Tonton telefilem raya 'Quran Pondok Buruk' arahan Rashid Sibir yang merupakan kesinambungan daripada telefilem Pondok Buruk 1 dan 2 bakal disiarkan pada 1 Syawal ini di Astro Ria pada pukul 10 pagi dan 8:30 malam.

Judul : Quran Pondok Buruk #Quranpondokburuk #telefilemquranpondokburuk
Waktu Siaran: 1 Syawal, 10:00 pagi / 8:30 malam
Rangkaian: Astro Ria / Astro GO
Pengarah: Rashid Sibir
Produksi: Opera Klasik
Pelakon: Rosyam Nor, Fauziah Nawi, Raja Azura, Vanidah Imran, Jalaludin Hassan, Iman Zulkarnain

Sinopsis Quran Pondok Buruk
Kisah obsesi tiga adik-beradik yang derhaka, terdesak mahukan keampunan daripada ibu mereka yang telahpun meninggal dunia. 

Usop yang pernah berdosa kini berusaha untuk menjadi lebih baik namun diuji dengan perpecahan dan keluarganya kini melakukan dosa-dosa yang lebih kurang sama seperti masa lampaunya. 

Ujian berat ini menjadikan Usop hampir terkandas sehingga mengamuk dan membakar pondok buruk tempat dia bermunajat kerana marah pada tuhan. 

Kejadian itu hampir meragut nyawa isterinya, Som dan kembali membuat Usop sedar yang dia perlu terus berusaha untuk menyatukan kembali keluarganya dan membantu anak-anaknya kembali ke jalan yang benar.

Quran Pondok Buruk Lakonan Rosyam Nor, Fauziah Nawi

 


Tonton telefilem 'Hari-hari Terakhir Seorang Pendosa' arahan Feroz Kader akan datang di slot Cerekarama TV3 pada Sabtu ini pukul 10 malam. #telefilemharihariterakhirseorangpendosa

Judul :  Hari-hari Terakhir Seorang Pendosa #harihariterakhirseorangpendosa 
Waktu Siaran: Sabtu, 15 April 2023, 10:00 malam
Rangkaian: Cerekarama TV3
Penulis Skrip: Tommy Loh
Pengarah: Feroz Kader
Produksi: Country & Universal Sdn Bhd
Pelakon: A. Galak, Nabila Huda, Ellie Suriaty, Puteri Aishah, Luqman Hafidz, Hariz Hamdan, Saidah Kamarudin

Sinopsis Hari-hari Terakhir Seorang Pendosa

Kehidupan seorang wanita tabah berubah menjadi tunggang langgang selepas kehadiran ibu kandung berpenyakit mental yang pernah menjadi pelacur. Namun realiti sebenar menyedarkan dirinya betapa besar pengorbanan ibunya itu.

Hari-Hari Terakhir Seorang Pendosa Lakonan A. Galak, Nabila Huda, Ellie Suriaty

 



Tonton telefilem 'Anak Tuan ' arahan Along Kamaluddin akan datang di slot Cereka Ahad TV3 pada Ahad ini 16 April 2023 pukul 9 di bintangi pelakon hebat antaranya Fasha Sandha dan Azhan Rani

Judul :Anak Tuan #anaktuan #telefilemanaktuan
Tarikh Tayangan:16 April 2023 (Ahad) 9.00 Malam
Rangkaian :Cereka Ahad Tv3
Pengarah : Along Kamaluddin
Produksi :
Pelakon: Fasha Sandha,Azhan Rani,Azizah Mazhan ,Hafiy Altamis,Kiky Hannah ,Azman Naim,Dato'Naim Nasir

Sinopsis Anak Tuan 

Mengisahkan seorang ibu yang baru tahu dia akan meninnggal tak lama lagi disebabkan kanser ovari.Dia menggunakan masanya yang terhad untuk menguruskan anak-anaknya tetapi dihalang oleh ibu mertuanya yang menggunakan anak-anak sebagai punca kewangan melalui badan kebajikan

Para Pelakon Anak Tuan

Telefilem Anak Tuan Lakonan Fasha Sandha,Azhan Rani

 


Isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri mendedahkan dia sedang hamil cahaya mata ketiga dengan usia kandungan mencecah 10 minggu.

Perkara itu dikongsikan oleh Shuhada menerusi Instagram miliknya sebentar tadi. Shuhada berkata dia mengakui tidak kuat apatah lagi kemelut rumah tangganya belum lagi selesai.

