India – Empat lelaki dilaporkan telah ditahan selepas didakwa merogol seekor biawak jenis Bengal Monitor di Sahydari Tiger Reserve, berhampiran kampung Gothane di Maharashthra.

Memetik laporan India Today, kesemua suspek adalah pemburu yang disyaki memasuki kawasan itu dan melakukan jenayah tersebut.

Jabatan Hutan Maharashtra dikatakan mendapat tahu mengenai kejadian tersebut setelah telefon bimbit milik tertuduh diperiksa.

Para pegawai menjumpai rakaman perbuatan itu yang menunjukkan bahawa kesemua tertuduh didakwa merogol biawak itu secara beramai-ramai.

Pegawai hutan yang ditempatkan di hutan simpan Sangli mengesan tertuduh dengan bantuan rakaman CCTV di mana mereka boleh dilihat berkeliaran di dalam hutan itu.

Menjelaskan mengenai kejadian itu, pihak berkuasa memaklumkan bahawa tiga tertuduh datang dari Konkan ke kampung Chandoli Kolhapur untuk memburu.

Difahamkan, pihak hutan akan membawa perkara tersebut kepada Mahkamah Keseksaan India untuk membincangkan pertuduhan terhadap tertuduh.

Bagi yang belum tahu, biawak Bengal Monitor adalah spesies terpelihara di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1973.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh didakwa dengan hukuman penjara tujuh tahun.

Sumber: India Today

Empat Lelaki Ditahan, Didakwa Rogol Biawak Secara Beramai-Ramai

 

Taktik seorang wanita dari China memperdayakan enam lelaki dengan bermodalkan cinta palsu demi mendapatkan kemewahan akhirnya terbongkar apabila dia ditahan polis, lapor laman Oddity Central kelmarin.

Wanita hanya dikenali sebagai Mao, 42, itu ditahan baru-baru ini selepas didapati menipu enam lelaki separuh umur sepanjang bulan Julai hingga Disember tahun lepas.

Dia berpura-pura mencintai lelaki-lelaki itu dan meminta pelbagai barangan termasuk telefon pintar, komputer, pakaian serta wang tunai.



Taktiknya bagaimanapun berjaya dihidu salah seorang mangsanya, Yu, selepas menerima pelbagai alasan daripada Mao yang berjanji akan mengahwininya.

Menurut akhar Daily Economic News, personaliti menarik dan wajah jelita Mao membuatkan Yu menyukai wanita itu selepas mereka berkenalan menerusi sebuah laman temu janji.

Meskipun wanita itu meminta pelbagai hadiah daripadanya selain wang tunai, Yu tidak pernah menolak. Bagaimanapun, Mao sering memberi pelbagai alasan setiap kali Yu menyuarakan hasratnya untuk bertemu dengan keluarga wanita itu.

Namun, selepas Yu memberi wang kepada Mao untuk membeli pakaian pengantin serta menempah lokasi dan perhiasan perkahwinan, wanita itu sering memberi pelbagai alasan untuk menangguhkan majlis mereka.


Disebabkan mula berasa curiga, Yu meminta Mao membayar kembali semua wang yang pernah diberikan. Apabila wanita itu enggan menurutinya, Yu membuat laporan polis.

Hasil siasatan mendapati bahawa Yu merupakan satu daripada enam mangsa lain yang diperdaya Mao dalam tempoh Julai dan Disember 2021 dengan menggunakan modus operandi yang sama.

Siasatan bagi kes itu masih berjalan, namun polis berkata, mereka mempunyai bukti-bukti bagi kegiatan Mao dengan jumlah kerugian akibat penipuan sebanyak 150,000 yuan (RM99,597) sepanjang tempoh enam bulan. – AGENSI 

sumber:

Wanita Ini Kikis Rm99K dengan bercinta Enam Lelaki Serentak

 

Adik Rayan Meninggal Dunia, Seluruh Dunia Bersedih1

Seorang kanak-kanak berusia lima tahun diselamatkan selepas terperangkap pada kedalaman 32 meter di sebuah perigi sejak Sabtu lalu, disahkan meninggal dunia.

BBC melaporkan, kenyataan diraja mengumumkan pemergian Rayan sejurus selepas dia berjaya ditemukan dan dibawa keluar dari telaga tersebut.

