Ads Top

Orang New York Pun Suka Makan Maggi Kari Malaysia

“Saya mahu mengambilnya semua untuk saya” 

Apabila seorang warga New York ditanyakan mengenai perasa Maggi Kari itu, dia berpendapat bahawa tiada sos yang dapat menyamai rasa kuah mi segera tersebut.

“Saya suka kuahnya, tiada sos pedas yang terdapat disini dapat melawan rasanya”

Warga Texas yang dikenali sebagai masyarakat yang meminati makanan berasaskan mi juga memberikan pandangan yang baik terhadap rasa Maggi Kari Malaysia yang dihidangkan kepada mereka.

“Rasanya sangat sedap, saya biasanya letakkan sos pada mi, dan sekarang tidak perlu lagi”


Selain daripada itu, beberapa orang lain yang diberikan peluang untuk merasai keenakan Maggi Kari tersebut juga memberikan reaksi positif. Rata-ratanya kagum dan menyukai keenakan mi segera tersebut sehingga ada yang berhasrat untuk mendapatkannya pada masa akan datang.

“Saya rasa saya akan mendapatkannya”

Sudah jelas, Maggi Kari Malaysia  yang dihidangkan kepada mereka mendapat pujian yang sangat baik. Oleh itu, tidak hairanlah Maggi Kari mendapat sambutan yang sangat baik dalam kalangan rakyat Malaysia.

Sumber: Xiaomanyc
Powered by Blogger.