Ads Top

Amaran Ribut Petir Sehingga Malam Ini


Kepada mereka yang ingin keluar malam ini diharap sediakan payung kerana Jabatan Meteorologi Malaysia sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir bagi beberapa buah negeri melibatkan negeri Semenanjung Malaysia

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, dijangkakan negeri yang terlibat ialah Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, WP Kuala Lumpur dan Johor.




Kawasan yang dijangka terlibat sehingga jam 7 malam ini Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim (Perak), Dungun dan Kemaman (Terengganu), Bentong dan Kuantan (Pahang), Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat (Selangor), (WP Kuala Lumpur), Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru (Johor).

Powered by Blogger.