Blood Brothers: Bara Naga
Filem Blood Brothers: Bara Naga

Skop Productions Sdn Bhd mempersembahkan filem aksi ‘Blood Brothers: Bara Naga’ arahan Syafiq Yusof bersama Abhilash Chandra yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 10 April 2025.

Judul: Blood Brothers #bloodbrothers
Genre: Aksi, Jenayah
Tarikh Tayangan: 10 April 2025
Skrip: Abhilash Chandra, Ghazwan Tomasi, Ayam Fared, Ashraf Modee Zain
Pengarah: Syafiq Yusof & Abhilash Chandra
Produksi: Skop Productions Sdn Bhd

Watak Pelakon
Sharnaaz Ahmad sebagai Ghaz
Syafiq Kyle sebagai Ariff
Shukri Yahaya sebagai Fadlan
Amelia Henderson sebagai Sheila
Syazwan Zulkifli sebagai Jaki
Wan Hanafi Su sebagai Dato Zul
Zamarul Hisham sebagai DSP Adlin
Andy Teh sebagai Pablo
Irfan Zaini sebagai Malik
Razib Salimin sebagai Sham
Shah Reza sebagai Boss Sam
Husyairy Hussein sebagai Ayah Mus
Tracie Sinidol sebagai Mira
Dini Schatzmann sebagai Daniel
Mikael Noah sebagai Adi
Amir Nafis sebagai Amir

Lagu Tema (OST)
Tajuk: Bara Jiwa
Penyanyi: Azlan Typewriter & Muzza Velvettones
Komposer: Muzza
Lirik : Muzza & Nana

Sinopsis Blood Brothers Bara Naga
Mengangkat kisah Ariff (Syafiq Kyle), seorang pemuda yang direkrut oleh Ghaz (Sharnaaz Ahmad) untuk menyertai syarikat kawalan keselamatan elit, Silent Guard, di bawah naungan Dato Zul (Wan Hanafi Su) iaitu seorang ahli perniagaan berpengaruh yang juga merupakan ketua sindiket mafia digeruni, dikenali sebagai Naga.

Sejak itu, Ariff mengangkat sumpah setia dan menjadi Blood Brother kepada Ghaz dan kemudian satu ikatan persaudaraan yang tidak boleh dikhianati.

Namun, apabila berlakunya satu pengkhianatan besar yang menggoncang empayar Naga, Ariff tiba-tiba dituduh sebagai dalang di sebalik musibah tersebut. Dia kini menjadi buruan dan suspek utama dalam konspirasi gelap yang mengancam nyawanya.

Dalam usaha untuk membuktikan dirinya tidak bersalah, Ariff melarikan diri dan terpaksa mencari perlindungan daripada abang kandungnya yang telah lama terpisah, Jaki (Syazwan Zulkifly). Namun, di sebalik pelariannya, Ghaz pula diberi mandat untuk menjejaki dan menangkap Ariff demi menegakkan keadilan keluarga Naga yang menuntut balas dendam.

Adakah Ariff mampu membersihkan namanya dan meraih kembali kepercayaan Ghaz? Atau mungkinkah nasibnya berakhir tragis di tangan sahabat yang dianggap seperti abang sendiri?

Movie Blood Brothers: Bara Naga

 

Filem Wantugo
Filem Wantugo

Astro Shaw bakal mempersembahkan filem terbaru bertajuk WANTUGO dan dijangka menemui penonton penghujung tahun ini. Menariknya, Wantugo merupakan filem pertama Malaysia yang membawakan genre ‘Battle Royale’ dan membariskan deretan pelakon terkenal tanah air seperti, Zul Ariffin, Sein Qudsi, Meerqeen, Sky Iskandar, Daiyan Trisha, Elizabeth Tan, Nia Atasha, Yusof Hashim (Ucop), Arfie Shah dan ramai lagi.

Genre ini mempersembahkan sekumpulan individu yang diletakkan dalam satu persekitaran dan dipaksa bertarung antara satu sama lain untuk kekal selamat.