Usaha menyelamatkan Rayan sebelum ini ibarat ‘mencengkam’ perasaan seluruh negara dengan ratusan orang berkumpul di kawasan kejadian. Kanak-kanak yang terjatuh pada kedalaman 32 meter dan usaha menyelamat berdepan cabaran getir dengan kebimbangan berlaku tanah runtuh.

Bagaimanapun, susulan daripada kemalangan tragis ini yang mengorbankan nyawa seorang anak kecil, Ryan Oram, Raja Mohamed VI mengucap takziah kepada keluarga mangsa.

Di media sosial terutamanya di laman Twitter dengan tanda pagar #SaveRayan menjadi ‘trending’ di seluruh dunia menyatakan kegembiraan mereka namun selepas beberapa minit kenyataan sedih umum adik Rayan pergi buat selamanya. Pemergian anak ini amat dirasai. Alfatihah, syurga buatmu si anak kecil.



kredit: BBC 

Adik Rayan Meninggal Dunia, Seluruh Dunia Bersedih

 

Setelah Berkorban Derma Buah Pinggag Pada Teman Lelaki

Seorang wanita dari Amerika Syarikat (AS) yang pernah menderma buah pinggang kepada teman lelakinya mendakwa dia telah ditipu dan ditinggalkan hanya beberapa bulan selepas menjalani pembedahan.

Wanita yang berusia 30 tahun itu memaklumkan bahawa dia sanggup berbuat demikian untuk ‘menyelamatkan’ teman lelakinya akibat penyakit buah pinggang kronik yang dialami sejak di usia remaja.

Difahamkan, lelaki berkenaan terpaksa menjalani rawatan dialisis ketika berusia 17 tahun dan diberitahu bahawa buah pinggangnya hanya berfungsi kurang daripada lima peratus.

Selain itu, wanita tersebut mengambil keputusan itu apabila doktor mengesahkan bahawa buah pinggangnya serasi dengan teman lelakinya dan mereka berdua akan pulih sepenuhnya berikutan prosedur yang berjaya.

Namun, setelah sepuluh bulan selesai menjalani pemindahan buah pinggang, wanita itu mendakwa teman lelakinya tidak setia dan bertindak menuduh dirinya melakukan pemindahan itu hanya ‘untuk kelihatan baik.’

Dalam satu video, wanita itu berkata: “Saya memutuskan untuk menjalani ujian ini sebab merasakan bahawa dia adalah pasangan serasi dan saya tidak mahu melihat dia mati. Saya sangat gementar.”

Dalam klip seterusnya, wanita itu menjelaskan bahawa hubungan pasangan itu berubah selepas teman lelakinya menghadiri sebuah majlis di Vegas bersama rakan-rakan setelah tujuh bulan menjalani pembedahan.

Namun begitu, dia terkejut apabila teman lelakinya mengaku bahawa dia telah menipu wanita tersebut sebelum memutuskan hubungan mereka tiga bulan kemudian.

“Setelah itu, banyak pertengkaran yang telah berlaku dan saya membuat keputusan untuk memaafkan dan memberinya peluang kedua.

”Tiga bulan kemudian, dia bertindak untuk memutuskan hubungan kami dan berkata sekiranya kami ditakdirkan bersama, kami pasti akan berjumpa semula,” katanya.

sumber: Mirror

Wanita Ini Ditinggalkan,Setelah Berkorban Derma Buah Pinggang Pada Teman Lelaki

 

Kapal selam tentera Indonesia, KRI Nanggala 402, ditemui pecah di dasar laut di perairan Bali dengan kesemua 53 kru disahkan meninggal dunia.

Ketua Ketua Turus Tentera Laut Indonesia, Yudo Margono, mengesahkan serpihan kapal selam yang hilang Rabu lalu itu ditemui pecah kepada tiga bahagian.

Ketua Tentera Indonesia, Hadi Tjahjanto, mengesahkan kepada wartawan bahawa kesemua 53 kru kapal selam berkenaan sudah meninggal dunia.

Pihak berkuasa berkata mereka menerima isyarat dari lokasi pada kedalaman lebih 800 meter awal pagi tadi dan menggunakan kapal selam penyelamat milik Singapura bagi mendapatkan pengesahan visual.


Tjahjanto berkata lebih banyak serpihan kapal selam KRI Nanggala 402 ditemui hari ini termasuk sebuah sauh dan sut keselamatan dipakai oleh kru.