Menurut Shuhada lagi, dia juga tidak dapat menahan air mata di mahkamah apabila menceritakan dirinya hamil 10 minggu.



“Air mata mengalir tak henti sewaktu ibu ceritakan pada mahkamah yang ibu tengah mengandung 10 minggu. Ibu dah cuba untuk kuat, sumpah demi Allah. Tapi ibu perlukan kekuatan dari sekeliling ibu.

“Ibu dapatkan rawatan untuk masalah tekanan dan depresi yang ibu hadap sekarang. Ibu akan usaha sepenuh hati, kena kuat untuk terus jaga Humairah dan Umar termasuk adik baru,” tulisnya.


Kata Shuhada lagi, dia juga tidak boleh mengambil ubat untuk mengurangkan tekanan kerana bimbang akan memberi kesan pada bayinya.

“Halangan terbesar ibu sekarang, usia kandungan masih awal. Ibu tak boleh ambil ubat hospital untuk kurangkan tekanan. Ibu takut beri kesan kepada bayi dalam kandungan.

“Sekarang ibu kena berjuang tanpa ubat, tak mudah tapi ibu kena kuat untuk anak-anak. Hari ini seharian ibu menangis. Tadi kat hospital ibu jatuh pengsan. Doktor minta ibu buka puasa sebab tak cukup kuat dan boleh bahayakan kandungan.

“Ibu termenung serabut. Air mata tak henti-henti mengalir. Apa berlaku ni, ibu terima. Walaupun ibu dihina, dimaki, dikhianati, ditipu, dikasari dan kena hadap segala perjalanan dan dugaan yang ada ni,” katanya.

Shuhada Isteri Hafidz Roshdi Dedah Kini Hamil 10 Minggu - "Hari Ni Menangis Seharian, Pengsan Di Hospital"

 


Baru-baru ini, Datuk Seri Aliff Syukri mendapat perhatian di media sosial apabila dia sekali lagi melancarkan lagu. Bersempena menyambut Hari Raya yang bakal tiba pada tahun ini, usahawan terkenal ini seperti biasa mengeluarkan lagu Raya sendiri.

Walau bagaimanapun, usahawan popular ini mendapat pelbagai reaksi ada yang positif mahupun sebaliknya malah dia antara yang begitu hangat diperkatakan ramai sejak akhir-akhir ini.

 
Namun begitu, sebentar tadi nampaknya posting Aliff Syukri diruangan Instagram sekali lagi membuatkan namanya menjadi perbualan lagi. Usahawan ini dilihat meluahkan perasaan berangnya apabila lagu Raya dikeluarkannya tidak diputar di radio mahupun televisyen.

Dia juga berharap pihak berkenaan adil dengan semua penyanyi apatah lagi lagunya itu juga sudah trending nombor satu.


“Saya nak mewajibkan semua TV dan radio memutarkan lagu raya Chuk Chu Raya apa kurang saya sebagai penyanyi. Please kena adil kat semua penyanyi. Lagu saya dah trending di YouTube soo apa yang ingin di nafikan saya artis no1 nak tengok full lagu saya gi jer YouTube,” tulisnya diruangan kapsyen.

“Saya nak mewajibkan semua TV & radio memutarkan lagu raya Chuk Chu Raya”- Aliff Syukri

 


Bersuamikan Anak Patung, Wanita Dakwa Sedang Hamil ‘Anak’ Kedua

Seorang wanita yang bersuamikan anak patung, mendakwa dirinya kini hamil anak kedua menerusi perkahwinan tersebut.

Meirivone Rocha Moraes, 37, yang berasal dari Brazil itu berkongsi khabar gembira itu ketika dia memuat naik keputusan positif alat ujian kehamilan kendiri menerusi akaun TikToknya.

Menurut Moraes, dia berharap kehamilan itu dapat memulihkan hubungan percintaan mereka selepas ‘suaminya’ didapati curang sebelum ini.

‘Pasangan’ itu sudah pun memiliki anak lelaki dan berharap bakal menimang cahaya mata perempuan kali ini.

Berkongsi video tersebut di platform media sosial, Moraes berkata bahawa mereka berdua gembira untuk menimang ‘seorang lagi cahaya mata.’