Filem ini diarahkan oleh Nurhanisham Muhammad atau dikenali sebagai Labu, yang terdahulu mengarahkan drama premium X-Change, dan skrip oleh Ashraf Modee Zain. Manakala filem ini diterbitkan Astro Shaw dan produksi oleh Infinitus Productions Sdn Bhd.

Wantugo
Genre: Survival Thriller
Tarikh Tayangan: Penghujung tahun 2025
Penulis Skrip: Ashraf Modee Zain
Pengarah: Nurhanisham Muhammad (Labu)
Terbitan: Astro Shaw Sdn Bhd
Produksi: Infinitus Productions Sdn Bhd

Watak Pelakon
Zul Ariffin sebagai Khalif
Meerqeen sebagai Zak
Sein Qudsi sebagai Azam
Sky Iskandar sebagai Irfan
Daiyan Trisha sebagai Emylia
Elizabeth Tan sebagai Isabelle
Nia Atasha sebagai Gee
Yusof Hashim (Ucop) sebagai Harris
Arfie Shah sebagai Luqman

Sinopsis Wantugo
Mengisahkan Zak dan ‘The Clique’ tiba di sebuah taman tema yang terbiar dan telah berjumpa dengan ‘Game Master’ yang menerangkan kepada mereka tentang 3 pusingan permainan maut. Zak dan rakannya sedar yang permainan ini mengingatkan mereka tentang kejadian lalu yang melibatkan rakan kolej mereka Luqman. Keadaan menjadi tegang antara ‘The Clique’ apabila mereka saling menyalahkan satu sama lain.

Movie Wantugo Lakonan Zul Ariffin

 

Filem bisikan dosa
Filem Bisikan Dosa
Nantikan filem seram 'Bisikan Dosa' terbitan Yusrych Global bakal ditayangkan di pagawam pada 9 Januari 2025. Filem ini diarahkan oleh Faizul A. Rashid, menampilkan pelakon seperti Sara Ali, Uqasha Senrose, Farid Kamil, Juliana Evans, Syazuwan Hassan, Sherie Merlis dan ramai lagi.

Judul :Bisikan Dosa #bisikandosa
Genre: Seram
Tarikh Tayangan: 9 Januari 2025
Skrip: Muzzamer Rahman, Ayu Haswida, Rina Khan, Rozita
Lakon Layar: Muzzamer Rahman, Haffez Amin
Pengarah: Faizul A. Rashid
Produksi: Yusrych Global

Watak Pelakon
Uqasha Senrose sebagai Zara
Sara Ali sebagai Sarimah
Farid Kamil sebagai Ayden
Juliana Evans sebagai Delina
Sherie Merlis sebagai Puan Seri
Syazuwan Hassan sebagai Faliq
Mustaqim Bahadon sebagai Shazlan
Khir Rahman sebagai Inspektor Haida
Aida Aris sebagai Mak Lang
Hafiz Nafiah sebagai Salim
Daniel sebagai Iman

Sinopsis Bisikan Dosa
Mengisahkan Sarimah berpindah ke Kuala Lumpur untuk memulakan hidup baharu berikutan kematian tragis anak kecilnya dan bekas suaminya pula curang dan telah berkahwin dengan wanita lain.

Sarimah kemudian menjadi pembantu rumah kepada keluarga Ayden tetapi tidak lama kemudian, dia dihantui oleh satu roh tidak tenang yang dikenali dari potret keluarga itu sebagai Zara iaitu arwah isteri Ayden.

Movie Bisikan Dosa

 

Strike Silat Cult Master
Filem Strike Silat Cult Master

Syarikat produksi Katana Film tampil dengan sebuah naskhah yang diberi judul 'Strike: Silat Cult Master' menggabungkan aksi silat dan fiksyen moden.

Filem ini mengetengahkan keunikan silat sebagai warisan budaya Malaysia, diarahkan oleh Mallory Lee dan diinspirasikan daripada permainan video klasik era 90-an.

