Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila seorang lelaki bertindak melastik mata seorang guru di SMA Kabupaten Rajang Lebong, Bengkulu Indonesia, sehingga buta.

Difahamkan, lelaki tersebut bertindak sedemikian kerana mendakwa anaknya ditendang oleh guru tersebut yang membuatkan dia tidak dapat mengawal emosi.


Pun begitu, lelaki terbabit telah menyerah diri di balai polis sambil menangis memohon maaf kepada guru tersebut kerana mengalami cacat kekal pada mata kanannya kerana bertindak di luar jangkaan.

“Anak saya ditendang, saya jadi emosi encik,” ujarnya.

Sebaik sahaja mengetahui batu lastik tepat terkena pada matanya, dia bergegas berlari meninggalkan kawasan tersebut kerana ketakutan.


Bukan itu sahaja, dia membuat keputusan untuk menyerah diri di balai kerana bimbang dipukul oleh pihak berkuasa dan akui menyesal dengan perbuatannya.

“Takut encik, takut dipukul polis. Saya menyesal sungguh, saya minta maaf,” katanya.

Terdahulu, media Indonesia mendedahkan lelaki tersebut melastik mata guru terbabit selepas dipercayai menendang anaknya yang ditangkap menghidap rokok di kawasan sekolah.


Sumber: Kumparan

Bapa Lastik Mata Cikgu Hingga Buta, Anak Ditendang Sebab Merokok

 

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam satu hantaran terbaru di laman Twitternya mengesahkan bahawa beliau dan wanita pertama AS yang juga isterinya, Melania Trump positif Covid-19.

Beliau juga berkata dalam ciapannya itu, beliau dan isteri akan menjalani kuarantin dan proses pemulihan serta-merta dan akan menjalaninya bersama-sama.

Trump dan isteri disahkan positif selepas menjadi kontak rapat kepada penasihatnya, Hope Hicks yang disahkan positif virus itu terlebih dahulu.

Hope Hicks bersama Trump dalam satu rancangan debat bersama pesaingnya Joe Biden di Ohio pada Selasa. Beberapa ahli keluarga Trump yang hadir pada rancangan debat itudilihat tidak memaki topeng muka

Presiden Donald Trump Dan Isterinya Disahkan Positif Covid-19



Sumber:  Trump, BBC 

Presiden Donald Trump Dan Isterinya Disahkan Positif Covid-19

 Selepas dijatuhkan hukuman 12 tahun penjara dengan perlu membayar denda sebanyak RM210 juta, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah dibenarkan untuk diikat jamin sebanyak RM1 Juta.

Bayar duit ikat jamin

Tengahari tadi, beliau telah hadir ke kaunter Pendaftaran Jenayah Mahkamah Tinggi bersama anaknya, Norashman Najib bagi membayar ikat jamin tersebut.

Anak-Anak jadi penjamin Najib

Menerusi Berita Harian, Najib Razak perlu membayar ikat jamin RM1 juta itu selepas mahkamah membenarkan permohonan pembelaan untuk menangguhkan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.

Dalam pada itu, anak kepada ahli parlimen Pekan tersebut telah memuat naik status di IG story memaklumkan bahawa dia (Nooryana Najwa) dan adiknya, Norashman bertindak sebagai penjamin kepada bapa mereka bagi kes SRC ini.

baca semua komen & DM

Tambah Nooryana lagi, dia dan seluruh ahli keluarga membaca setiap kata-kata semangat yang diberi kepada mereka menerusi komen dan juga mesej peribadi yang dihantar.

Walaupun mengakui kecewa dengan keputusan yang telah diterima semalam, namun mereka tetap tidak putus asa untuk meneruskan perjuangan menafikan setiap tuduhan yang dikenakan kepada Najib Razak.

Najib Selesai Bayar RM1 juta Duit Ikat Jamin,Anak-Anak Jadi Penjamin Kes SRC

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) —  Datuk Seri Najib Tun Razak melafazkan ‘sumpah laknat’ ketika merayu hukuman ringan dari kandang tertuduh hari ini.

Bekas perdana menteri itu berkata sebagai seorang Muslim, meskipun beliau sebelum ini sudah melafazkannya pada peringkat awal perbicaraan kes itu, beliau sekali lagi mengulangi “Wallahi Wabillahi Wattallahi.”

“Saya tidak minta wang RM42 juta itu, saya tidak merancang untuk mendapatkan wang RM42 juta itu dan wang RM42 juta itu juga tidak ditawarkan kepada saya.

