Dengarkan lagu tema drama Red Velvet berjudul Sesungguhnya Aku nyanyian Alif Satar. Info lanjut drama klik disini.


Tajuk : Sesungguhnya Aku
Penyanyi : Alif Satar
Komposer & Lirik  : Faizal Tahir, Ezra Kong, Romeo & Mike Chan




Helena tidak mempedulikan tohmahan mahupun kata-kata nista orang sekeliling bila dia ingin berkahwin dengan Fareeq yang merupakan suami orang, isteri kepada Suhaila. Perhubungan mereka dapat dihidu oleh Dato Fauzan lalu mencadangkan Helena dihantar ke luar negara untuk menyambung pelajaran. Helena yang enggan, nekad melarikan diri dan merancang berkahwin dengan Fareeq. Malangnya, Fareeq tidak menepati janjinya menyebabkan Helena kecewa setengah mati.

Dalam mengharungi kehidupannya yang huru-hara, Helena bertemu dengan Izzat yang sinis, ego, berlagak tak bertempat. Semua ini menambahkan kekusutan di kepala Helena. Baker bajet hot yang bekerja di bakeri cabuk itu sentiasa mencari pasal dengan Helena. Ada sahaja yang tak kena di matanya. Dan keadaan semakin tegang apabila keadaan memaksa Helena bekerja dengan Izzat di bakeri yang sama. Hinggalah, hati mereka bertaut dengan kasih. Namun, rahsia Helena terbongkar sewaktu mereka berdua asyik menyulam cinta. Macam mana bila lelaki yang anti homewrecker, berdepan dengan homewrecker itu sendiri?

OST Drama Red Velvet

Berikut senarai lagu digunakan dalam drama Duda Pujaan Dara yang disiarkan di Astro Ria. Info lanjut drama klik disini.

Tajuk : Tak Malu
Penyanyi : Farisha Irish
Komposer : Mike Chan
Lirik : Omar K.




Tajuk : Oh Cintaku
Penyanyi : Bella Nazari
Komposer : Hael Husaini, Mike Chan, Ezra Kong
Youtube : https://youtu.be/J7mhIuxSYlA

Tajuk : Ku Hanya Sayang Padamu
Penyanyi : Aiman Tino
Lagu : Apit
Youtube : https://youtu.be/i4lRykh5DUk

Tajuk : Aku Mula RIndu
Penyanyi : Hez Hazmi
Lagu & Lirik : Hez Hazmi
Youtube : https://youtu.be/LLsheFp2i5o

Tajuk : Hanya Dirimu
Penyanyi : Eleena Harris feat Mark Adam
Lagu : Eleena Harris & DJ Fuzz
Lirik : Amzar Viral & Adik Viral
Youtube : https://youtu.be/GoMAiIBpXnI

OST Drama Duda Pujaan Dara

Dengarkan lagu berjudul Sumpah Cintaku nyanyian Asfan Shah yang merupakan lagu tema untuk drama Titian Cinta yang akan ditayangkan di slot Akasia TV3. Info lanjut drama klik disini. Lagu lain akan dikemaskini kelak.

Tajuk : Sumpah Cintaku
Penyanyi : Asfan Shah
Komposer : Asfan Shah
Lirik : Asfan Shah & Fedtri Yahya
OST : Drama Titian Cinta





Tajuk : Kasih
Penyanyi : Hyper Act
Komposer : Akir Hyper Act
Lirik : Frozen


OST Drama Titian CInta



Dengarkan lagu tema drama Mencintaimu Mr Photographer yang disiarkan menerusi slot Mega Drama di saluran Astro Ria. Info lanjut drama klik disini.

Tajuk Lagu : Jampi
Penyanyi : Hael Husaini
Sumber Youtube






SINOPSIS
MENCINTAIMU MR. PHOTOGRAPHER
Aku dah jatuh cinta dengan Mr.Photographer tu? Hanya satu klik pada lensa kamera hubungan Aira dan Jemy semakin rapat.

“Kau ingat kau tu cantik sangat ke sampai aku nak kena curi-curi tangkap gambar kau?” – Jemy

Aira geram. Ah! Photographer tu memang sengal!
“Saya nak kerja sini.” – Aira

Kerana impiannya untuk bergelar seorang model, Aira rela menelan setiap perangai berlagak dan panas baran Jemy. Namun, tanpa sedar setiap pertengkaran melahirkan cinta. Orang lain tak kenal maka tak cinta, Jemy dan Aira pula dah gaduh-gaduh baru nak kenal cinta.

“Aku nak dia gayakan rekaan terbaru aku!”
Di situ bermula detik di mana Aira, seorang pembantu studio fotografi berubah kepada seorang model.

Cinta yang kian bercambah disemi dengan kata-kata rindu dan sayang. Tentangan hebat daripada Tan Sri Megat Miqdad dan tuntutan kerjaya sebagai seorang model membuatkan Aira nekad menerima Jemy sebagai suami. Sebuah perkahwinan rahsia tercipta. Status isteri kepada seorang photographer turut dirahsiakan. Pahit manis rumah tangga dirasai. Cemburu dan kemanisan cinta membuah rasa bahagia yang tak terkata.

Dugaan dan kesilapan silam menjadi duri dalam hubungan mereka. Aira terpanar bila dituduh hanya mempermainkan perasaan Jemy sedangkan cintanya tiada penghujung. Akhirnya, demi menjaga hati masing-masing, kata perpisahan terbitdi hujung bibir. Namun, tegakah hati melepaskan yang tercinta? Rahsia apakah yang tersembunyi hingga membuat Jemy terpaksa melafazkan perpisahan? Pengkhianatan dan kesetiaan, yang mana satu pilihan mereka?

OST Mencintaimu Mr Photographer

Berbagai usaha yang dilakukan oleh Carl Adham untuk memikat hati Aerna, namun Aerna sukar menerima cinta dari Carl Adham sedangkan mereka baharu sahaja berkenalan. Memandangkan Carl dengan tiba-tiba mengajak Aerna bertunang kemudian bernikah.

Rakan-rakan sekerja di pejabat menggelarkan Aerna sebagai Cik Serba Tahu kerana semuanya dia boleh tahu. Sebab benda yang diagak selalunya betul dan banyak rahsia yang dia tahu terutama rahsia Encik Ben dan Encik Bun.

Dan disebabkan serba tahunya itu, ayahnya bimbang jika anaknya itu terlupa tentang diri sendiri. Ayah Aerna nekad untuk mempercepatkan perkahwinan anaknya dengan sesiapa saja yang gentleman asalkan Aerna terbuka hati untuk menerima cinta. Adakah dengan mudah Aerna dapat menerima pilihan ayahnya? Adakah Aerna akan bersedia membuka pintu hatinya seperti yang dipinta oleh ayahnya?


LAGU TEMA / OST CIK SERBA TAHU

Tajuk : Cinta Apa Adanya

Artis : Tasha Manshahar

Lagu : DJ Fuzz

Lirik : Al Abbas / Muariffah

SumberYoutube

OST Cik Serba Tahu