eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Aeril Zafrel Bina Badan Untuk Wawa Zainal

Pelakon Aeril Zafrel yang ditemui di majlis tayangan filem ‘BO-PENG’ nampaknya kelihatan semakin berisi dan sasa berikutan kini berjinak-jinak ke pusat gym untuk membina otot badan.


“Dia (Wawa) yang suruh saya besarkan badan selain push saya untuk ke gym. Demi mengikutkan kehendak dia saya turuti,” katanya. Tambahnya lagi, dia kini dalam proses untuk menambahkan berat badannya.

“Buat setakat ini, saya tak jaga makan dan memang saya nak gemuk. Saya pula jenis cepat besar dan kurus. Bukan setakat itu sahaja saya buat badan ini untuk kerjaya supaya lebih sesuai dengan heroin, lagipun untuk lelaki biar besar sikit,” ujarnya yang tidak akan sesekali menayangkan bentuk badannya.

Dalam pada itu, Aeril dan Wawa juga akan mengerjakan umrah pada penghujung tahun ini dan akan turut sama meraikan tahun baru di Kota Mekah.