“Tidak ada keterangan atau saksi yang menyatakan demikian. Saya tidak mempunyai pengetahuan mengenai RM42 juta itu. Itu sahaja yang ingin saya katakan,” katanya di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Najib didapati bersalah atas tujuh pertuduhan terdiri daripada kesalahan pecah amanah jenayah (CBT), pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kedudukan membabitkan RM42 juta dana milik SRC International.

Najib, yang kelihatan tenang sepanjang prosiding itu, berkata beliau ingin merujuk kepada tempoh sembilan tahun beliau menjadi Perdana Menteri.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata sepanjang tempoh tersebut, negara makmur sehingga mempunyai pertumbuhan ekonomi yang amat memberangsangkan selama sembilan tahun berturut-turut yang berakhir dengan pertumbuhan sebanyak 5.9 peratus 2017.


“Kita menyaksikan pasaran saham melonjak untuk satu jangka masa yang panjang dalam sejarah negara dengan 1,900 mata di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).


“Sepanjang tempoh ini, saya memastikan pembangunan pembangunan infrastruktur berskala besar dalam negara termasuk pengangkutan awam dan perumahan.

“Saya juga memastikan setiap kumpulan komuniti mendapat manfaat, contohnya petani, peniaga kecil dan penjawat awam telah mendapat manfaat daripada program berskala besar untuk meningkatkan pendapatan mereka,” katanya.

“Saya telah memansuhkan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri), sesuatu yang saya tidak begitu diberikan kredit. Saya telah memastikan negara tidak mengalami tempoh yang menyaksikan penyalahgunaan kuasa.

“Saya juga telah memberikan cadangan untuk melaksanakan satu sistem sumbangan politik yang lebih telus tetapi ia memerlukan sokongan dwipartisan namun pembangkang ketika itu tidak bersetuju dengan cadangan tersebut dan ia terkubur begitu sahaja,” kata.

Sumber: BERNAMA

Najib Lafaz ‘Sumpah Laknat’ Sekali Lagi

KUALA LUMPUR, 28 Julai  — Pasukan pendakwaan memohon Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman berat terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak yang didapati bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan pecah amanah jenayah (CBT), pengubahan wang haram dan penyalahgunaan kedudukan kerana beliau memegang jawatan tinggi serta mempunyai pengaruh yang besar ketika melakukan jenayah itu.

Timbalan Pendakwa Raya ad hoc Datuk V. Sithambaram berkata kes yang dikaitkan dengan skandal 1MDB itu turut mencemarkan imej negara dengan kleptokrasi dan rakyat Malaysia tidak sepatutnya berdepan dengan isu tersebut.

“Tidak ada perdana menteri atau menteri kewangan yang pernah didapati bersalah atas sesuatu kesalahan jenayah. Ini yang pertama,” katanya ketika membalas hujah peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang meminta hukuman ringan dikenakan ke atas anak guamnya.

Sithambaram berkata pendakwaan memohon mahkamah mengenakan denda sebanyak RM210 juta bagi kesalahan menyalahgunakan kedudukan iaitu lima kali ganda nilai suapan dalam jenayah itu serta hukuman penjara mandatori.

Bagi CBT, pendakwaan memohon hukuman penjara antara dua tahun hingga 20 tahun dan denda.

Bagi pertuduhan pengubahan wang haram, pendakwaan memohon hukuman penjara tidak lebih 15 tahun dan denda RM210 juta, yang merupakan lima kali ganda nilai terbabit dalam jenayah itu, kata Sithambaram.

Najib didapati bersalah atas ketujuh-tujuh pertuduhan yang membabitkan RM42 juta dana milik SRC International Sdn Bhd.

Sithambaram berhujah bahawa Najib tahu mengenai RM42 juta yang dikreditkan ke dalam akaun bank peribadinya namun tidak bertindak memulangkan wang itu.

“Alasan yang diberikan ialah siasatan sedang dijalankan, bagaimanapun selepas Peguam Negara ketika itu (Tan Sri Mohamed Apandi Ali) membersihkan beliau daripada sebarang salah laku, masih tidak ada tindakan diambil untuk memulangkan wang tersebut.

“Adalah jelas tertuduh enggan memulangkan wang itu dan hukuman yang dijatuhkan mestilah berat kerana Najib memegang jawatan yang tinggi dan berpengaruh,” katanya sambil menambah bahawa kesalahan rasuah semakin berleluasa di negara ini dan tidak boleh dibiarkan.