”Kami memang mahukan seorang cahaya mata lagi, Marcelo (nama suaminya) asyik bertanya bila kita akan menimang cahaya mata lagi. Saya mejawab, tidak lama lagi.

“Sebelum ini, saya pernah merasa loya. Jadi saya ambil keputusan untuk buat ujian kehamilan, tetapi keputusannya adalah negatif.

“Walau bagaimanapun, rasa loya kembali semula tak lama kemudian. Jadi, saya pun membeli ujian kehamilan kendiri di farmasi berdekatan dan keputusannya adalah positif.”

Wanita tersebut berkata, mereka lebih mengharapkan kehadiran ‘puteri kecil’ dalam keluarga mereka tetapi kasih sayang mereka tetap sama jika zuriat yang bakal ditimang adalah lelaki.



Keadaan ‘rumah tangga’ Moraes dan Marcelo yang kurang stabil
Berhubung pergolakan rumah tangga yang melanda pasangan terbabit, Moraes berkata bahawa hubungan mereka tidak sama seperti dahulu.

“Sejak dapat tahu dia curang di belakang saya, kami dapat rasakan hubugan kami semakin renggang.”

Dalam pada itu, wanita asal Brazil itu berharap agar penambahan ahli keluarga baharu ini dapat memperbaiki hubungan mereka serta menyelamatkan rumah tangga itu.

Kisah percintaan unik antara manusia dan anak patung, Marcelo bermula apabila ibu Moraes membuat satu anak patung buat anaknya. Ibunya berbuat demikian kerana Morae sering merungut mengenai status kehidupannya yang masih bujang.

Katanya, dia mula jatuh cinta dan mengandungkan anak mereka berdua. Perkahwinan mereka berdua pula disaksikan oleh 250 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan rakan-rakan.

“Ketika ibu saya memperkenalkan Marcelo kepada saya, saya terus jatuh cinta kepadanya. Ia merupakan cinta pandang pertama.”

Semasa mengandungkan ‘anak’ pertama, Moraes mendakwa berat badan meningkat sebanyak 4 paun (1.81437 kilogram).

Bukan itu sahaja, sesi kelahiran ‘anak pertamanya’ di rumah telah disiarkan secara langsung di media sosial dan ditonton kira-kira 200 pengguna.



sumber: Express UK

Wanita Bersuamikan Anak Patung,Dakwa Sedang Hamil ‘Anak’ Kedua

 


Rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita seorang gadis bernama Aliah Qistina Budiyanto menjadi tempat ‘pemuas nafsu’ oleh bapa tirinya sendiri. Lebih mengecewakan, si ibu kandung malah bersubahat sama membiarkan anaknya dianiaya suami sendiri.

18 hari lari rumah, Akhirnya terjawap persoalan kenapa Qistina lari

Untuk pengetahuan, Qistina sudah mengalami perbuatan jijik terbabit se

jak tahun 2020 lagi. Akhirnya setelah melarikan diri beberapa minggu lalu, dia nekad mendedahkan segala trauma hitam yang dilaluinya kepada pihak polis sekali gus menjurus kepada tindakan penangkapan dua suspek berusia 36 dan 40 tahun itu.


Pulanglah Qistina…Pulang sayang

Hasil tinjauan, TikTok ibu kandung yang sebelum ini banyak memuat naik tentang kehilangan Qistina sudah disetkan kepada mod private. Manakala pemeriksaan terhadap Facebook si ayah tiri pula menyaksikan lelaki ini ada beberapa kali berkongsikan rasa sedih, rindu dan rayuan agar remaja 16 tahun itu kembali ke rumah.


Bila saya nampak makanan yang dia (Qistina) suka, saya nangis kat situ juga – Ibu

Di sebalik kata-kata manis menunjukkan kasihnya seorang ayah kepada anak sambil menggelar Qistina dengan panggilan ‘sayang’, siapa sangka rupanya ia hanya lakonan semata-mata. Terdahulu, ramai pihak wartawan turut berkesempatan datang ke rumah mereka untuk melakukan liputan khas mengenai berita kehilangan Qistina.

 
Sumber : YouTube Melaka TV & FB djdanns DND

“Daddy Rindu Pulang Sayang”-Bapa Tiri Durjana Banyak Up Status Sedih Rayu Qistina Balik

 


tonton filem Tonton original terbaharu, Seindah Kasih The Movie karya Nik Amir Mustapha dan Ariff Zulkarnain di Tonton pada 12 April 2023.
  
