bergandingan dengan TV3 dalam menjayakan program hiburan menarik ini.

"Konsep kesegaran program sangat tepat pada masanya. Saya juga percaya, kini banyak program hiburan yang mencabar bakat kreativiti anak muda melalui program realiti," katanya.

Bakal disiarkan tujuh episod, Immortal Songs membariskan enam orang penyanyi tempatan dan seorang karyawan muzik lagenda pada setiap minggu.

Kesemua enam penyanyi berkenaan dikehendaki untuk mempersembahkan sebuah lagu pilihan mereka (daripada lagu karyawan lagenda terbabit) dengan gubahan lagu berbeza.

Sehubungan itu, Immortal Songs akan dihoskan Ain Edruce di pentas utama, manakala Amy Mastura dan Fad Bocey menjadi pengacara belakang pentas.

Antara karyawan seni lagenda terbabit untuk program ini ialah Ella, Ning Baizura, Datuk Jeffrydin, Datuk Khatijah Ibrahim, Fauziah Latiff, Datuk M Nasir dan Fauzi Marzuki.

Manakala, barisan penyanyi yang menyertai pula ialah Naim Daniel, Hael Husaini, Ernie Zakri, Wany Hasrita, Aman Aziz, Amir Masdi dan ramai lagi.

Immortal Songs Malaysia (2020)



Drama adaptasi novel 'Bicara Cinta' karya Missa J akan menemui penonton di slot Samarinda TV3. Menampilkan gandingan Emma Maembong dan Adi Putra. Drama arahan Along Kamaludin. Disiarkan bermula 21 September 2020, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di TV3.

JUDUL : BICARA CINTA
EPISOD : 13 episod
TAYANGAN : 21 September 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam 
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENULIS SKRIP : Syed Mohamad Taufik Syed Abdul Jalil
PENGARAH : Along Kamaludin
PRODUKSI : Primeworks Studios
PELAKON : Emma Maembong, Adi Putra, Jalaludin Hassan, Fadilah Mansor, Balkisyh Semundur Khan, Azrel Ismail, Khaty Azean, Syed Aiman, Beego, Khalida Balqis, Eizlan Yusof, Lisdawati, Rahim Jailani, Yumna Ayuna

WATAK PELAKON
Emma Maembong sebagai Anis Sofea
Adi Putra sebagai Adee 
Azrel Ismail sebagai Saddiq
Jalaludin Hassan sebagai Tok Ali 
Fadilah Mansor sebagai Nenek Humairah
Balkisyh Semundur Khan sebagai Nomi
Beego sebagai Sarip
Syed Aiman sebagai Khalid
Yumna Ayuna sebagai Kak Zai 

SINOPSIS BICARA CINTA
Anis Sofea kehilangan kedua ibu bapanya dalam satu kemalangan jalan raya. Penjaganya, Tok Ali dan Nenek Humairah, memujuk Anis untuk berkahwin dengan Adee kerana ingin memastikan kehidupan Anis terjaga.

Awalnya, sukar untuk Anis dan Adee hidup bersama apatah lagi dengan perbezaan umur hampir 20 tahun di antara mereka. Namun, bibit cinta dan kasih sayang mula dirasai.

Pada suatu hari, Adee tidak pulang dari hutan. Anis sekali lagi diuji dengan kehilangan orang tersayang. Biapun sukar untuk berdepan dugaan yang dihadapi, Anis harus tabah kerana kini dia perlu memikirkan masa depan anak mereka, Hanim.


PARA PELAKON BICARA CINTA





Drama Bicara Cinta Lakonan Emma Maembong, Adi Putra