Akan ditayangkan di pawagam pada 13 Februari 2025. Menampilkan barisan pelakon seperti Aiman Ameer yang juga juara Hero Remaja 2023, Azri Safix (finalis Hero Remaja) dan Fify Azmi.

Pelakon lain termasuk Jay Iswazir, Trisha Ooi serta Ayez Shaukat seorang penggiat seni tempatan yang cukup dikenali.

Judul:Strike: Silat Cult Master #Strikesilatcultmaster
Tarikh Tayangan: 13 Februari 2025
Penulis Skrip: Danial Arif
Pengarah: Mallory Lee
Produksi: Katana Film Sdn Bhd

Watak Pelakon
Aiman Ameer sebagai Izra
Azri Safix sebagai Kris
Muhammad Lokman sebagai Tok Rahmat
Jay Iswazir sebagai Abil
Fify Azmy sebagai Suzan
Trisha Ooi sebagai Salmah
Seelan Manoheran sebagai Asura
Ayez Shaukat sebagai Malik
Manvin Khera sebagai Songkro
Colleen Augustine sebagai Nakira
Fitri Farouk sebagai Bartender
Iqbal Riezky Haikal sebagai Izra (kecil)
Mirza Idz Firths Abdul Aziz sebagai Kris (kecil)
Lim Koet Yenn sebagai Suzan (kecil)

Sinopsis Strike Silat Cult Master
Mengisahkan tentang Izra (Aiman Ameer) sewaktu kecil terpaksa melarikan diri daripada Abil (Jay Iswazir) ketua kumpulan samseng yang turut bertindak membunuh ibunya, Salmah (Trisha Ooi).

Semasa melarikan diri, Izra turut membawa sekali seutas loket misteri pemberian ibunya. Kemudian, dia telah diselamatkan oleh Tok Rahmat yang akhirnya telah menjadi guru silatnya.

Setelah dewasa, dia pergi mencari Abil untuk membalas dendam atas kematian ibunya. Semasa pencarian berkenaan, dia telah bertemu dengan beberapa individu lain yang turut mahir dalam silat dan mereka bergabung untuk menumpaskan Abil.

Movie Strike Silat Cult Master

 

Filem Tekang
Filem Tekang
Filem Tegkang arahan Josh Nawan bakal memaparkan keunikan budaya dan kehidupan masyarakat Kelabit di Sarawak. “Tegkang” merupakan istilah dalam bahasa kaum Kelabit yang bermaksud “pelangi” yang menjadi simbolik kepada cerita yang penuh warna-warni dalam filem ini. Saksikan “Tegkang” di pawagam mulai 28 November 2024.

Judul : Tegkang #tekang
Genre: Drama
Tarikh Tayangan: 28 November 2024
Idea Asal: Josh Nawan
Skrip: Josh Nawan & Sky Khor
Pengarah: Josh Nawan
Produksi: MyContent Distribution Sdn Bhd

Watak Pelakon
Syafie Naswip sebagai Hanafi
Michelle Lungan sebagai Rinai
Lian Tarawe sebagai Guruq
Pun Ratu Aran sebagai Sina Runa
Hezekiah Asim sebagai Ritap

Sinopsis Tegkang
Di sebuah perkampungan terpencil yang aman, rahsia yang tersimpan rapi terbongkar secara tidak sengaja, mencetuskan kisah cinta yang akan menguji ikatan seluruh masyarakat. Tegkang meneroka kehidupan di sebuah kampung terpencil di Bario, di mana rahsia yang telah lama terpendam muncul dengan kedatangan seorang pelancong, Hanafi (Syafie Naswip), yang berkawan dengan Rinai, seorang gadis yang tinggal di kampung itu.

