Ads Top

Wanita Ini Dedah Taktik Canggih 'Scammer' Gunakan 'Website' Seakan Betul Jual Barang Berjenama

Teknologi yang canggih ibarat pisau, bermanfaat tetapi jika tidak berhati-hati boleh memakan diri sendiri. Pembelian atas talian sangat membantu pengguna untuk membeli tanpa perlu bersusah payah beratur di pasar raya bagi mendapatkan barang yang diinginkan.

Namun jika kita kurang berhati-hati, kita mungkin menjadi mangsa penipuan atas talian. Sindiket penipuan atas talian mempunyai pelbagai modus operandi termasuklah menggunakan jenama yang terkenal untuk menarik pembeli dan menawarkan harga murah yang tidak masuk akal.

Mereka membina laman web seakan-akan platform rasmi pembelian jenama tersebut bagi memperdaya mangsa. Seorang pengguna Facebook, Mimi Shafie berkongsi pengalamannya hampir kerugian RM514 melalui pembelian bernilai RM67.50 yang dinyatakan dalam laman web berkenaan.

Salam. Sekadar peringatan untuk semua kaum perempuan yang gila membeli belah. Ini adalah pengalaman saya sendiri. Semalam saya dah terkena dengan web ni sebab tengok kasut murah. Tengok harga kasut RM22.50 kelam kabut la kan.

Terus pesan untuk 3 pasang. Jumlah semua RM67.50 dan pembayaran guna Master card. Tiba-tiba dia tulis pembayaran berjaya RM180.


Dah rasa pelik sebab tadi jumlah RM67.50 sahaja. Kenapa jadi RM180 pula. Lepastu terus masuk dua mesej potongan Maybank, satu CNY330.07 and satu lagi CNY380.56 ( CNY ni mungkin matawang China).

Terus saya hubungi Maybank untuk tahu status transaksi tu dan pihak Maybank beritahu transaksi ni memang nampak pelik tapi nasib baik status pending (belum selesai). Jadi duit tak potong lagi. Terus pihak bank sekat kad saya. Pihak bank beritahu transaksi tu berjumlah RM514.

Alhamdulillah nasib saya baik sebab cepat-cepat telefon bank masa tu untuk sekat kad. Bukan saya seorang sahaja kena. Banyak juga yang kena semalam.

Lepas ni periksa betul-betul laman web beli-belah atas talian tu. Dan mereka cipta banyak laman dan jenama untuk tipu kononnya ada promosi. Jadi hati-hati semua jangan percaya web-web macam ni.






Berhati-hatilah ketika memasukkan maklumat perbankan anda di laman internet. Sekiranya tertulis ‘Not Secure’ ataupun hanya http berbanding https, elakkan berurusniaga di laman web tersebut kerana ia tidak selamat bagi anda.



Sumber: Mimi Shafie
Powered by Blogger.