Semalam, Tentera Laut Indonesia memaklumkan penemuan serpihan daripada kapal selam itu, termasuk barangan dari dalam aset itu, lalu mengesahkan ia tenggelam dan mengakhiri harapan menemui individu yang terselamat.

Antara barangan ditemui termasuklah serpihan sistem torpedo, sebotol minyak pelincir periskop serta sejadah yang digunakan untuk solat.-foto EPA












Kapal Selam KRI Nanggala 402 Indonesia Ditemui ,53 kelasi maut

 


Seorang wanita di Brazil didakwa ditahan atas tuduhan membunuh anak perempuannya sendiri dengan kejam di mana mata mangsa dicungkil manakala lidahnya dipotong menggunakan gunting sebelum memakannya.

Suspek dilaporkan ditahan di rumahnya ekoran pembunuhan kanak-kanak perempuan yang berusia lima tahun di bandar Sao Cristovao di perbandaran Maravilha.

Perbuatan yang mengerikan itu dipercayai berlaku pada 24 Januari yang lalu ketika datuknya ternampak darah mengalir dari saluran pembuangan. Sebaik sahaja melihat darah tersebut, lelaki itu terkejut apabila mendapati cucunya yang tidak bernyawa lagi.

Menurut laporan, mayatnya ditemui dalam keadaan matanya dicungkil dan lidah dipotong. Penyiasat mendakwa kecederaan yang dialami oleh mangsa adalah disebabkan gunting. Malah, lelaki tersebut memberitahu pihak polis bahawa leher cucunya itu berwarna ungu.

Hal ini, lelaki berkenaan bergegas menghubungi pihak polis untuk datang ke rumah dan menahan ibu mangsa yang disyaki suspek pembunuhan itu. Namun begitu, suspek dipercayai menafikan dakwaan yang berlaku.

Bagaimanapun, suspek dilaporkan menderita masalah kesihatan mental termasuklah mengalami kemurungan. Kini, suspek dihantar dan dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Ngeri, Ibu Didakwa Bunuh Anak, Mata Dicungkil Dan Lidahnya Dipotong Dengan Gunting Sebelum Dimakan

 

Penggayaan rambut yang ‘bermacam rupa’ telah berubah dari zaman ke zaman, sama juga seperti kaedah pemotongan yang digunakan, kebanyakkan telah beralih kepada teknologi moden yang lebih memudahkan si pemotong rambut.


Menarik perhatian, apabila seorang tukang gunting rambut di China ini masih mengekalkan cara tradisional dalam kerjayanya. Dia menggunakan batang besi yang panas untuk memotong dan menggayakan rambut pelanggan.

Huang Faxian, tukang gunting rambut berusia 91 tahun yang telah melakukan pekerjaan memotong rambut selama lebih dari 70 tahun. Huang memasukkan bar yang dipanaskan ke dalam air untuk menyejukkannya sedikit dan mengambilnya menggunakan kain lalu menggerakkan ke atas rambut pelanggan.




Terletak di lorong, kedai Huang dibuka pada tahun 1947. Dia mengatakan kaedahnya sudah terbiasa dilakukan sejak masa lalu. Salun rambut masih berpegang pada cara lama dan telah menjadi popular di kalangan orang muda.

Huang telah melayani pelanggan selama beberapa dekad. Dia adalah salah satu daripada beberapa tukang gunting rambut yang masih menggunakan teknik tradisional.

Salon Huang telah menjadi sensasi internet dan menarik pengunjung dari negara asing, katanya.





Sumber:South China Morning Post 

Atuk ini Potong Rambut Pelanggan Guna Besi Panas,Kekalkan Cara Tradisional

 


Jodoh, rezeki dan ajal telah ditetapkan oleh Allah. Sebagai manusia, kita hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan segalanya.

Begitulah yang terjadi kepada seorang wanita di Sumatera Utara apabila majlis perkahwinan yang dirancang bersama pasangan musnah apabila dia meninggal dunia akibat kecelakaan.

Lebih menyedihkan, kejadian tragis yang menimpa Widia Wati (24) dari Desa Tanjung Purba, Daerah Tanjung Morawa itu berlaku kurang dua minggu menjelang hari pernikahannya.

Memetik laporan Tribun News, arwah yang merupakan pekerja swasta di sebuah perusahaan motosikal di daerah tersebut meninggal dunia pada Sabtu (16/1/2021) setelah tersepit lif di tempat kerja.

