eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Aeril Zafrel Jawab Dakwaan Menggatal Dalam Instagram


“Saya hanya bergurau saja dan saya memang suka melayan peminat di laman sosial. Nanti kalau tak layan orang cakap saya sombong pula. Tapi tak sangka pula ianya menjadi viral. Masa saya berbalas mesej itu pun Wawa ada di sebelah saya,” katanya menerusi satu video yang dimuat naik di Instaram menjelaskan dakwaan beliau menggatal dengan peminat.

Bagaimanapun dalam video yang sama juga, Wawa kelihatan begitu bersahaja melayan komen peminat mengusik suaminya di laman sosial. Tidak mudah melatah dengan kejadian itu, Wawa menganggap komen tersebut hanyalah gurauan mesra dari peminat suaminya.

Apapun mungkin gadis itu hanya bergurau manja dengan artis kesayangan mereka. Mungkin juga kejadian ini digembar gemburkan kerana pergolakan rumah tangga yang dikaitkan dengan pasangan ini akibat sikap cemburu Wawa melihat lakonan Aeril dan Ummi Nazeera.