Telemovie Bo Bajet Lakonan Janna Nick dan Saharul Ridzwan

Filem televisyen (FTV) terbaru Bo Bajet yang membawa maksud Tiada Bajet menampilkan gandingan Saharul Ridzwan dan Janna Nick akan ditayangkan di saluran Astro First Eksklusif (Astro 480) mulai 27 April ini. FTV ini di terbitkan oleh Woohoo Pictures.

Sinopsis Bo Bajet
Bo Bajet mengisahkan tiga pelajar jurusan perfileman sebuah universiti tempatan iaitu Shauki, Ajis, dan Dee Dee yang bercita-cita menghasilkan sebuah filem hebat.

Disebabkan kekangan wang, mereka perlu memikirkan cara paling kreatif bagi menyiapkan tugasan itu.

Mereka kemudian ke sebuah kampung dan berjumpa dengan Siti, bekas pegawai polis yang disegani pada 1980-an.

Siti kemudian berkongsikan kisahnya ketika muda kepada tiga pelajar itu.

Dari situ, bermulalah cerita dan dia mengimbas satu peristiwa pelik berlaku di kampung berkenaan.

Ini termasuk kisah cintanya dengan Ramli (Saharul) yang turut mencuit hati.

Selain Janna dan Saharul, Bo Bajet turut menampilkan lakonan Fatimah Abu Bakar serta Faiq Syazwan Kuhir.

Potong Rambut Pendek

Filem ini turut mengangkat watak Siti lakonan Janna Nick sebagai tunjang kepada keseluruhan cerita. Ternyata, Janna tidak mensia-siakan peluang menjayakan watak penuh aksi itu.

Jika diteliti, Janna berjaya membawa watak Siti yang juga anggota polis dengan penuh bergaya. Tidak seperti watak lain dibawanya sebelum ini dan Janna jelas seronok melakukan babak pertarungan.

Demi Bo Bajet, Janna juga sanggup memotong pendek rambutnya.

“Ia untuk watak sebagai Inspektor Siti. Imej itu sesuai memandangkan saya juga perlu menjayakan babak aksi dan lasak.

“Apabila pengarah meminta memotong rambut, saya terus bersetuju kerana tertarik dengan watak Inspektor Siti yang lasak. Hampir 90 peratus babak aksi saya lakukan sendiri dan selebihnya dibantu pelakon lagak ngeri profesional,” katanya.

Saksikan nanti telemovie eksklusif Bo Bajet yang bersiaran di Astro First pada 27 April  ini.
Telemovie Bo Bajet Lakonan Janna Nick dan Saharul Ridzwan Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Keli Merah

0 comments:

Post a Comment