eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

(Video)Viral Ular Berkaki Ditemui Mati Dalam Kebakaran Hutan DI Riau ?


Dalam video berkenaan, beberapa penduduk telah menemui seekor ular yang hangus ditemui selepas kebakaran di lokasi tersebut padam. Sambil meneliti fizikal haiwan tersebut, mereka mendakwa terdapat dua kaki pada badan ular tersebut. Walaubagaimanapun, Ahli Herpetologi Lembaga Ilmu 

Pengetahuan Indonesia (LIPI), Amir Hamidi menafikan perkara tersebut. Sebaliknya, organ tersebut merupakan hemepenis, organ reproduksi ular jantan yang terletak di pangkal ekor. Ketika ular mengawan atau mati terbakar, otot-otot hemepenis ular akan menegang dan menyebabkan organ tersebut keluar dari badannya. Amir belum dapat memastikan spesies ular berkenaan.

 

Sumber: Tribun News