Movie Tegkang

 

Jangan Pandang Belakang 2
Jangan Pandang Belakang 2

Selepas 17 tahun menggegarkan tanah air, filem seram ikonik kini kembali menghantui layar perak. Jangan Pandang Belakang 2: Aku Tahu Asal Usulmu, sebuah kisah seram arahan Pierre Andre ini menampilkan barisan pelakon hebat Emma Maembong, Iedil Dzuhrie Alaudin, Alif Hadi, Khatijah Tan, Mawar Rashid, dan Ruminah Sidek. Saksikan Jangan Pandang Belakang 2 di pawagam bermula 21 November 2024.

Judul: Jangan Pandang Belakang 2 #janganpandangbelakang2
Genre: Seram
Tarikh Tayangan: 21 November 2024
Penulis Skrip: Pierre Andre
Pengarah: Pierre Andre
Produksi: MIG Pictures Sdn Bhd

Watak Pelakon
Emma Maembong sebagai Lynn
Iedil Dzuhrie Alaudin sebagai Dr. Azim
Khatijah Tan sebagai Mak Lang
Alif Hadi sebagai Hafiz
Mawar Rashid sebagai Mona
Ruminah Sidek sebagai Opah
Melissa sebagai Nurse Mel
Kel Narina sebagai Nurse Ida

Sinopsis Jangan Pandang Belakang 2
Kisah ini berterusan dengan keluarga Mak Lang, yang memiliki saka keluarga. Kematian Opah menyebabkan saka tersebut kehilangan tuan, dan ia mula mengikuti Mak Lang yang sudah tua. Lynn menjadi sasaran selepas mengalami pelbagai gangguan. Lynn perlu menghadapi banyak kejadian misteri yang mengganggu kehidupan sehariannya dan diselamatkan oleh Hafiz, seorang lelaki yang mempunyai perasaan terhadap Lynn.

Promo Jangan Pandang Belakang 2

Movie Jangan Pandang Belakang 2

 

Dongeng Sang Kancil
Filem Dongeng Sang Kancil

Filem animasi terbaharu terbitan Les' Copaque Production, Dongeng Sang Kancil akan mula ditayangkan di pawagam Malaysia pada 26 Disember 2024.

Judul: Dongeng Sang Kancil #dongengsangkancil
Genre: Animasi
Tarikh Tayangan: 26 December 2024
Penulis Skrip: Hjh. Ainon Ariff, Nur Naquyah Burhanuddin
Pengarah: Ahmad Razuri Roseli, Nik Ahmad Rasyidi
Produksi: Les' Copaque Production

Pelakon Suara
Nini Razali sebagai Kancil
Amir Masdi
Loke Keng Sun
Dinda Dania
Muhammad Hafiz Bin Hassan
Fadzrian Ildzan Fadzian
Ahmad Razuri bin Roseli

Lagu Tema (OST)
Dongeng Sang Kancil
Penyanyi: Yubi Feat. Fadzrian Ildzan
Penulis Lirik: Cheong Michael, Arif Asyraf, Ammar Syahid
Komposer: Cheong Michael & Arif Asyraf Munap

Sinopsis Dongeng Sang Kancil
Diadaptasi daripada cerita rakyat tradisional kanak-kanak Melayu, 'Dongeng Sang Kancil' mengisahkan seekor kancil, Sang Kancil, bertubuh kecil tetapi licik dan bijak. Dengan kecerdasannya, Sang Kancil sering melarikan diri dari bahaya dan kadangkala membantu haiwan lain yang memerlukan bantuan.

Movie Dongeng Sang Kancil

 

Kahar Kapla High Council
Kahar Kapla High Council

Filem Kahar Kapla High Council adalah prekuel kepada siri fenomena, High Council diarahkan oleh pengarah drama premium Anchor SPM iaitu Razaisyam Rashid.

Manakala skrip ditulis oleh pasukan Astro Shaw yang diketuai oleh pengarah High Council, Anwari Ashraf bersama salah seorang penulis High Council, Luqman Alhakim Sheikh Ghazali.

Masih mengekalkan pelakon utamanya iaitu Amir Ahnaf sebagai Kahar, turut membintangi Kahar Kapla High Council adalah Aedy Ashraf, Sky Iskandar, Thompson Goh dan Khenobu.