Sithambaram berkata Najib mempunyai kewajipan fidusiari dan moral kepada Malaysia serta rakyatnya namun sabitan mahkamah menunjukkan bahawa beliau gagal melaksanakan kewajipan itu.

“Hukuman mahkamah perlu menjadi duluan kepada semua yang memegang jawatan tinggi di negara ini. Ini adalah satu peringatan bahawa tidak ada sesiapa pun yang terkecuali daripada tindakan undang-undang,” katanya.

“Ini semua adalah keputusan yang dibuat oleh para hakim, bukan kata-kata saya. Ini merupakan pandangan mahkamah terhadap individu berjawatan tinggi dan penting yang melakukan perbuatan rasuah,” katanya.

Sithambaram kemudian menyentuh pertuduhan pengubahan wang haram dan berkata senario terburuk dalam kes itu telah berjaya dibuktikan.

“Peranan tertuduh dalam SRC International sebelum ia menjadi sebuah syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) lagi, kedudukan yang dipegang beliau untuk memberi arahan, berada dalam Kabinet untuk meluluskan jaminan kerajaan bagi membolehkan SRC mendapatkan pinjaman, pengeluaran pinjaman, pengeluaran RM42 juta ke akaun beliau bagi kesalahan CBT dan penggunaan kewangan untuk melakukan kesalahan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLA),” katanya.

Beliau juga berkata jika jenayah itu tidak didedahkan oleh media, ia mungkin tidak dapat dikesan.

“Terdapat percubaan untuk menafikan tandatangan dalam dokumen penting pendakwaan sebelum berpatah balik… Ini menjadikan keadaan dalam kes ini lebih teruk,” katanya.

Sithambaram berkata kes itu adalah “yang pertama seumpamanya,” oleh itu ia “adalah tersendiri.”

“Oleh itu, kami memohon satu hukuman yang adil dan sewajarnya dijatuhkan, yang bersifat pencegahan untuk memberi pengajaran bukan hanya kepada ahli politik malah kepada semua penjawat awam,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Pendakwaan Mohon Mahkamah Jatuhkan Hukuman Berat Ke Atas Najib

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan RM210 juta oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebentar tadi atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Najib didapati bersalah atas tiga pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalahgunakan kuasa membabitkan dana SRC, bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kini diletak di bawah Kementerian Kewangan.

Pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya ad hoc Datuk V Sithambaram manakala Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengetuai pasukan pembelaan.

Terdahulu, mahkamah menolak permohonan Najib untuk menangguhkan rayuan bagi meringankan hukumannya yang disabitkan bersalah atas tujuh pertuduhan pada Isnin ini.

Mohd Nazlan memutuskan bahawa pihak pembelaan perlu mempunyai alasan yang kukuh untuk berbuat demikian.

"Alasan pembelaan bahawa mereka memerlukan masa untuk melihat latar belakang kes yang saya sabitkan kepada Najib tidak boleh diterima," katanya.

Oleh itu beliau memutuskan rayuan meringankan hukuman diteruskan hari ini.

Najib, perdana menteri keenam dari 2009 hingga 2018, menjadi ketua negara pertama di Malaysia yang diheret ke mahkamah.

Perbicaraan bermula pada 3 April 2019 dengan pendakwaan memanggil 57 saksi sebelum menutup kesnya pada 27 Ogos tahun sama.


Pada 11 November 2019, Najib diarahkan membela diri atas kesemua pertuduhan selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Pada 3 Disember 2019, Najib memberi keterangan sebagai saksi pertama pembelaan untuk menjawab pertuduhan terhadapnya dengan membaca penyataan saksi setebal 243 muka surat.

Pada 5 Jun lalu, mahkamah menetapkan hari ini untuk mengumumkan keputusan dalam kes itu selepas mendengar hujah kedua-dua pihak di akhir kes pembelaan yang bermula pada 1 Jun.

Najib pertama kali dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 4 Julai 2018 atas tiga pertuduhan CBT dan satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukan.

Seterusnya pada 8 Ogos 2018, Najib sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan wang sama.

Semua kes itu kemudian dipindahkan ke Mahkamah Tinggi dan dibicarakan bersama.

Sumber:Bernama

Najib dipenjara 12 tahun, denda RM210 juta


MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersalah atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu selepas berpuas hati bahawa pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Najib didapati bersalah atas tiga pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalahgunakan kuasa membabitkan dana SRC, bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kini diletak di bawah Kementerian Kewangan.