”Perancangannya adalah untuk menikah pada tarikh 29 Januari dan pada 30 Januari adalah majlis resepsi di rumahnya tetapi mangsa meninggal dunia kerana tersepit lif,” kata Ketua Desa Tanjung Baru, Azman Ginting kepada Tribun News.

Katanya, keluarga arwah hanya mengetahui kejadian yang menimpa anak sulung dari empat beradik itu setelah arwah dibawa ke hospital oleh pihak syarikat.

Ahli keluarga dan bakal suaminya dikatakan tidak dapat menahan sebak ketika jenazah dibawa pulang apatah lagi apabila persiapan perkahwinan telah siap dilakukan selain foto ‘pre-wedding’ yang menjadi kenangan terakhir arwah.

Sumber: Tribun News

Sedih Bakal Pengantin Maut Tersepit Lif

 


Tiga sampel aiskrim buatan tempatan di wilayah Tianjin di China didakwa tercemar dengan virus dalam satu ujian yang dijalankan baru-baru ini.

Menerusi laporan China Daily, ujian COVID-19 dibuat ke atas produk aiskrim tersebut dan hasil mendapati ketiga-tiga sampel itu positif.

Difahamkan, kira-kira 4,836 kotak aiskrim telah dihasilkan syarikat berkenaan sebelum itu, di mana 2,089 telah dipekkan dan 1,812 daripadanya telah diedar untuk dijual di pasaran.

Ahli virologi Universiti Leeds, Dr. Stephen Griffin berkata, ujian positif COVID-19 aiskrim tersebut didakwa berpunca daripada hubungan manusia dan bersifat ‘one-off’.

“Ia mungkin daripada masalah dengan kilang pembuatannya dan berpotensi disebabkan faktor kebersihan di kilang.

“Aiskrim yang dibuat dengan lemak, kemudian disimpan pada suhu sejuk akan memudahkan virus tersebut bertahan,” katanya kepada SkyNews, memetik laporan Mail Online.

Bagaimanapun jelasnya, orang awam tidak perlu terlalu panik dan gusar tentang kes itu.

Ekoran penemuan tersebut, pihak perbandaran mendakwa telah melakukan langkah penutupan  semua premis sejuk beku yang dipercayai mempunyai kaitan dengan jualan produk tersebut.

Ketika ini, sebanyak 65 kotak aiskrim yang telah dijual di pasaran berada di bawah pemantauan untuk dibuat ujian.

Manakala orang awam di sekitar wilayah tersebut yang telah membelinya diminta untuk melaporkan tahap kesihatan dan pergerakan mereka bagi tindakan lanjutan.

Sumber: China Daily / Mail Online 

Pihak Berkuasa China Dapati Ada Aiskrim Buatan Tempatan Dicemari Virus COVID-19, Dipercayai Libatkan Hampir 5,000 Kotak Aiskrim


Bali: Kumpulan WhatsApp yang disertai ibu bapa pelajar terkejut besar apabila menerima video lucah yang dihantar seorang guru dalam kejadian di Kintamani, Bangli di Bali.

Malah, video berkenaan tidak dipadam guru terbabit selepas tempoh dua jam menyebabkan ibu bapa murid naik angin kerana menyangka guru berkenaan sengaja menghantar video tidak sopan untuk tontonan pelajarnya.

Ketua Polis Bangli, Asisten Komisioner Sulhadi berkata, akibat kejadian berkenaan, guru itu dipanggil pihak polis dan diminta bertemu dengan ibu bapa pelajar.

"Guru itu mengaku tidak sengaja menghantar video berkenaan dan sudah meminta maaf kepada ibu bapa.

"Kes ini diselesaikan secara baik dan tidak dilaporkan untuk tindakan lanjut pihak polis," katanya seperti dilaporkan Kompas.

Menurutnya, berdasarkan keterangan guru berkenaan, dia menerima video itu dari kumpulan WhatsApp lain namun, secara tidak sengaja telah berkongsi video itu ke kumpulan lain.

"Ketika itu, guru berkenaan sedang menyiapkan video berkaitan tugasan lukisan untuk pelajarnya.

"Selepas video itu selesai dirakam, guru berkenaan mahu menghantar video itu ke kumpulan WhatsApp yang disertai ibu bapa pelajar.

"Namun, secara tidak sengaja dia telah mengirim video tidak sopan itu," katanya.

