Filem aksi superhero ikonik Malaysia yang paling dinanti-nantikan, Keluang Man terbitan Astro Shaw telah memulakan penggambaran secara rasmi mulai 4 Mei lalu! Penggambaran dijalankan di sekitar Lembah Klang serta lokasi yang amat sinonim dengan animasi Keluang Man iaitu Kluang, Johor.

Naskhah ini diarahkan oleh pencipta bersama trilogi filem Polis Evo, yang juga pengarah dan showrunner drama premium popular Projek: High Council dan Projek: Anchor SPM, Anwari Ashraf. Beliau turut bertindak sebagai penulis skrip filem Keluang Man.

Astro Shaw turut mengumumkan secara rasmi nama pelakon lain yang akan turut bersama Nas Muammar Zar, Remy Ishak, Anwaar Beg Moghal dan Datuk Rosyam Nor dalam menjayakan Keluang Man.

Judul : Keluang Man #keluangman
Genre: Aksi
Tarikh Tayangan: 2025
Penulis Skrip: Anwari Ashraf
Pengarah: Roshfaizal Ariffin, Anwari Ashraf, Natasha Azlan
Produksi: Astro Shaw Sdn Bhd

Watak Pelakon
Nas Muammar Zar sebagai Borhan
Remy Ishak sebagai Shamsir
Anwaar Beg Moghal sebagai Inspektor Sahab
Datuk Rosyam Nor sebagai Ahmad
Shweta Sekhon sebagai Dr. Malini
Halim Othman
Amelia Henderson
Sham Sunder
Dennis Yin

Sinopsis Keluang Man
Kisah seorang pesakit psikiatri, Borhan yang menjadi adiwira dalam membenteras jenayah.

Movie Keluang Man Lakonan Nas Muammar Zar,Remy Ishak

 

Siri animasi popular BoBoiBoy mengumumkan akan kembali menghiburkan penonton di kaca televisyen melalui siri terbaharu BoBoiBoy Galaxy Windara. BoBoiBoy dijadualkan kembali untuk bersiaran di TV9 dengan siri terbaharu, bermula 2 Jun 2024, setiap Ahad, jam 6.30 petang dan boleh strim secara langsung dalam HD melalui www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton. Juga tonton episod terbaru BoBoiBoy Galaxy Windara di Monsta Network, Netflix dan Astro Ceria Malaysia.

BoBoiBoy Galaxy Windara
Penulis Skrip: Anas Abdu Aziz
Pengarah: Muhammad Akid Jamel
Produksi: Monsta
• Monsta Network (Youtube), setiap SABTU, 10 pagi
• NETFLIX, setiap SABTU, 11 pagi.
• TV9 Malaysia, setiap AHAD, 6:30 petang

Pelakon Suara

Boboiboy - Nurfathiah Diaz
Gopal - Dzubir Mohammed Zakaria
Yaya - Nur Intan Syuhadah
Ying - Yap Ee Jean
Fang - Wong Wai Ka
Probe - Anas Abdul Aziz
Adudu - Anas Abdul Aziz
Muskida - Anas Abdul Aziz
Tok Aba - Anas Abdul Aziz
Kuputeri - Yasmin Khairuddin
Maripos - Nabil Zamanhuri
Reramos - Zainy Sahit
Ochobot - Orked Naurah
Qually - Ferdiawan Gunarto
Bago Go - Nizam Abd Razak
Komputer - Nur Farah Ain Syazwani Marzuki

Sinopsis BoBoiBoy Galaxy Windara

Kisah pengembaraan BoBoiBoy yang menghadapi dilema apabila Kuputeri iaitu pemegang asal kuasa Elemen Tempest tiba di Bumi untuk menuntut semula kuasanya dan menyelamatkan rakyatnya. Untuk memujuk BoBoiBoy, Kuputeri telah menjemputnya ke Planet Windara, dimana dia dapat menyaksikan sendiri penderitaan rakyatnya yang telah lama bertahan di bawah naungan Maharaja Reramos yang jahat.

BoBoiBoy Galaxy Windara Kini Kembali

 

Siri Tonton Original terbaharu yang berjudul ‘Metro Crime Series: Siapa Lelaki Itu’ membawa jalan cerita yang diinspirasikan dari kes jenayah berprofil tinggi yang pernah terjadi di tanah air. Drama arahan Megat Sharizal dan Faizul A Rashid ini menampilkan lakonan Zahirah Macwilson, Aloy Paradoks dan Mustaqim Bahadon.

