Seorang lelaki sanggup memasak dan menjamah daging yang digoreng daripada bahagian kakinya yang terputus.
Menerusi perkongsian yang dibuat di laman Reddit, lelaki yang dikenali sebagai Shiny Shart itu berkata, dia telah terlibat di dalam kemalangan jalan raya, dua tahun lalu.
Akibat insiden itu, kaki kirinya yang sudah gagal berfungsi akhirnya dipotong sebelum dia meminta kepada doktor untuk membawa kaki tersebut pulang ke rumah.
Apa yang mengejutkan, dia mengambil keputusan untuk memasak hidangan daripada bahagian kaki itu untuk dimakan.
Melalui bantuan rakan-rakannya, mereka memasak hidangan ringkas dengan menggoreng isi kaki tersebut sebelum menjamahnya bersama-sama.
Ketika diajukan soalan oleh netizen mengenai tindakannya itu, dia berkata, selama ini dia dan rakan-rakannya sering berseloroh untuk merasai daging manusia.
Jadi, peluang yang ada ini tidak dilepaskan oleh mereka selain berkata salah seorang rakannya ‘memuntahkan’ semula daging tersebut kerana liat.
Menurut lelaki ini, rasa daging kaki yang dimasak bersama bawang, lada dan sedikit perahan limau juga sangat enak.
Malah, rasanya dikatakan lebih sedap daripada ‘hot dog’ dan burger biasa.
Sanggup korang Makan Kaki sendiri walaupun dah berpisah dengan badan ?
Sumber : reddit