Katanya, guru berkenaan bagaimananapun tidak tahu cara untuk memadam video yang telah dihantar.

"Hampir dua jam video itu masih ada dan menyebabkan ibu bapa marah dengan apa yang berlaku serta membuat aduan ke pihak sekolah," katanya.

Sulhadi berkata, pihaknya menasihati guru lain agar berhati-hati ketika mengirim sebarang video ke kumpulan WhatsApp kelas kendalian mereka.

"Sebelum menghantar apa-apa video, pastikan kandungannya terlebih dahulu.

"Guru juga diminta tidak menyimpan bahan pornografi dalam telefon pintar masing-masing. Jika ada yang menghantar, perlu dipadam segera," katanya.-agensi
 

Guru silap hantar video lucah ke kumpulan WhatsApp ibu bapa


 Pelakon suara asal animasi bersiri popular dari Jepun, Doraemon dilaporkan meninggal dunia.
Menurut laporan CNA, Tomita Kosei yang berusia 84 tahun meninggal dunia pada 27 September selepas menderita strok.

Mendiang menjadi pelakon suara asal watak Doraemon ketika mula bersiaran pada 1974. Bagaimanapun peranannya digantikan Masako Nozawa dan keputusan tersebut telah mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan peminat animasi berkenaan pada waktu itu.

Selain watak Doraemon, mendiang turut menyumbang suara dalam animasi lain antaranya Detective Conan dan Astro Boy.

Selain itu, mendiang turut muncul dalam filem animasi terkenal Kung Fu Panda.

Sumber: CNA

Pelakon Suara Asal Watak Doraemon Meninggal Dunia

 

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam satu hantaran terbaru di laman Twitternya mengesahkan bahawa beliau dan wanita pertama AS yang juga isterinya, Melania Trump positif Covid-19.

Beliau juga berkata dalam ciapannya itu, beliau dan isteri akan menjalani kuarantin dan proses pemulihan serta-merta dan akan menjalaninya bersama-sama.

Trump dan isteri disahkan positif selepas menjadi kontak rapat kepada penasihatnya, Hope Hicks yang disahkan positif virus itu terlebih dahulu.

Hope Hicks bersama Trump dalam satu rancangan debat bersama pesaingnya Joe Biden di Ohio pada Selasa. Beberapa ahli keluarga Trump yang hadir pada rancangan debat itudilihat tidak memaki topeng muka

Presiden Donald Trump Dan Isterinya Disahkan Positif Covid-19



Sumber:  Trump, BBC 

Presiden Donald Trump Dan Isterinya Disahkan Positif Covid-19

Kementerian Kesihatan Singapura telah mengesahkan 788 kes baru Covid-19 setakat jam 12.00 tengahari pada 6 Mei 2020.  Ini menjadikan jumlah keseluruhan republik tersebut kini sebanyak 20,198.

11 kes terbaru telah dilaporkan hari ini melibatkan warga Singapura atau penduduk tetap.

Sebilangan besar adalah pekerja asing yang tinggal di asrama.

Menurut KKM, perincian kes masih dalam proses, dan kemas kini lebih lanjut akan dikongsi dalam siaran akhbar yang berasingan hari ini.

Berikut jumlah kenaikan harian untuk bulan Mei setakat ini:

1 Mei 932

2 Mei 447

3 Mei: 657

4 Mei 573

5 Mei: 632

6 Mei 788

Sumber: Mothership.Sg

Singapura Angka Terus Meningkat Catat 788 Kes Covid-19 Baru Hari Ini

JAKARTA, 5 Mei  — Kes positif COVID-19 di Indonesia terus meningkat kepada 12, 071 kes, dengan tambahan 484 kes baharu dalam tempoh 24 jam.

Menurut jurucakap pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto, ketika ini terdapat 26,408 pesakit masih dalam pengawasan virus itu.

“Bagi tempoh 12 tengah hari semalam hingga 12 tengah hari ini, berlaku lapan lagi kematian, menjadikan jumlah kematian kini meningkat kepada 872 orang,” katanya pada sidang media hariannya yang disiarkan di YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia.

Achmad Yurianto berkata, jumlah mereka yang sembuh dari virus itu setakat ini seramai 2,197 orang.

Sumber: BERNAMA

Indonesia Lepasi Angka 12,000, Kematian 872 COVID-19

Sebelum ini, tular di laman media sosial apabila pelakon terkenal Bollywood, Aamir Khan yang dikhabarkan memberi derma kepada golongan susah secara senyap-senyap.