Saksikan Metro Crime Series di slot Lestary TV3 mulai 15 Jun 2024, setiap Khamis hingga Sabtu pukul 9 malam atau strim di Tonton.

Judul :Metro Crime Series: Siapa Lelaki Itu?
Tonton Full Episod:1- 10
Penulis Skrip: Hadi M. Nor, Haris M. Nor, Lepat Hafiz
Pengarah: Megat Sharizal & Faizul A Rashid
Produksi: Razors Edge Pictures
Tayangan di Tonton: 6 Julai 2023
Tayangan di TV3: 15 Jun 2024

Lagu
Bongkar Saja - Fai Ramli
Ilusi - Hazama & Marsha

Watak Pelakon

Zahirah Macwilson sebagai Fatema Umar
Aloy Paradoks sebagai Rozimi Razak
Mustaqim Bahadon sebagai DSP Marzuki
Chew Kin Wah sebagai Teon Chai
Nia Atasha sebagai Hazi
Aqilah Abas sebagai Yasmin
Wan Raja sebagai Zabidi
Eamie Elyna sebagai Syerinie
Amanda Tan sebagai Liza
Chai Zi sebagai Eric
Zarynn Min sebagai Saleha

Sinopsis Metro Crime Series

Siri ini berkisar kematian Syerinie yang telah dibunuh dengan kejam. Fatema (dilakonkan oleh Zahirah Macwilson), seorang wartawan Harian Metro, berhasrat untuk membuat liputan bagi kes yang menggegarkan negara ini. Namun, permintaannya tidak diluluskan oleh editornya. Sebaliknya, liputan ini ditugaskan kepada rakan sejawatnya, Rozimi (dilakonkan oleh Aloy Paradoks).

Fatema sememangnya seorang yang panas baran. Maka tidak hairanlah yang dia telah membuat keputusan untuk melanggar arahan dan bekerjasama dengan Rozimi.

Temu bual bersama saksi kejadian telah membawa kepada penemuan butiran yang telah dikaburkan oleh pihak polis. Menurut saksi, dia ada terlihat seorang lelaki yang mungkin adalah pembunuh Syerinie.

Hanya Fatema dan Rozimi yang melaporkan tentang kelibat lelaki misteri ini. Perkara ini memberi kelebihan kepada Harian Metro.

Pada keesokan harinya, suspek utama telah ditahan. Namun, jejaka tersebut bukanlah lelaki yang dilihat oleh saksi kejadian. Maka, soalan yang perlu diselesaikan menerusi 10 episod siri ini adalah: ‘Siapa Lelaki Itu?’


Drama Metro Crime Series (MCS) Siapa Lelaki Itu? Lakonan Zahirah Macwilson,Aloy Paradoks

 

Bawah payung awan
Nantikan sebuah drama dari novel 'Bawah Payung Awan' karya Liza Nur di perkhidmatan penstriman Viu mulai 13 Jun 2024 pada setiap Khamis hingga Sabtu. Drama terbitan Global Station hasil arahan Azri Izhar. Menampilkan Ben Amir, Nabila Razali, dan Nelissa Nizam sebagai pelakon utama.

Judul : Bawah Payung Awan #bawapayungawan
Tayangan di Viu: 13 Jun 2024
Waktu Siaran: Khamis - Sabtu
Penulis Skrip: Liza Nur
Pengarah: Azri Izhar
Produksi: Global Station Sdn Bhd

Watak Pelakon
Ben Amir sebagai Soleiman
Nabila Razali sebagai Widad
Nelissa Nizam sebagai Hanan
Amyza Aznan sebagai Anita
Watie Sadali sebagai Kasmah
Kodi Rasheed sebagai Zaf
Muaz Zabir sebagai Rykal
Riz Amin sebagai Basri
Adam Malek sebagai Thaqif
Lan Siro sebagai Nasa
Ku Fridah Ku Shafie sebagai Tok Awi

Lagu Tema (OST)
Tajuk: Tangis
Penyanyi: Nabila Razali
Komposer: Naim Danial
Lirik: Naim Danial

Sinopsis Bawah Payung Awan

Mengisahkan tentang tiga sekawan Widad, Soleiman dan Hanan. Mereka bertiga tinggal dikawasan setinggan sejak kecil lagi. Hubungan mereka juga sudah seperti keluarga. Namun, mereka mempunyai masalah dan ujian yang menimpa hidup masing-masing.