Akan Dikemaskini lagi
Sumber:Hmetro

Najib Bersalah Di Atas Semua 7 Pertuduhan Kes SRC

Wanita sarat hamil tujuh bulan maut digilis lori treler selepas terbabit kemalangan di lampu isyarat Jalan Permatang Buloh, Sungai Dua, Butterworth malam tadi.

Menurut laporan Astro Awani, mangsa Nur Amirah Izzati Ahmad Rohaizat yang menunggang motosikal bersendirian dikatakan melanggar lampu isyarat merah sebelum berlanggar dengan kereta pacuan empat roda.

“Mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bukit Mertajam selepas pulang dari bertemu rakannya di Teluk Air Tawar, Butterworth.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa terjatuh dan menggelongsor di atas jalan sebelum digilis sebuah treler yang melalui laluan tersebut,” kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor.



Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang untuk bedah siasat. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sumber : Astro Awani , Penang Kini

Wanita Hamil 7 Bulan Maut Digilis Treler,Sempat Bagi Duit Pada Adik-Adik

Lelaki warga Bangladesh dikenali Md Rayhan Kabir yang muncul dalam sebuah dokumentari Al Jazeera akan diusir keluar dan disenarai hitam daripada memasuki Malaysia untuk selama-lamanya.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata tindakan itu diambil setelah individu yang dikehendaki oleh agensi terbabit berjaya ditahan petang semalam.

“Kejayaan ini adalah hasil daripada risikan dan buruan berterusan selama dua minggu.” 
“Saya mengucapkan tahniah kepada pegawai-pegawai terlibat atas usaha dan komitmen mereka.” 

Beliau berkata Md Rayhan telah ditahan oleh sepasukan Pegawai Imigresen daripada Unit Risikan Operasi Jabatan Imigresen Putrajaya kira-kira 5.45 petang di Setapak di sini.

Jabatan Imigresen sebelum ini memohon bantuan orang awam menjejaki individu berkenaan yang alamat terakhirnya di Sirhan Legacy Sdn Bhd B-7-9, Menara Uncang Emas, di Jalan Loke Yew Kuala Lumpur, bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Sebelum ini, media melaporkan Rayhan telah membuat dakwaan berhubung layanan pihak berkuasa Malaysia kepada pendatang tanpa izin, ketika negara menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bagi membanteras penularan COVID-19 dalam dokumentari terbitan Al Jazeera.

Susulan itu, pihak polis turut memulakan siasatan terhadap stesen penyiaran antarabangsa itu selepas penyiaran dokumentari berkenaan.

Bernama semalam melaporkan Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman DCP Mior Faridalathrash Wahid yang mengesahkan penahanan itu berkata suspek berumur 25 tahun itu diserahkan kepada pihak polis pada pukul 6 petang semalam.

Sumber: Bernama

Md Rayhan Akan Diusir, Senarai Hitam Ke Malaysia Selamanya-KP Imigresen

Seorang lelaki rentung manakala adiknya berjaya menyelamatkan diri dalam kejadian kebakaran sebuah rumah dua tingkat di Taman Bukit Saga, Seksyen 26 di sini, awal pagi ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, mangsa yang rentung, Ahmad Zulhilman Zakaria, 27, ditemukan di bilik tidurnya di tingkat atas rumah berkenaan.

Rumah terbakar hampir 90 peratus

Beliau berkata adik mangsa, Ahmad Hamizan, 25, yang berada di bilik tidurnya di tingkat bawah rumah pula menyelamatkan diri dengan keluar menerusi tingkap sebelum meminta bantuan jiran.

“Rumah ini didiami tiga beradik lelaki dewasa dan ibu bapa mereka bekerja di luar negara. Siasatan mendapati, adik bongsu mereka, Ahmad Nazmi, 21, tiada di rumah ketika kebakaran dan dimaklumkan dia bermalam di rumah kawannya…”

“Rumah dua tingkat ini dianggarkan terbakar 90 peratus dan punca kejadian masih dalam siasatan. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk tindakan lanjut…”


Adik bagi tahu abang tak boleh keluar

Sementara itu, seorang jiran mangsa yang enggan dikenali memberitahu, beliau ada mendengar bunyi kaca pecah serta jeritan Ahmad Zulhilman meminta tolong kira-kira pukul 3 pagi dan menganggap rumah mereka dipecah masuk pencuri.