Beliau dikatakan memberi derma dengan memasukkan wang ke dalam karung gandum secara rahsia dan diberikan kepada golongan yang menghadapi kesusahan semasa perintah berkurung di India.

Namun, Aamir Khan menafikan perkara tersebut di akaun Twitter rasminya.

“Saya bukanlah orang yang memasukkan wang ke dalam karung gandum itu,” kata Aamir Khan.

“Ianya sama ada cerita palsu sepenuhnya, ataupun ‘Robin Hood’ yang tidak mahu mendedahkan dirinya,” kata pelakon itu lagi.

Pelakon yang berusian 55 tahun tersebut merupakan antara pelakon yang terkenal di India. Antara filem lakonannya seperti Ghajini, Dhoom 3 dan Dangal.

Sumber: Aamir Khan

Akhirnya Aamir Khan Perjelas Dakwaan Derma Tepung Berisi Duit Hampir RM1,000

Video berdurasi 23 saat menunjukkan seorang wanita dari Kentucky, Amerika Syarikat membuat lubang pada topeng mukanya untuk kemudahan dia bernafas.

Rakaman yang disiarkan di TikTok menunjukkan seorang pegawai stesen minyak terkejut melihat wanita itu memasuki kedai serbaneka dengan topeng muka yang dilubangkan pada hidung dan mulutnya.

“Dari mana kamu mendapatkan topeng itu?” dia bertanya kepada wanita itu sambil menghampiri kaunter.

“Oleh kerana kita harus memakainya dan sukar untuk bernafas, ini menjadikannya lebih mudah untuk bernafas,” jawabnya.”

Video berkenaan telah mendapat lebih dari 796,000 tanda suka sejak hari Jumaat, menurut perintah dari pihak berkuasa, Kentucky Gov, Andy Beshear telah mengumumkan bahawa orang ramai diminta memakai topeng muka ketika di khalayak ramai untuk keluar mulai 11 Mei.

Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit telah memberi nasihat bahawa penutup wajah harus “sesuai dan selesa pada wajah.”




Sumber: NY POST

Wanita Buat Lubang Pada Topeng Muka Supaya Mudah Untuk Bernafas

Singapura: Singapura hari ini mengesahkan 447 lagi kes baru jangkitan COVID-19, dengan hanya empat kes melibatkan warga Singapura atau penduduk tetap.

Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) dalam satu kenyatan hari ini menyatakan majoriti besar kes baru hari ini melibatkan pekerja asing yang tinggal di asrama pekerja.

Dengan kes baru ini, kenyataan itu melaporkan jumlah keseluruhan kes di negara itu kini 17,548.

Kementerian itu masih menyediakan buritan kes dan akan memberikan kemas kini maklumat, selepas ini.

Dalam data penuh yang diberikan lewat Jumaat, MOH berkata, kluster berkaitan SingPost Center di Eunos Road kini ditutup apabila tiada lagi kes baru yang berkaitan dengannya dalam tempoh inkubasi dua minggu.

Republik itu juga telah mengenal pasti tujuh kluster baru di mana satu daripadanya ‘Tuas South Incineration Plant’ yang kini mempunyai lapan kes yang disahkan.

Sementara kluster terbesar S11 Dormitory @ Punggol sehingga kini mencatatkan sejumlah 2,467 kes yang disahkan.

Daripada jumlah 17,101 yang disahkan pada Jumaat, Singapura mengklasifikasikan 1,211 sebagai kes komuniti, 571 kes import dan 543 kes melibatkan pemegang permit kerja yang tidak tinggal di asrama.

Pekerja asing yang menghuni asrama pekerja, mendominasi 86 peratus kes atau 14,776 kes.

Sumber: Bernama

Singapura Catat Lagi 447 Kes Baharu, Jumlah Keseluruhan 17,548

Singapura: Singapura pada Jumaat mengesahkan 932 kes baru jangkitan COVID-19, melaporkan satu lagi kematian menjadikan keseluruhannya kepada 16.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan lewat malam tadi, Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) menyatakan pesakit yang dilabelkan sebagai kes 2728, meninggal dunia pada 1 Mei di Pusat Penyakit Berjangkit Kebangsaan.