Widad berazam untuk memperbaiki kehidupannya melalui pendidikan, Soleiman bertarung dengan identiti dan trauma masa lalunya, dan Hanan cuba melarikan diri dari realitinya melalui pembohongan dan manipulasi. 

Persahabatan mereka diuji dengan pengkhianatan dan rahsia, terutamanya apabila rekaan Hanan membawa kepada akibat yang serius. Ketiga-tiga mereka mesti menghadapi kebenaran yang sukar dan membuat keputusan yang sukar. 

Kisah ini menyelidiki daya tahan, pengampunan dan kerumitan hubungan manusia, menggambarkan kekuatan ikatan yang berkekalan dalam menghadapi kesukaran.

Ben amir

Drama Bawah Payung Awan Lakonan Ben Amir,Nabila Razali

 


Bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha, Dream At Work Sdn Bhd membawakan telefilem khas berjudul Ibu Pinjaman yang ditayangkan pada 17 Jun ini, jam 10 pagi di saluran Astro RIA dan Astro Oasis dan ulangan pada jam 11 malam pada hari yang sama. Juga boleh strim di Astro GO.

Judul : Ibu Pinjaman #ibupinjaman
Tayangan: Isnin, 17 Jun 2024, 10:00 pagi
Rangkaian: Astro Ria / Astro Oasis / Astro GO
Penulis Skrip: Razlan Ismail & Sarah Nayie
Pengarah: Datuk M. Razlan Ismail
Produksi: Dream At Work Sdn Bhd
Pelakon: Wan Maimunah, Bell Ngasri, Hasnul Rahmat, Sherie Merlis, Amanda Misbun, Zalif Sidek, Rahim Jailani, Qisya Hairulzain, Linda Soh, Shukri Tahir, Afiq Aris

Sinopsis Ibu Pinjaman
Kisah konflik jiwa dua insan bernama Rizal dan Makcik Rokiah. Keduanya memendam rasa gelora kerinduan akan sebuah kasih sayang. Rizal yang dahagakan kasih sayang seorang ibu dan Makcik Rokiah yang hancur merindukan anaknya. Rizal bertemu Makcik Rokiah di rumah orang tua, mereka beraya bersama hinggalah anak Mak Cik Rokiah memburu dan mengugut Rizal.

Telemovie Ibu Pinjaman Lakonan Wan Maimunah, Bell Ngasri

 

Program realiti terbaharu Astro, ‘The Hardest Singing Show’ buat julung kalinya mempertaruhkan kehebatan dan keunikan ‘showmanship’ dalam persembahan sebagai kriteria utama penjurian, diikuti dengan kemantapan vokal nyanyian barisan penyanyi-penyanyi tempatan.

Program ‘The Hardest Singing Show’ berteraskan konsep ‘Kreativiti Luar Limitasi’, bakal menguji kestabilan fizikal, mental dan kreativiti peserta dalam persembahan, di mana secara tidak langsung turut menguji kualiti vokal nyanyian mereka.

Peserta juga dikehendaki memberikan satu ‘Wow Moment’ dalam ‘showmanship’ bergantung pada idea dan kreativiti para peserta. Konsep tambahan ini menjadi faktor penting dalam pemarkahan akhir mereka serta kedudukan dalam pertandingan sehingga ke minggu akhir.

Barisan peserta yang bakal bersaing selama 10 minggu menerusi rancangan pertandingan nyanyian terbaharu Astro ini merupakan 9 peserta individu dan berkumpulan terdiri daripada penyanyi terhebat kini, termasuk Datin Alyah, Zizi Kirana, Ayda Jebat, Kaka Azraff, Stacy, Aisha Retno, Putera Muhammad, Aepul Roza, serta kumpulan penyanyi wanita popular Malaysia, De Fam yang terdiri daripada Azira Shafinaz, Cik Manggis dan Sophia Liana.

Manakala pengacara dan penyampai radio popular, Nabil Ahmad bergandingan bersama pengacara, pelawak dan juga penyanyi terkenal Indonesia, Rina Nose yang akan menggemudi rancangan ini. Manakala bangku juri pula disandang oleh barisan penyanyi, komposer dan pengarah professional yang telah lama berkecimpung di dalam industri muzik dan hiburan, termasuk Dato’ Sri Rossa, Edry Abdul Halim dan Zizan Razak.