Seindah Kasih The Movie #seindahkasihthemovie
Tarikh Tayangan di Tonton: 12 April 2023
Pengarah: Nik Amir Mustapha & Ariff Zulkarnain
Produksi: Lumatic Films

Watak Pelakon
Syafiq Kyle sebagai Nazmi
Mimi Lana sebagai Alia
Siti Saleha sebagai Sharifah
Shasha Abedul sebagai Nina
Anas Ridzuan sebagai Jamal
Luqman Hafidz sebagai Khairul

Sinopsis Seindah Kasih The Movie
Memaparkan kisah enam kaki tangan Media Prima daripada bahagian kerja yang berbeza. Krisis hubungan antara keenam-enam watak yang ditampilkan ini ketara tatkala kesibukan bulan Ramadan melanda.

Kisah di unit TV, Sharifah (Siti Saleha) menggalas tanggungjawab sebagai seorang penerbit tetapi terlalu bergantung kepada pembantunya, Nina (Shasha Abedul). 

Manakala di konti radio pula, Jamal (Anas Ridzuan) yang merupakan seorang DJ radio dan telah menempa nama sebagai duo bersama rakannya, Khairul (Luqman Hafidz), namun telah berlaku pergaduhan antara mereka ketika bersiaran ke udara.

Lain pula kisah antara Nazmi (Syafiq Kyle) yang memegang watak sebagai wartawan akhbar dan sering timbul rasa tidak puas hati terhadap Alia (Mimi Lana) yang bekerja di bahagian digital.

Mampukah setiap watak menyelesaikan setiap kemelut hubungan mereka? 

Seindah Kasih The Movie Lakonan Syafiq Kyle,Mimi Lana

 

Tonton telefilem 'Mendarat Di Syurga' sebuah kisah mengenang tragedi pesawat yang terhempas MH370 dan MH17 yang hampir sedekad berlalu. Telefilem terbitan Zeel Production ini bakal mengisi slot Cerekarama di TV3 pada 8 April 2023, Sabtu pukul 10 malam.

Judul :Mendarat Di Syurga #mendaratdisyurga #telefilemmendaratdisyurga
Waktu Siaran: Sabtu, 8 April 2023, 10:00 malam
Rangkaian: Slot Cerekarama TV3
Cerita Asal: Marr Mohamad
Penulis Skrip: Maizura Ederis & Marr Mohamad
Pengarah: Feroz Kader
Produksi: Zeel Production Sdn Bhd
Pelakon: Siti Saleha, Syafiq Kyle, Nad Zainal, Riz Amin, Aida Khalida, Muaz Zabir, Shah Faris, Silfeny Osman

Sinopsis Mendarat Di Syurga

Rayhan, Julia dan Elyas ialah orang asing yang tidak mengenali antara satu sama lain. Nasib mereka terikat dengan satu kemalangan penerbangan yang akan mengubah kehidupan mereka selama-lamanya.

Promo Mendarat Di Syurga 


Para Pelakon Mendarat Di Syurga

Telefilem Mendarat Di Syurga Lakonan Siti Saleha, Syafiq Kyle, Nad Zainal

 


Tonton telefilem Cucu Wan lakonan Sharifah Sakinah, Khatijah Tan dan Fizz Fairuz disiarkan pada 9 April ini, Ahad pukul 9 malam di TV3.

Judu: Cucu Wan #cucuwan #telefilemcucuwan
Waktu Siaran: Ahad, 9 April 2023, 9:00 malam
Rangkaian: TV3 slot Cereka Ahad
Penulis Skrip: Azal Ezreen
Pengarah: Isma
Produksi: Jaja Ishak Channel Sdn Bhd
Pelakon: Sharifah Sakinah, Khatijah Tan, Fizz Fairuz, Ezarra Nurzhaffira (Zarra Zhaff), Nadhif Sazali, Fendi Abdullah

Sinopsis Cucu Wan
Mengisahkan tentang dua orang kanak-kanak yang hidup di bandar mengimpikan untuk menyambut bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri dalam suasana yang meriah seperti di kampung.

Telefilem Cucu Wan Lakonan Sharifah Sakinah, Khatijah Tan

 


Tonton supertele seram komedi 'Pontianak 100kg' akan datang di platform penstriman video tonton.

