eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

30 Individu Ditahan Anjur Private Party ,Saat Wabak COVID-19 Melanda Negara

Saat negara sedang dalam keadaan berwasapada mengenai ancaman penularan wabak COVID-19, sekumpulan anak muda telah mengingkari Perintah Pergerakan Kawalan (PKP) yang telah dikuatkuasakan sejak minggu lalu.

30 individu anjur private party

Memetik laporan Harian Metro, seramai 30 individu telah ditahan oleh pihak berkuasa didalam Ops Private Party pada malam semalam. Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, serbuan tersebut melibatkan 3 kediaman di pangsapuri Jalan Tanjung Puteri, Johor bahru. Apa yang mengejutkan, dalam operasi tersebut polis turut menahan remaja berusia 15 tahun. Hasil ujian saringan air kencing juga mendapati 10 daripada mereka positif bahan terlarang. Tambahnya lagi, mereka yang ditahan membabitkan 20 orang lelaki dan 10 wanita.


Ingkar arahan PKP

Dalam pada itu, pihak berkuasa turut menahan 3 remaja perempuan termasuk dua beradik berusia 15 hingga 20 tahun dalam sekatan jalan raya dalam operasi PKP di Lebuhraya Sultan Ismail petang semalam. Hasil siasatan mendapati salah seorang daripada mereka memiliki selain positif bahan terlarang.

Masa musibah melanda ni, korang boleh pulak..

Ekoran penahanan tersebut, orang ramai menyifatkan mereka sebagai insan yang mementingkan diri dan tidak peka dengan keadaan semasa. Selain itu, netizen turut menasihati supaya orang ramai sentiasa menjaga kelakuan terutama ketika negara sedang ditimpa bencana.



Sumber : Harian Metro