Persembahan setiap peserta menerusi ‘The Hardest Singing Show’ akan diadili 100% daripada pemarkahan oleh barisan panel juri profesional. Juara ‘The Hardest Singing Show’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM150,000 beserta trofi sumbangan Astro. Para penonton dan peminat boleh mengundi mana-mana persembahan peserta kegemaran mereka bagi menentukan pemenang mingguan iaitu “The Hardest Gempak Meter” pada setiap minggu. Undian boleh dilakukan secara dalam talian menerusi laman rasmi www.gempak.com/thehardestsingingshow.

‘The Hardest Singing Show’ akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur selama sepuluh minggu bermula 12 Mei 2024, setiap Ahad, jam 9.00 malam menerusi Astro Ria (Saluran 104). Rancangan ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box, aplikasi Astro GO dan Sooka untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Persiapan persembahan setiap peserta akan dipaparkan menerusi Studio The Hardest Singing Show dan segala telatah dibalik tabir, perbincangan, latihan di pentas utama dapat di saksikan di BTS The Hardest Singing Show yang dihoskan oleh Ceddy Ng selama 30 minit setiap minggu, dibawakan istimewa kepada para penonton dan peminat.

Xtended The Hardest Singing Show bakal bersiaran secara langsung sejurus selepas konsert utama, pada jam 11.30 malam, setiap Ahad yang akan dihoskan oleh 3 Pagi ERA iaitu Nabil Ahmad, Radin & Azad Jazmin. Program realiti terbaharu Astro, ‘The Hardest Singing Show’ buat julung kalinya mempertaruhkan kehebatan dan keunikan ‘showmanship’ dalam persembahan sebagai kriteria utama penjurian, diikuti dengan kemantapan vokal nyanyian barisan penyanyi-penyanyi tempatan.

The Hardest Singing Show -Kini Bermula

 


Nantikan drama Kiblat Ke Syurga, sebuah karya di bawah jenama Gempak Original Series akan datang di Astro Ria mulai 5 Jun ini setiap Rabu dan Khamis jam 9 malam. Drama arahan Ezrie Gazali ini, dibintangi oleh Azira Shafinaz, Iedil Putra, Syarul Ezani dan Lisa Surihani.

Judul : Kiblat Ke Syurga #kiblatkesyurga
Tonton Full Episod: 1-8
Tarikh Tayangan: 5 Jun 2024
Waktu Siaran: Rabu & Khamis, 9:00 malam
Rangkaian: Astro Ria / Astro GO
Skrip: Muzammer Rahman
Pengarah: Ezrie Gazali
Produksi: Le Mediator Studio

Barisan Pelakon
Azira Shafinaz sebagai Nina
Iedil Dzuhri sebagai Fakhri
Syarul Ezani sebagai Ustaz Hadi
Lisa Surihani sebagai Dr Khadijah
Natasha Elyzza sebagai Alia
Shah Kimin
Megat Sharizal
Sean Lee
Raja Azmi
Safuan Rashid
Rasya Sofea Dean

Sinopsis Kiblat Ke Syurga
Tidak semua cinta itu indah isinya. Tapi bagaimana pula dengan cinta yang membawa manusia ke syurga?

Begitulah kisahnya berkaitan perkahwinan Nina dan Fakhri di mana pasangan itu bahagia dengan pandangan liberal mereka. Akan tetapi segalanya berubah apabila Nina mendapat hidayah untuk berhijrah ke arah lebih baik.

Dalam usaha mendalami agama Islam, Nina mula menghadiri kelas-kelas agama dan bertemu dengan Ustaz Hadi yang mempunyai keperibadian berbeza daripada Fakhri. Ustaz Hadi terkenal dengan ceramahnya berkaitan rumah tangga dan keluarga.

Disebabkan itu, Nina menghadiri ceramah Ustaz Hadi dan meminta nasihatnya dalam usaha menjadi seorang muslim yang lebih baik. Dari situ Nina secara tidak sengaja mempunyai perasaan terhadap Ustaz Hadi dan menyembunyikan status perkahwinannya dari pendakwah itu.

