eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Anugerah Juara Lagu Ke 34 (2020)

Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) merupakan sebuah acara tahunan muzik yang memberi pengiktirafan kepada karya muzik terbaik di Malaysia.

Sebanyak 12 lagu yang layak ke malam kemuncak AJL34 adalah hasil pemilihan daripada 30 buah lagu yang dipertandingkan pada tiga peringkat separuh akhir.

     

Tema

Membawa tema "Warna-Warna Suara" yang menggambarkan kepelbagaian suara dalam bidang nyanyian merangkumi julat mahupun nada, bersesuaian dengan variasi vokal finalis yang bertanding pada malam tersebut.

Sudut visual antara yang bakal memainkan peranan penting di mana konsep 'warna-warni' akan diterjemahkan ke dalam konsep persembahan, fesyen termasuk pentas.

Karpet Merah

Bersiaran di laman Tonton dalam versi definisi tinggi (HD) pada 9 Februari 2020, jam 8 malam, manakala di kaca televisyen akan menyusul di TV9 pada jam 8.30 malam.

     
Persembahan Pembukaan

Persembahan awal daripada beberapa bekas pemenang kategori Vokal Terbaik AJL34 pertama hingga tahun lalu.



Senarai Lagu Finalis Yang Bertanding

1. Drama - Drama Band

Komposer: Aepul Roza, Daus SRK, Faeez Ikhwan, Syed Syahmir, Nik Adib

Lirik: Aepul Roza, Daus SRK, Faeez Ikhwan, Syed Syahmir, Nik Adib

    

2. Sumpah - Naim Daniel

Komposer: Naim Daniel, Omar K

Lirik: Naim Daniel

    

3. Kisah Cinta Kita - Hafiz Suip

Komposer: Ikhwan Fatanna, Ayden Ali

Lirik: Datuk A Aida

     


4. Ku Bersuara - Ernie Zakri

Komposer: Syamel, Omar K, Blaine Bakri, John Jeevasingham

Lirik: Syamel, Omar K, Blaine Bakri, John Jeevasingham

     

5. Anta Permana - Bob Yusof

Komposer: Hael Husaini, Ezra Kong

Lirik: Hael Husaini, Ezra Kong

     

6. Bangun - Aman RA

Komposer: Navigator

Lirik: Aman RA

    

7. Ragaman - Fairuz Misran

Komposer: Faizal Tahir, Mike Chan, Romeo

Lirik: Faizal Tahir, Jaare, Karim Karam, Mike Chan

    

8. Rampas - Akim & The Majistret

Komposer: Hang Nadim, Laq

Lirik: Bunga Cantik

     

9. Dinda - Kugiran Masdo

Komposer: Ali Sariah

Lirik: Ali Sariah

     

10. Peneman - Hazama

Komposer: Tam

Lirik: Tam

    

11. Lembah Kesepian - Haqiem Rusli


Komposer: Haqiem Rusli

Lirik: Haqiem Rusli, Ibnu & Gouffran

     

12. Sumpah - Aina Abdul

Komposer: Aina Abdul

Lirik: Aina Abdul

     

Pengacara
Menggandingkan Awal Ashaari, Sherry Al Hadad dan Haziq Hussni.

         
Penaja Utama
McDonald's


Tiket

Dengan harga serendah RM30, tiket boleh didapati menerusi dalam talian di www.myticket.asia. Harga adalah mengikut aras tempat duduk iaitu Arena (RM60), Aras 3 (RM40) atau Aras 4 (RM30).

Radio Rasmi
Hot FM
     
Waktu Siaran
Ke udara pada 9 Februari 2020, jam 9 malam di saluran TV3, dibawakan secara langsung daripada Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil.


Fakta Menarik

Naim Daniel dan Aina Abdul yang membuat kemunculan sulung di AJL, masing-masing tampil dengan judul lagu yang sama iaitu 'Sumpah'.
Lagu 'Bangun' nyanyian Aman RA merupakan satu-satunya lagu bergenre hip hop yang berjaya menempatkan diri ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 34 dan dalam masa yang sama layak ke AJL34.
'Anta Permana' dan 'Ragaman' dendangan asal Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir bakal dipersembahkan penyanyi gantian, Bob Yusof dan Fairuz Misran.