eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Gangguan Bekalan Air Melibatkan Hampir 4 Juta Pengguna Pada Isnin Ini (19 Dis 2016)

KUALA LUMPUR 15 Dis. - Seramai 3,892,641 pengguna di Lembah Klang bakal mengalami masalah bekalan air pada Isnin hadapan.

Menurut Utusan Online, masalah air itu melibatkan 707,759 akaun di 814 kawasan iaitu Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Langat, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Kuala Lumpur.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SPAN, Datuk Mohd. Ridhuan Ismail, bekalan dihentikan sementara bagi memberi laluan kerja-kerja penyelenggaraan sistem bekalan elektrik TNB di Pencawang Masuk Utama Bukit Badong di Hulu Selangor

Tambah beliau operasi penyelenggaraan itu akan mengambil masa 16 jam.

“Kerja-kerja henti tugas TNB bermula pukul 8 pagi hingga 12 malam dan mengambil masa selama 16 jam serta menjejaskan operasi di loji-loji rawatan air utama Sungai Selangor yang membekalkan air kepada 60 peratus pengguna di Lembah Klang,” katanya.

Tambah beliau lagi, bekalan air akan pulih secara berperingkat selepas kerja-kerja itu selesai dan loji-loji rawatan air beroperasi semula.-

sumber:utusanonline