Nenek Lahirkan Bayi Selepas 46 Tahun,Kerana Mitos Zuriat Jadi 'Batu' - Keli Merah
Pelik Seorang wanita di Casablanca, Moroko (Maghribi) didakwa hamil sehinggalah ‘melahirkan’ bayinya 46 tahun kemudian.

Zahra Aboutalib dilaporkan hamil sejak tahun 1955, namun dia tidak pernah memeriksa kandungannya kepada pasukan perubatan tempatan.

Pada mulanya, Zahra berasa sakit yang tidak tertanggung selama 48 jam, namun disebabkan trauma melihat pesakit lain meninggal dunia ketika melahirkan, Zahra melarikan diri.

Malah, dia turut menahan kesakitan tersebut selama beberapa hari hingga rasa itu hilang sepenuhnya.

Apabila kesakitan itu hilang, Zahra terus membiarkan kandungannya sehingga genap berusia satu tahun.

Yakin kepada mitos ‘anak tertidur’ berdasarkan cerita rakyat Maghribi, Zahra memilih untuk membiarkan kehamilan tersebut.

Mengikut mitos berkenaan, janin akan menjadi tidak aktif dan tertidur jika belum dilahirkan melebihi hari kelahiran sepatutnya.

Mitos itu berasaskan kepercayaan sihir hitam dan putih yang boleh menjejaskan kandungan.

Setelah hilang rasa sakit, Zahra meneruskan hidupnya seperti biasa sehingga berusia 75 tahun. Dia tidak pernah melahirkan anak sepanjang tempoh itu.

Walaubagaimanapun, setelah 46 tahun, rasa sakit kembali dan memaksanya ke klinik setempat bersama anak angkatnya.

Hasil pemeriksaan ultrasound, doktor mendapati terdapat sesuatu yang ganjil di dalam rahim Zahra.

Ketika itu, mereka mendiagnos Zahra dengan ketumbuhan ovari. Namun, hasil pembedahan membuatkan kumpulan doktor terkejut.

Mereka menemui seorang bayi yang telah menjadi batu. Zahra disahkan mengalami kehamilan di luar rahim.

Janin yang telah meninggal dunia itu dikatakan telah diliputi tisu mati yang mengering dan mengeras lantas menjadikannya lithopedion atau ‘bayi batu’.

Ketika ‘dilahirkan’, bayi tersebut dilaporkan mempunyai berat kira-kira 3.18 kilogram dan berkepanjangan 42cm.

Sumber: Tribun News, Mummipedia

Nenek Lahirkan Bayi Selepas 46 Tahun,Kerana Mitos Zuriat Jadi 'Batu'

Load Comments

Notifications

Disqus Logo