Dalam pada itu, Ustaz Hadi juga terpalit dengan permasalahan percintaan di mana dirinya tersekat dalam perkahwinan yang diatur bersama seorang wanita yang juga penceramah agama, Dr Khadijah. Akan tetapi, Ustaz Hadi juga dalam diam mempunyai perasaan terhadap Nina.

Sedar akan rumah tangganya yang sedang bergolak, Fakhri mengambil keputusan untuk mempelajari agama demi isterinya walaupun sukar. Fakhri bagaimanapun secara tidak sengaja meminta nasihat daripada Ustaz Hadi tanpa mengetahui bahawa isterinya juga meminta nasihat daripada orang yang sama.

Kesemua mereka berada di jalan ke syurga tetapi ia penuh dengan cabaran dan rintangan. Bagaimanakah pengakhirannya?




Drama Kiblat Ke Syurga Lakonan Azira Shafinaz,Iedil Dzuhri,Lisa Surihani

Dua darjat

Nantikan drama bersiri terbitan Tanah Beris Film Production berjudul 'Dua Darjat' akan mengisi slot Aksia di TV3. Menampilkan pelakon seperti Zarul Umbrella, Yasmin Hani, Sharifah Rose, Aniq Durar dan ramai lagi.

Judul : Dua Darjat #duaddarjat
Episod: 13
Tarikh Tayangan:12 Jun 2024
Waktu Siaran: Isnin-Jumaat, 7:00 malam
Rangkaian: Akasia TV3
Penulis Skrip: Syed Mohamad Taufik Syed Abdul Jalil
Pengarah: Shuhaimi Lua
Produksi: Tanah Beris Film Production

Watak Pelakon
Zarul Umbrella sebagai Zulkifli
Yasmin Hani sebagai Lily
Sharifah Rose sebagai Ariana
Aniq Durar sebagai Haniff
Sharifah Zarina sebagai Rafidah
Iman Suhana sebagai Husna
Ferth Jasni sebagai Yusof
Raja Azmi sebagai Cik Yam
Zalela Kadir
Jihaa Sham
Adam Shahz

Sinopsis Dua Darjat
Hanif (Aniq Durar) yang dibesarkan oleh ibunya merupakan seorang pelajar yang bijak pandai dan mempunyai impian untuk menjadi peguam yang berjaya. Walaupun dikenali sebagai seorang lelaki yang dingin, dia dikenali ramai dalam golongan pelajar perempuan.

Ariana (Sharifah Rose) merupakan rakan sekelas Hanif yang berwatakan ceria juga mempunyai perasaan terhadap Hanif. Dia akan menggunakan jawatan sebagai pengawas untuk mendekatkan diri dengan Hanif.

Hubungan mereka semakin rapat apabila Hanif telah selamatkan Ariana daripada ahli kongsi gelap.
Lily (Yasmin Hani) yang merupakan ibu tiri Ariana telah memberi amaran kepada ibu Hanif, Rafidah (Sharifah Zarina) agar Hanif menjauhkan diri daripaa Ariana.

Drama Dua Darjat Lakonan Sharifah Rose,Aniq Durar

 

Saksikan Perempuan Paling Merana lakonan Mimi Lana, Fikry Ibrahim dan Zamarul Hisham di Tonton mulai 5 Jun 2024.

Judul : Perempuan Paling Merana #perempuanpalingmerana
Tayangan di Tonton: 5 Jun 2024
Pengarah: Syed Fariz
Produksi: Ano Films

Barisan Pelakon
Mimi Lana sebagai Saleha
Fikry Ibrahim
Zamarul Hisham
Puteri Rayyana Rayqa
Zarina Zainuddin
Husna Mustaffa
Nizam Kama

Sinopsis Perempuan Paling Merana
Dengan kehadiran Pak De, ia membuatkan luka yang telah sembuh, berdarah kembali. Dosa lama kini menghantui dan mengacau kebahagiaan Saleha sekeluarga. Bagaimana Saleha dan suaminya, Amir menghadapi dugaan ini?



Telefilem Perempuan Paling Merana Lakonan Mimi Lana,Zamarul Hisham

 

Nantikan drama bersiri Khilaf Yang Tertulis arahan bersama Jamal Khan dan Riza Baharudin akan datang di slot Samarinda TV3.