Namun, ketika keluar untuk menjengah rumah jirannya itu, beliau terkejut melihat api sangat marak dan asap yang tebal.

“Adiknya (Ahmad Hamizan) datang kepada saya dan beritahu abangnya tak boleh keluar. Beberapa jiran lain pun datang untuk bantu tapi api sangat marak dan haba terlalu panas menyebabkan kami langsung tak boleh dekat (dengan rumah tersebut)…”

“Saya yang menelefon bomba. Namun kami jiran-jiran berasa kesal kerana tak dapat bantu mangsa sebab mereka sekeluarga dah duduk sini sejak puluhan tahun lepas. Ibu bapa mereka pula tiada di sini (bekerja di luar negara)…”

Abang Rentung, Adik Sempat Selamatkan Diri Dalam Kebakaran Rumah Dua Tingkat

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mencatat jumlah pendapatan bulanan tertinggi dalam kalangan anggota pentadbiran kerajaan menerusi maklumat harta di portal MyDeclaration, yang dikendalikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Berdasarkan Portal Perisytiharan Harta tersebut, Ahli Parlimen Pagoh itu menerima pendapatan bulanan sebanyak RM93,841.65 dengan jumlah aset melebihi RM10 juta

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berada di tangga kedua dengan pendapatan RM87,877.20 sebulan dan diikuti oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Dr Jeffrey G Kitingan dengan RM85,450 sebulan.

Di tangga keempat pula adalah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dengan pendapatan bulanan sebanyak RM84,615.20 sebulan dan diikuti Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dengan pendapatan RM69,427.20 sebulan.

Seramai 57 daripada 70 anggota pentadbiran kerajaan telah mengisytiharkan maklumat harta masing-masing.

Sumber : MyDeclaration

Miliki aset lebih RM10 juta ,Pendapatan PM hampir RM94 ribu sebulan

Dipercayai sesak nafas di rumah pengasuhnya di Gelang Patah, Iskandar Puteri, seorang bayi lelaki disahkan meninggal dunia petang semalam.

Menerusi laporan Harian Metro, bayi tersebut Muhammad Nufail Mohd Nasir yang berusia 1o bulan tiba-tiba didapati mengalami sesak nafas oleh pengasuhnya.

Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar, bayi yang dipanggil Noah itu dihantar ke rumah pengasuh bersama abangnya yang berusia dua tahun oleh bapa mereka sebelum ke tempat kerja.

Namun ketika kejadian, Noah didakwa tiba-tiba mengalami sesak nafas sebelum dihantar ke Klinik Kesihatan Gelang Patah oleh pengasuh dan suaminya.

“Namun setibanya mereka di wad kecemasan di klinik itu, bayi malang itu disahkan sudah meninggal dunia oleh doktor yang merawatnya,” katanya.
Tambah Dzulkhairi, pengasuh berusia 31 tahun itu turut menjaga seramai enam kanak-kanak dan tiga bayi di rumahnya dimana masing-masing berusia antara dua bulan ke lapan tahun.

Pengasuh tersebut berkata, bayi malang itu tidak ceria seperti biasa dan kurang minum susu serta makanan pada hari kejadian.

“Semasa dalam jagaan pengasuh berkenaan, bayi berkenaan juga didapati tidak ada mengalami kecederaan dan tidak pernah jatuh atau pun menunjukkan keadaan yang mencurigakan pada tubuh badannya,” ujarnya.
Hasil pemeriksaan juga mendapati anggota badan mangsa tidak menunjukkan sebarang kecederaan. Jenazah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk bedah siasat pagi tadi.

Menerusi laman Facebook, beberapa kenalan ibu bapa mangsa mengambil kesempatan bagi mengucapkan takziah atas kehilangan bayi tersebut.

Moga ibu bapa kuat & tabah






Bayi 10 Bulan Meninggal Dunia Dipercayai Sesak Nafas di rumah Pengasuh

Hampir seminggu, berita kehilangan gadis berusia 15 tahun di Taman Bandar Baru, Sungai Petani menimbulkan tanda tanya serta kebimbangan ahli keluarga. Nor Aleeya Natasha Mohd Nazre akhirnya selamat ditemui di belakang sebuah rumah kosong di kawasan kejiranan yang sama.

Jumpa Di Belakang Rumah Kosong.

