eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Abang Bomba ‘Cemas’, Bantu Si Comel Kepala Tersangkut Di Lubang Sinki





Perkongsian oleh Balai Bomba dan Penyelamat Skudai melalui laman facebook, mengenai gelagat anak kucing nakal yang diselamatkan oleh pihak bomba, baru-baru ini.

Menerusi gambar yang dimuat naik, kepala anak kucing comel itu tersangkut di lubang singki yang sudah tidak digunakan lagi. Mukanya yang ‘menyesal’ itu seakan merayu meminta pertolongan.

Rasa kasihan dan kelakar, nasib baik ada abang bomba yang pantas datang menjadi wira!




Posting tersebut ternyata mengundang reaksi warga net terutamanya pencinta kucing yang ‘geram’ akan kenakalan haiwan itu.



Malah tidak kurang juga yang mengucapkan terima kasih kepada pihak bomba yang sanggup melakukan apa sahaja demi tugas bagi menyelamatkan nyawa manusia mahupun haiwan.

Terima kasih abang bomba

Boleh buat abang bomba hilang stress kerja




Nakal sampai tak pasal kena panggil bomba