eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Drama Bila Hati Memilih Dia Lakonan Aedy Ashraf,Eyka

 

Lakonan Aedy Ashraf,Eyka2

Tonton Full Episod Drama adaptasi novel 'Bila Hati Memilih Dia' karya Wan Nur Najihah akan mengisi slot Samarinda TV3. Sebuah drama arahan Bahri Uma, diterajui pelakon utama Aedy Ashraf dan Eyka Farhana.

JUDUL : Bila Hati Memilih Dia #bilahatimemilihdia
Tonton Full Episod 1-15
Tarikh Tayangan: 28 Mac 2022
Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10:00 malam 
Rangkaian: Samarinda TV3
Novelis: Wan Nur Najihah
Skrip: Farah Alya As'ari
Pengarah: Bahri Uma
Produksi: Global Station Sdn Bhd

Watak Pelakon
Aedy Ashraf sebagai Nazril
Eyka Farhana sebagai Adra Zulaikha
Maryam Annisa sebagai El
Gambit Saifullah sebagai Iqram
Shima Anuar sebagai Sofea
Qistina Khaled sebagai Adwa
Shahz Jaszle
Izuan Razali
Zila Bakarin

Sinopsis Bila Hati Memilih Dia
"Kau nak cerai,kan? Aku ceraikan kau dengan talak tiga. Puas hati kau? - NAZRIEL

Dan sejak itu dia menutup pintu hatinya serapat mungkin. Percintaan selama 8 tahun akhirnya sia-sia dan perit untuk terima hakikat perkahwinan dengan isteri yang dicintai gagal. Enam tahun bersama anak tunggalnya, hidupnya kembali diuji dengan kehadiran seseorang.

"Nasiblah kahwin dengan saya dapat pakej sekali dengan Nufail." - NAZRIEL

Bagi Adra tidak mungkin dia mahu menerima lelaki itu. Ternyata kerja sementara untuk menjadi pengasuh Nufail menjadi titik permulaan perkenalan mereka. Makin lama mengenali terbit rasa kagum pada bapa muda itu dan tanpa sedar hubungan mereka menjadi rapat. Tapi sayang apabila satu tragedi tidak dijangka menimpa. Hidupnya nanar mengenangkan keadaan diri. Dan Nazriel mula rasa bersalah. Atas dasar tanggungjawab dia diangkat menjadi isteri semata-mata mahu menjaga maruahnya yang cuba dicalar oleh lelaki lain.

"Memang bagi awak kecil tapi saya tak boleh. Bila awak pegang tangan saya, saya rasa takut. Saya ingat apa yang jadi malam tu. Saya tak boleh." - ADRA

Sabarnya Nazriel melayan setiap kerenahnya. Sekali pun lelaki itu tidak pernah mengungkit. Dia dijaga dengan begitu baik sehingga hati yang kosong mula berlagu cinta.

"Saya tak sempurna untuk awak." - ADRA

"Saya tetap nakkan awak."- NAZRIEL

Kejamkah dia andai menolak seorang lelaki yang benar-benar ikhlas mahu menjaganya? Dan bila hati sedia memilih, perasaannya dilukai.

"Adra hanya ibu tiri Nufail je. Bukan ibu kandung yang lahirkan dia. Naluri keibuan tak ada dalam diri Adra. Selagi tak bergelar ibu Adra tak akan rasa."

Keikhlasannya diragui. Kasih sayang yang dicurahkan tidak dipandang. Nazriel yang dipuja akhirnya menunjukkan diri sebenar. Dan hatinya tidak tegar mencintai lelaki yang hidup atas dendam lama.

PROMO DRAMA BILA HATI MEMILIH DIA 

PARA PELAKON BILA HTI MEMILIH DIA
Lakonan Aedy Ashraf,Eyka

PARA PELAKON BILA HTI MEMILIH DIA2
Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7| Episod 8 |Episod 9 | Episod 10
Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod19
Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24 | Episod 25 | Episod 26 | Episod 27|Episod 28
Episod 29 | Episod 30 | Episod 31 | Episod 32 | Episod 33 | Episod 33 | Episod 34| Episod 35|Episod 36| Episod 37 |Episod 38 Episod 39 | Episod 40