Menurut Siti Nazira Mohd Nazre, adiknya ditemui oleh penduduk bersama sekumpulan individu yang dipercayai mempunyai hubungan kait dengan kehilangan Nor Aleeya sekitar jam 3 petang semalam. Dia sebelum ini telah dihubungi seorang wanita memaklumkan ternampak Nor Aleeya di belakang sebuah rumah kosong.


Dikurung selama beberapa hari oleh sekumpulan lelaki

Bimbang berlaku perkara yang tidak diingini, dia sekeluarga kemudiannya membawa Nor Aleeya ke pusat kesihatan berdekatan untuk pemeriksaan lanjut. Bagaimanapun akui Nor Aleeya, dia hanya dikurung di dalam rumah kosong berkenaan sebelum dibawa keluar oleh sekumpulan lelaki berkenaan.

Saksi terdengar suara jeritan.

Terdahulu, anak keempat daripada tujuh beradik ini dilaporkan hilang ketika keluar ke kedai runcit berdekatan rumahnya untuk membeli paracetamol pada Isnin. Kejadian itu hanya disedari keluarganya selepas gadis ini tidak pulang ke rumah sehingga lewat malam. Sementara itu, terdapat saksi mengatakan bahawa mereka terdengar suara jeritan tidak jauh dari lokasi motosikal yang dinaikinya ditemui.

Sumber:Harianmetro

Dikurung Di Dalam Rumah Kosong, Syukur Gadis Paracetamol Kini Selamat Ditemui

UALA LUMPUR, 1 April — Kira-kira 510 gelandangan diselamat dan ditempatkan di dua pusat transit dan empat pusat komuniti yang dijadikan penempatan sementara di sekitar ibu kota sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata selain Pusat Transit Gelandangan Jalan Pahang dan Anjung Singgah, Pusat Komuniti Sentul Perdana, Pusat Komuniti Setiawangsa, Dewan Serbaguna Alam Damai Cheras dan Dewan Serbaguna Tasik Ampang Hilir turut dijadikan penempatan sementara gelandangan terbabit.

“Kami akan terus menjejaki dan menyelamatkan mereka di sekitar ibu kota dan ditempatkan sementara di pusat-pusat komuniti itu sepanjang PKP.

“Ada lagi yang masih menyorok,” katanya kepada pemberita selepas lawatan ke Pusat Komuniti Sentul Perdana di sini, hari ini.

Beliau berkata, sebelum ditempatkan di penempatan sementara itu, warga gelandangan akan menjalani saringan kesihatan untuk memastikan mereka bebas dari COVID-19. Tiada kes positif dalam kalangan gelandangan dilaporkan setakad ini.

Menurut Datuk Bandar, penempatan sementara warga gelandangan itu terbahagi kepada tiga kategori iaitu golongan sihat warganegara, gelandangan bermasalah sakit berjangkit, mental dan penagihan dadah serta bukan warganegara.

“Golongan sihat warganegara akan ditempatkan di Pusat Komuniti Sentul Perdana dan Dewan Serbaguna Tasik Ampang Hilir masing-masing seramai 181 dan 62 orang, Pusat Komuniti Setiawangsa menempatkan 95 gelandangan bermasalah, manakala di Dewan Serbaguna Alam Damai Cheras pula untuk 30 orang bukan warganegara.

Nor Hisham berkata, 99 gelandangan lelaki ditempatkan di Pusat Transit Gelandangan Jalan Pahang manakala 43 gelandangan lelaki dan wanita termasuk tiga kanak-kanak di Anjung Singgah, kendalian Yayasan Kebajikan Negara.

Beliau berkata pihaknya turut menjalankan sistem data biometrik bagi setiap gelandangan yang ditempatkan bagi memudahkan pelbagai agensi menyalurkan bantuan atau sumbangan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Katanya, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan tiada lagi pengedaran makanan di Medan Tuanku bagi menjaga jarak sosial.

Sumber: BERNAMA

Gelandangan Diselamatkan Kerajaan, Dari Bahu Jalan Kini Tidur Dalam Dewan Sepanjang PKP

KOTA KINABALU, 21 Feb — Qari cacat penglihatan dari Kelantan, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi dan qariah dari Perak, Puteri Kalimatul Azzua Hamid masing-masing dinobatkan sebagai johan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1441H/2020M yang diumumkan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, malam ini.

Dengan kemenangan itu, mereka masing-masing membawa pulang RM15,000, serta tambahan RM10,000 untuk menunaikan haji, cenderahati dan sijil yang disampaikan oleh Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

Bagi naib johan, ia disandang oleh qari Mohamad Syaheed Sabri dari Pahang dan qariah Nurul Nadiah Hashim (Johor) yang masing menerima RM10,000 dan tambahan RM10,000 untuk menunaikan haji.