Judul : Khilaf Yang Tertulis #khilafyangtertulis
Tonton Full Episod: 1-15
Tarikh Tayangan: Mei 2024
Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3
Penulis Skrip: PGR'S Team, Moonamka & Chinta Nadessha
Pengarah: Jamal Khan & Riza Baharudin
Produksi: Saphire Screen Sdn Bhd

Watak Pelakon
Fasha Sandha sebagai Misha
Fadlan Hazim sebagai Nordin
Ashraf Muslim sebagai Amir
Chacha Maembong sebagai Sofia
Puteri Balqis sebagai Yana
Danish Hazriq sebagai Rizal
Rafique Iskandar sebagai Aman

Sinopsis Khilaf Yang Tertulis
Misha, seorang ibu dan isteri penyayang. Tapi terlalu leka dengan live dan sosial media sehingga tersalah langkah. Sehingga anak-anak menanggung akibat khilafnya.

Para Pelakon Khilaf Yang Tertulis



Drama Khilaf Yang Tertulis Lakonan Fasha Sandha,Puteri Balqis

 

Saksikan drama Mak Cun, Mai Singgah! mulai 23 Mei 2024, setiap Khamis melalui platform penstriman Tonton. Strim di aplikasi Tonton atau layari www.tonton.com.my.

Judul : Mak Cun, Mai Singgah!
Tayangan: 23 Mei 2024
Rangkaian: Tonton
Penulis Skrip: Eirma Fatima
Pengarah: Bahri Uma
Produksi: Rumah Karya Citra

Watak Pelakon
Eirma Fatima sebagai Mak Cun
Umie Aida sebagai Manisah
Dato Rahim Razali sebagai Pak Akob
Balkisyh Semundur Khan sebagai Atul
Fauziah Ahmad Daud sebagai Cik Pah
Adlin Aman Ramlie sebagai Kamal
Nad Zainal sebagai Khadijah
Bima Samudra sebagai Baim
Trisha Ooi sebagai Maimunah
Irsyadi sebagai Acap
Ecah Akon sebagai Ecah
Julia Larika sebagai Ika
Aiman Wynne sebagai Amin

Lagu Tema
Tajuk: Mak Cun
Penyanyi: Betty Rahmad & Eirma Fatima
Komposer & Lirik: Citra Abdullah

Sinopsis Mak Cun Mai Singgah
Mak Cun seperti ketua di kampungnya kerana sentiasa bersemangat untuk memartabatkan produk-produk usahawan tempatan. Namun tidak semudah itu kerana dia terpaksa berdepan dengan pelbagai kerenah usahawan.

Drama Mak Cun Mai Singgah Lakonan Eirma Fatima,Umie Aida

 

Nantikan drama adaptasi novel 'Cinta, Untuk Sekali Lagi' karya Liva Vee akan datang di Astro Ria. Drama terbitan Playwright Pictures dibawah arahan Hadith Omar. Menampilkan Meerqeen dan Erysha Emyra sebagai pelakon utama.

Judul : Cinta, Untuk Sekali Lagi #cintauntuksekalilagi
Tonton Full Episod:1-20
Tarikh Tayangan: Mei 2024
Rangkaian: Astro Ria / Astro GO
Penulis Novel: Liva Vee
Penulis Skrip: Bainun Waheeda, Adib Zaini, Keenkong
Pengarah: Hadith Omar
Produksi: Playwright Pictures Sdn Bhd

Watak Pelakon
Meerqeen sebagai Alan / Idlan Zuhairi
Erysha Emyra sebagai Anne Dahlia
Malle Christian sebagai Zu
Nik Rifa'ie sebagai Fazlee
Alyssa Dezek sebagai Eya
Haidar Hasanudin sebagai Cikgu Safuan
Nina Juren sebagai Mama
Ozlynn sebagai Cikgu Syifa
Esma Dainal
Arash Mohd
Zarynn Min
Aiman Ameer

Sinopsis Cinta Untuk Sekali Lagi
Mengisahkan Alan dan Anne yang telah pun berpisah sejak lima tahun dulu. Anne dan Alan bertemu semula apabila abang kepada Anne, iaitu Fazlee yang juga merupakan kawan baik Alan meminta Alan untuk menjadi peguam kepada Anne kerana dia terlibat dalam satu masalah. Daripada situlah, Alan sentiasa mencari peluang untuk mendekati Anne semula dan bertekad tidak mahu kehilangan Anne buat kali kedua.

Para Pelakon Cinta Untuk Sekali Lagi


Drama Cinta Untuk Sekali Lagi Lakonan Meerqeen,Erysha Emyra