eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Drama Awak Sayang Saya Tak Lakonan Alvin Chong, Emma Maembong

Nantikan drama adaptasi novel Awak Suka Saya Tak karya Melur Jelita yang akan menghiasi slot MegaDrama di Astro Ria. Membawakan gandingan utama iaitu Alvin Chong dan Emma Maembong. Drama 16 episod ini diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd dibawah arahan Raja Ahmad Alauddin. Akan menemui penonton pada bulan Oktober nanti.

JUDUL : AWAK SUKA SAYA TAK ? 
TARIKH / MASA : Oktober 2017 
SIARAN : Astro Ria 104 & Ria HD 123 
PENULIS NOVEL : Melur Jelita 
PENGARAH : Raja Ahmad Alauddin 
TERBITAN : Global Station Sdn Bhd 
PELAKON : Alvin Chong, Emma Maembong, Sabhi Saddi, Rebecca Nur, Mustapha Kamal, Fieza Jolie, Aman Aziz

WATAK PELAKON
Alvin Chong sebagai Hilman Yong Abdullah / Damien Yong
Emma Maembong sebagai Puteri Intan Zulaikha
Sabhi Saddi sebagai Nazim
Rebecca Nur Al Islam sebagai Salina

SINOPSIS AWAK SUKA SAYA TAK
Kisah kasih sayang antara Hilman Yong, seorang kacukan Korea-Amerika-Cina dan Intan Zulaikha, seorang gadis Melayu. Hilman telah jatuh cinta dengan Intan sejak pertama kali ketemu lapan tahun yang lalu di sebuah restoran. Hilman, seorang yang baru mengenali Islam berdoa agar dipertemukan dengan Intan lagi. Mereka bertemu kembali dan mula rapat. Hilman cuba melamar Intan tetapi ditolak kerana Intan belum bersedia.

Tiga tahun kemudian, Intan ketemu dengan Hilman ketika mengendalikan kursus di Kuala Terengganu. Mereka kembali rapat dan merancang untuk berkahwin. Namun tragedi berlaku, Hilman kemalangan lalu hilang ingatan. Munculnya Damien yang tidak ingat akan agama. Intan berusaha untuk mengembalikan ingatan Damien kepada agamanya dan mengembalikan cintanya yang hilang.