Tempat ketiga dimenangi qari dari Negeri Sembilan, Mohamad Husaini Mahmur dan qariah dari Terengganu, Nor Jannah Abd Rahman yang masing-masing menerima RM7,500 dan tambahan RM10,000 untuk menunaikan haji.

Dalam majlis hafazan dari juzuk 1 hingga 10, bahagian hafiz, Muhamad Al-Jazari Muhammad Helmi dari Kedah dinobatkan sebagai johan diikuti di tempat kedua Abdul Muni’m Ihyauddeen (Wilayah Persekutuan) dan ditempat ketiga, Muhammad Imran Hussin (Selangor).

Untuk bahagian hafizah, Nurul Izzah Mukhali dari Sarawak diumumkan pemenang diikuti Nurul Husna Abdul Aziz (Kedah) di tempat kedua dan Masyithah Mohd Farid (Negeri Sembilan) di tempat ketiga.

Johan menerima RM5,000 dan piala, untuk naib johan menerima RM4,000, tempat ketiga menerima RM2,000 dan RM1,000 untuk penerima saguhati.


Majlis hafazan bagi kategori juzuk 1 hingga 20 menyaksikan Sheikh Muhamad Aiman Hafiy Hishamuddin dari Terengganu dan hafizah dari Kelantan, Putri Auni Khadijah Mohd Hanif masing-masing dinobatkan johan yang menerima RM7,000 dan tambahan RM7,000 untuk menunaikan umrah.

Bagi kategori terakhir iaitu hafazan juzuk 1 hingga 30, johan bahagian hafiz milik Mohamad Hakim Mohd Hisam dari Kedah dan bahagian hafizah, Putri Aminah Mohd Hanif (Kelantan) yang masing-masing menerima RM15,000 dan wang tambahan RM10,000 untuk menunaikan haji, piala dan akaun Al-Awfar berjumlah RM20,000 tajaan Bank Islam.

Majlis Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan itu yang dirasmikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 16 Feb lepas dan berlangsung enam hari dengan penyertaan 108 peserta tilawah dan hafazan mewakili 14 negeri.


Semua mereka diadili 12 hakim tilawah dan 14 hakim hafazan.

— BERNAMA

Qariah Puteri Kalimatul Azzua , Qari Istimewa Muhammad Qayyim Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan

SHAH ALAM,  Empat sekeluarga maut apabila kenderaan yang dinaiki mereka terbabas dan terjunam ke dalam parit di Km 55 Jalan Klang-Teluk Intan pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari tadi.

Ketua Polis Kuala Selangor, Supt Md Asri A Wahab berkata mereka yang meninggal dunia di tempat kejadian dikenali sebagai Ahmad Awang berusia 56 tahun, isterinya Hayati Mohd Zain, 57, kakak kepada Hayati, Norriyah Mohd Zain, 61, dan ibu mereka Khamisah Saleh, 77.

Beliau berkata polis menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada kira-kira pukul 2.00 petang tadi, dan berdasarkan siasatan awal, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Perodua Viva yang dipandu oleh Ahmad dari arah Klang terbabas dan memasuki arah bertentangan sebelum terjunam ke dalam parit.

“Kesemua mereka yang tersepit akibat kemalangan itu meninggal dunia di tempat kejadian, dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Md Asri berkata beliau difahamkan kejadian berlaku selepas empat sekeluarga itu baharu sahaja selesai menjalankan urusan menulis wasiat, dan dalam perjalanan menghantar ibu mereka untuk pulang ke Tanjong Karang.

Katanya semua mangsa dihantar ke Hospital Tanjong Karang bagi tujuan bedah siasat.

Sumber: Bernama

Empat Sekeluarga Maut Dalam Kemalangan,Selesai Urusan Tulis Wasiat

KUALA LUMPUR 15 Dis. - Seramai 3,892,641 pengguna di Lembah Klang bakal mengalami masalah bekalan air pada Isnin hadapan.

Menurut Utusan Online, masalah air itu melibatkan 707,759 akaun di 814 kawasan iaitu Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Langat, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Kuala Lumpur.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SPAN, Datuk Mohd. Ridhuan Ismail, bekalan dihentikan sementara bagi memberi laluan kerja-kerja penyelenggaraan sistem bekalan elektrik TNB di Pencawang Masuk Utama Bukit Badong di Hulu Selangor

Tambah beliau operasi penyelenggaraan itu akan mengambil masa 16 jam.

