“Life saving dia sejak dari 2009 lebur 40k”
Lelaki ini juga mendakwa simpanan adiknya sejak mula bekerja dari tahun 2009 lebur dan jumlahnya RM40,000. Dia juga menyatakan sudah membuat laporan polis dan bekukan akaun tersebut. Dia turut mendakwa pihak bank menafikan tentang godaman itu.
Ini adalah butiran mengenai akaun adiknya yang tertera seperti gambar di bawah. Baki dalam akaun hanya tinggal RM394.44 sahaja dan ada dua transaksi berjumlah RM20,000 setiap satu.
Adik aku takde dapat any calls, text, tac or push notification pun about this…