Kahar Kapla High Council dijangka menemui penonton pada hujung tahun ini.

Judul : Kahar Kapla High Council #kaharkaplahighcouncil
Tarikh Tayangan: 24 Nov 2024
Penulis Skrip: Anwari Ashraf & Luqman Alhakim Sheikh Ghazali
Pengarah: Razaisyam Rashid
Produksi: Astro Shaw

Watak Pelakon
Amir Ahnaf sebagai Kahar
  • Anak bongsu kepada Dato’ Abu Yamin
  • Kerap rasa tertekan untuk mencapai tahap kecemerlangan seperti ayahnya
  • Mempunyai hubungan rapat abangnya Beja serta menjadikannya sebagai teladan.
  • Mahir dalam Muay Thai

Aedy Ashraf sebagai Beja
  • Ketua Pengawas dan pelajar terbaik dalam KUDRAT.
  • Abang kepada Kahar.
  • Seorang yang mementingkan imej dan reputasinya di sekolah.
  • Mahir dalam seni bela diri Muay Thai.

Sky Iskandar sebagai Megat
  • Kapla High Council KUDRAT yang terkini.
  • Seorang oportunis yang pandai bercakap manis dan manipulatif.
  • Mahir dalam seni pertarungan Tinju

Thompson Goh sebagai Li
  • Seorang Penolong Ketua Pengawas yang tinggi dan sasa
  • Mahir dalam seni pertarungan Muay Thai
  • Seorang yang pendiam, tenang dan misteri.

Khenobu sebagai Jojo
  • Seorang yang sentiasa inginkan perhatian
  • Pembuli di KUDRAT
  • Mahir dalam seni pertarungan Gusti dan (MMA).

Sinopsis Kahar Kapla High Council
~ akan dikemaskini

Movie Kahar Kapla High Council Lakonan Amir Ahnaf,Aedy Ashraf

Movie Babah
Filem Babah

Nantikan filem penuh emosi berjudul 'Babah' terbitan Nads Media Entertainment, kisah kasih sayang seorang ayah yang penuh pengorbanan dalam menjaga anak perempuannya. Filem arahan Mohd Shah Faizul Ibrahim ini bakal ditayangkan di pawagam Malaysia mulai 5 Disember 2024. Menampilkan barisan pelakon seperti Qi Razali, Cristina Suzanne, Sweet Qismina dan Adam Lee.

Judul : Babah #babah
Genre: Drama Keluarga
Tarikh Tayangan: 5 Disember 2024
Idea Asal: Nadia Nadzri
Penulis Skrip: Wan Rafiq Fadzly
Pengarah: Mohd Shah Faizul
Produksi: Nads Media Entertainment

Watak Pelakon
Qi Razali sebagai Isyak
Sweet Qismina sebagai Maya
Cristina Suzanne Stockstill sebagai Hayati
Adam Lee sebagai Ikmal
Kis Aisha sebagai Maya (7 tahun)

Lagu Tema
Rahsia Tuhan - Noh Salleh
Lagu Cinta - Panji Sakti

Sinopsis Babah
Mengisahkan perjalanan hidup Isyak dan Maya yang berdepan pelbagai cabaran, termasuk kehilangan pekerjaan, mengalami masalah pendengaran, dan penyakit GBS (Sindrom Guillain-Barre) yang dialami Maya selepas berkahwin. (Sindrom Gullain-Barre adalah gangguan auto imun yang boleh melumpuhkan sistem saraf)

Sepanjang perjalanan getir ini, Isyak kembali mengambil peranan sebagai penjaga Maya, memperlihatkan ikatan keluarga yang kuat dan kasih sayang sejati antara ayah dan anak.