“Kerja-kerja henti tugas TNB bermula pukul 8 pagi hingga 12 malam dan mengambil masa selama 16 jam serta menjejaskan operasi di loji-loji rawatan air utama Sungai Selangor yang membekalkan air kepada 60 peratus pengguna di Lembah Klang,” katanya.

Tambah beliau lagi, bekalan air akan pulih secara berperingkat selepas kerja-kerja itu selesai dan loji-loji rawatan air beroperasi semula.-

sumber:utusanonline

Gangguan Bekalan Air Melibatkan Hampir 4 Juta Pengguna Pada Isnin Ini (19 Dis 2016)

Riyadh: Seorang tukang sapu sampah dihadiahkan set barangan kemas selepas dia dihina di laman sosial apabila gambarnya merenung barang kemas di sebuah kedai emas dimuat naik di Twitter baru-baru ini.

Nazer al-Islam Abdul Karim, 65, yang berasal dari Bangladesh menjadi mangsa penghinaan selepas gambarnya dimuat di laman Twitter dengan keterangan “Lelaki ini hanya layak melihat sampah.”

Beberapa pengguna lain turut mempersendakan lelaki berkenaan sehingga gambar itu menjadi viral.

Kerana berang dengan sikap pengguna laman sosial itu, seorang lelaki, Abdullah Al-Qahtani melalui laman Twitter, Ensaneyat melancarkan kempen membantu lelaki itu.

Kempen Abdullah dikongsi lebih 6,500 kali dan akhirnya seorang pengguna berjaya mengesan Nazer berdasarkan bayang papan tanda pada cermin kedai emas berkenaan.


Hinaan Yang Bawa Tuah Kepada Si Tukang Sapu

LONDON: Kajian pemetaan di Laut Hitam menggunakan teknik rakaman tiga dimensi di dasar laut berjaya mengesan puluhan bangkai kapal karam yang dipercayai tenggelam semasa pemerintahan empayar Uthmaniyyah dan Byzantine.

Penemuan itu berlaku ketika sepasukan pengkaji antarabangsa menjalankan kajian berkenaan menerusi  Projek Arkeologi Maritim Laut Hitam.

Ekspedisi itu diketuai Pusat Arkeologi Universiti Southampton, London.

Ekspedisi tersebut meneroka sehingga 1,800 meter di dasar Laut Hitam menggunakan kapal selam kawalan jauh yang dilengkapi peralatan laut dalam paling canggih di dunia.

“Dengan menggunakan teknik rakaman tiga dimensi untuk struktur laut dalam, kami mampu mengambil imej-imej artifak tanpa mengganggu lantai laut,” kata Ketua Projek, Prof. Jon Adams.

Menerusi penemuan tersebut, pengkaji berharap dapat mendalami aktiviti-aktiviti di perairan di Laut Hitam yang menjadi tumpuan empayar besar lain pada zaman dahulu termasuk Greece dan Rom.

Menurut sejarah, kerajaan Uthmaniyyah yang menakluk Constantinople (Istanbul) menutup Laut Hitam kepada kapal dagang pada 1453 dan dibuka semula 400 tahun kemudian iaitu pada 1856. 

Penemuan Puluhan Bangakai Kapal Karam Empayar Uthmaniyyah Ditemui Di Dasar Laut Hitam

Penyanyi Razis Ismail menjadi peserta pertama tersingkir pada konsert minggu kedua program Gegar Vaganza musim ketiga yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini, Ahad.

Pada konsert berkenaan Razis menyanyikan lagu nyanyian asal Datuk Jamal Abdillah berjudul Bunga Pujaan mendapat markah tercorot daripada juri profesional yang mengadili para peserta.

Seperti dua musim terdahulu, Gegar Vaganza menampilkan Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim sebagai juri tetap.

Manakala penyanyi era 60-an, Datuk A. Rahman Hassan tampil sebagai juri jemputan pada konsert minggu ini.Kesemua peserta diadili 100 peratus menerusi pemarkahan daripada barisan juri.

Sementara itu, Azharina dipilih sebagai pemenang Vokal Paling Menyengat pada minggu ini.Pada konsert itu, Azharina menyampaikan lagu yang dipopularkan oleh Datuk Sheil Majid iaitu Sinaran.

Razis Ismail Tersingkir Di Minggu Pertama Gegar Vaganza 3