Judul : Pontianak 100kg #pontianak100kg #telemoviepontianak100kg
Tarikh Tayangan: 5/4/2023
Rangkaian: tonton / tv3
Pengarah: Shuhaimi Lua
Produksi: MIG Production
Para Pelakon : Mark Adam, Ady Mohammad, Mathni Razak, Aya Amiruddin, Wanss Ahmad, Kazar Saisi, Afifah Nasir

Watak Pelakon
Aya Amiruddin
Wanss Ahmad sebagai Malik
Mark Adam sebagai Salleh
Mathni Razak sebagai Dharma
Afifah Nasir sebagai Mewangi 
Kazar Saisi
Ady Mohammad

Sinopsis Pontianak 100kg

Mengisahkan pontianak yang mengganas di sebuah kampung. Pontianak ini agak berbeza kerana ia mempunyai badan yang besar dan berat hampir 100KG. Masalahnya, pontianak ini sering mengganggu penduduk kampung di waktu malam untuk mencari makanan.

Walaupun penduduk kampung, yang dipimpin oleh Pak Bayang, telah membuat pelbagai usaha untuk menyelesaikan masalah ini, tetapi tiada tindakan yang berkesan dan pontianak itu masih berkeliaran berleluasa di kampung.

Dharma, Salleh dan Malik merupakan pemuda kampung yang tidak memberikan sebarang idea untuk menyelesaikan masalah ini. Namun, kehadiran Jibam yang lebih proaktif memberikan harapan kepada Pak Bayang, tetapi terdapat konflik yang lain.

Dapatkah penduduk kampung menyelesaikan masalah serangan pontianak yang berat melebihi 100KG ini?

Telemovie Pontianak 100kg


Tonton adaptasi drama popular Korea Selatan bertajuk 'Coffee Prince'. Bakal menampilkan gandingan utama Fattah Amin dan Janna Nick. Turut membintangi Diana Danielle, Fahrin Ahmad, Daiyan Trisha,  Elly Suriati dan ramai lagi. Drama bersiri versi Malaysia ini diarahkan oleh Michael Ang. Akan mula ditayangkan pada 27 November 2017, setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di saluran Astro Ria 104 dan Astro Ria HD 123.

JUDUL : MY COFFEE PRINCE #mycoffeeprince
EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : 27 November 2017
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 10.00 malam
SIARAN : Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123
PENGARAH : Michael Ang
TERBITAN : Juita Viden Sdn Bhd
PELAKON : Fattah Amin, Janna Nick, Fahrin Ahmad, Diana Danielle, Daiyan Trisha, Sean Lee, Zain Hamid, Syafiq Ahmad, Ellie Suriaty, Faez Azemi, Sharifah Shahirah, Jasmin Hamid, Ejoy Azari

WATAK PELAKON 
Fattah Amin sebagai Raykal
Janna Nick sebagai Dani
Fahrin Ahmad sebagai Amri 
Daiyan Trisha sebagai Ira 
Faez Azemi sebagai Riduan
Sean Lee sebagai Jia Wu
Syafiq Ahmad sebagai Hadi
Zain Ahmad sebagai Syukri
Sharifah Shahira sebagai Zahara

LAGU TEMA / OST MY COFFEE PRINCE 
Tajuk : Sebentar Saja
Penyanyi : Janna Nick

SINOPSIS MY COFFEE PRINCE 

Menceritakan kisah Dani, seorang gadis yang sering disalah anggap sebagai lelaki. Dani tinggal bersama ibunya Zahara dan adiknya Ira. Manakala Rayqal, seorang ahli perniagaan muda tidak mengetahui Dani sebenarnya seorang gadis, lalu menawarkan pekerjaan kepadanya di kafe yang hanya dikhususkan untuk pekerja lelaki. Dani yang perlu bekerja keras untuk menyara keluarganya menerima tawaran tersebut.

Sejak Dani mula bekerja di kafe itu, Rayqal secara tidak sengaja telah jatuh hati kepada Dani. Perasaan ini menyebabkan Rayqal mula meragui seksualiti dirinya kerana di matanya, Dani adalah seorang lelaki. Sementara itu, Dani juga telah mula menyukai Rayqal, namun tidak mahu mendedahkan bahawa dirinya ialah seorang gadis kerana beliau takut kehilangan pekerjaan.

Drama My Coffee Prince Lakonan : Fattah Amin, Janna Nick, Fahrin Ahmad,