Movie Babah

 

Don Dukun
Filem Don Dukun

Astro Shaw dengan kerjasama Infinitus Productions dan GSC tampil dengan filem komedi seram 'Don Dukun' yang akan menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia mulai 31 Oktober ini. Don Dukun menyaksikan pelakon filem box office Sheriff, iaitu Zul Ariffin mempertaruhkan sisi humor menerusi watak Don Arif, bergandingan bersama pelakon komedi popular Ropie.

Judul : Don Dukun #dondukun
Genre: Komedi, Seram
Tarikh Tayangan: 31 Oktober 2024
Cerita Asal: Zain Azrai, Reservoir World Sdn Bhd
Penulis Skrip: Junad M.Noor & Amin Shaki
Pengarah: Waan Hafiz
Produksi: Infinitus Productions Sdn Bhd
Terbitan: Astro Shaw Sdn Bhd

Watak Pelakon
Zul Ariffin sebagai Don Arif
Ropie Cecupak sebagai Jaafar
Douglas Lim sebagai Aloysius
Sangeeta Krishnasamy sebagai Dr Divya
Datuk Yusof Haslam sebagai Pak Samad
Marsha Milan sebagai Datin Azizah
Putri Qaseh Izwandy sebagai Laila
Sharifah Aryana sebagai Mia
Serra Kamal sebagai Leona
Aloy Paradoks sebagai Maarof
Cassia Iman sebagai Alya
Sharifah Husna sebagai Suraya
Rashidi Ishak sebagai Datuk Zainal
Lousia Chong sebagai Puan Chin
Elly Arifin sebagai Halimah Hassan
Zarina Anjoulie sebagai Bomoh Janda

Sinopsis Don Dukun
Mengisahkan Don Arif, seorang ‘dukun instafamous’ yang bercita-cita menjadi dukun hebat seperti ahli keluarganya yang lain hingga sanggup menggunakan gimik serta tipu helah dan dihalang oleh ayahnya sendiri dari mendalami ilmu keramat keluarga mereka.

Datang seorang janda kaya menawarkan habuan lumayan untuk memulihkan anak tirinya yang meletakkan Don Arif dalam situasi persaingan dengan bomoh-bomoh lain sekaligus perlu berhadapan dengan ancaman kuasa gelap demi menyelamatkan nyawa si anak tiri.

Don Arif sanggup melakukan apa sahaja untuk menjadi dukun hebat dan terkenal seperti ahli keluarganya yang lain, termasuk menggunakan tipu helah, Dengan bantuan orang kanannya, Jaafar, Don Arif mengatur gimik demi meraih populariti di sosial media.

Ayahnya, Pak Samad, tidak bersetuju dengan cara Don Arif dan menghalangnya dari mendalami ilmu kitab keramat keluarga mereka.

Muncul Datin Azizah, seorang janda kaya, yang menawarkan sejuta ringgit kepada Don Arif untuk memulihkan anak tirinya, Laila.

Namun begitu, Don Arif perlu bersaing dengan Aloysius, bomoh yang boleh berkomunikasi dengan roh, dan Dr. Divya, pemburu hantu moden.

Semua usaha mereka untuk mengusir jin yang merasuk Laila gagal dan Laila menjadi lebih agresif! Don Arif kemudiannya dikejutkan dengan satu rahsia silam yang mematahkan semangatnya lalu mengundurkan diri dan melepaskan tawaran lumayan Datin Azizah.

Sehinggalah Don Arif mendapat inspirasi dari anaknya sendiri serta restu dari Pak Samad yang menyuntik semula semangat dalam dirinya.

Don Arif kembali nekad untuk membantu Laila. Don Arif berjaya mengusir jin yang merasuk Laila dan kemenangannya itu membongkar kuasa gelap yang lebih dahsyat. Situasi jadi lebih mencemaskan dan kali ini Don Arif hampir tewas.

Dengan bantuan Aloysius dan Dr. Divya serta ilmu yang baru dikuasainya, Don Arif meneruskan perjuangan menghapuskan kuasa gelap demi menyelamatkan nyawa Laila.

Movie Don Dukun Lakonan Zul Ariffin,Ropie