Menurut Kementerian itu, warga Singapura berusia 60 tahun itu yang disahkan dijangkiti COVID-19 pada 13 April, mempunyai sejarah penyakit hipertensi dan ‘hyperlipidaemia’.

Singapura mencatatkan dua kematian pertama mereka pada 21 Mac.

Sehingga kini, 1,268 telah pulih sepenuhnya dan dibenarkan pulang dari hospital atau fasiliti isolasi komuniti, manakala 23 berada di unit rawatan rapi (ICU).

Sebuah media tempatan melaporkan, antara 24 pesakit yang dibenarkan pulang pada 1 Mei adalah pesakit berusia 102 tahun, menjadi pesakit yang pulih tertua di Singapura.

Sementara itu, dua rakyat Malaysia daripada sektor kesihatan awam merupakan antara dua kes positif baru yang dilaporkan di Singapura.

Dilabelkan sebagai Kes 15259 dan Kes 15700 MOH menyatakan, mereka berdua tidak mempunyai sejarah perjalanan ke negara atau wilayah terjejas.

Pesakit berusia 28 dan 24 tahun itu bekerja sebagai ‘housekeepers’ di National University Hospital (NUH) dan pada hari yang sama disahkan dijangkiti COVID-19 pada 28 April.

Kes 15259 yang kini berada di wad di NUH telah pergi kerja sebelum di masukkan ke wad, manakala Kes 15700 kini di Singapore General Hospital telah tidak bekerja sejak menunjukkan simptom, menurut kementerian itu.

Daripada 932 kes baru pada Jumaat, tiada kes import dilaporkan, 11 kes komuniti, 16 kes pemegang permit kerja yang tidak tinggal di asrama pekerja, manakala 905 melibatkan pekerja yang menghuni asrama pekerja asing.

Menurut Channel News Asia (CNA), dengan pertambahan 932 kes tersebut, jumlah keseluruhan individu yang dijangkiti di Singapura adalah seramai 17,101.

Sumber: Bernama

Singapura Catat 932 Kes Jangkitan Baharu Covid-19, Jumlah Keseluruhan Cecah 17,000

Singapura mengesahkan 528 kes baharu jangkitan COVID-19 dan satu lagi kematian semalam, menjadikan jumlah korban wabak itu kepada 15.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan lewat Khamis, Kementerian Kesihatan republik itu (MOH) berkata seorang pesakit wanita yang merupakan kes 703 meninggal dunia semalam di Hospital Besar Ng Teng Fong.

Berusia 58 tahun, rakyat Singapura itu disahkan dijangkiti COVID-19 pada 26 Mac.

Setakat ini, 1,244 kes telah pulih daripada jangkitan dan dibenarkan keluar dari hospital atau kemudahan isolasi komuniti, sementara 22 kes di dalam  unit rawatan rapi (ICU).

Singapura melaporkan dua kes kematian pertama pada 21 Mac.

Sementara itu, 93 peratus daripada kes baharu semalam atau 488 kes merupakan pekerja warga asing yang tinggal di asrama.

Setakat Khamis, kementerian itu berkata tiga daripada mereka berada di ICU, dua daripadanya masing-masing dimasukkan ke hospital pada 18 dan 19 April dipindahkan ke unit rawatan itu apabila keadaan mereka bertambah teruk.

Seorang lagi dimasukkan terus ke ICU dan disahkan dijangkiti COVID-19 kemudian, katanya.

Sementara yang lain kebanyakan mereka masih belum dalam keadaan serius dan dipantau di kemudahan isolasi  komuniti atau wad hospital, kata kementerian itu.

Setakat semalam, kes kumulatif COVID-19 di republik itu adalah sebanyak 16,169.

Sumber: BERNAMA

Singapura Catatkan Kematian COVID-19 Ke-15 dan 528 kes baharu

Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) hari ini mengesahkan dengan lebih awal bahawa terdapat pertambahan sebanyak 528 kes jangkitan Covid-19 di negara itu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan di portal MOH, majoriti kes adalah melibatkan pemegang Permit Kerja yang tinggal di asrama pekerja asing dan enam kes lagi adalah melibatkan warga Singapura atau penduduk tetap.







Mereka masih lagi meneliti perincian kes dan maklumat lebih lanjut akan dikongsi melalui siaran akhbar MOH yang akan dikeluarkan malam ini.

Singapura Catat 528 Kes Baharu Covid-19 Hari Ini, Hanya 6 Kes Dari Penduduk Tetap