eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Artis Tomok, Shuib & Black Hanifah mohon maaf di Instagram


Setelah penyanyi popular, Black Hanifah dan Tomok meluahkan pendapat mereka beberapa hari lalu, Shuib Sepahtu juga tampil mempertahankan pendapat kedua penyanyi terkenal berkenaan.

Namun begitu, tidak disangkakan mereka dihentam teruk selepas menyuarakan pandangan mereka sehingga beberapa hari ini, nama mereka hangat diperkatakan menerusi laman sosial.

Tomok, Shuib & Black Hanifah mohon maaf

Walau bagaimanapun, ketiga-tiga selebriti ini telah tampil memohon maaf dengan memuat naik posting dilaman Instagram masing-masing kerana enggan keadaan menjadi semakin buruk.




“Assalamualaikum semua… untuk tidak menjadikan keadaan semakin buruk saya ingin meminta maaf kepada semua rakyat Malaysia.”

“Maaf sekiranya statement saya di Instagram tempoh hari ada menyakiti hati kalian. Saya juga manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan. Maafkan saya semua.” Ujar Tomok selain mengajak orang ramai bersama-sama mendoakan negara.

Shuib menerusi laman Instagram miliknya juga memohon maaf selain menegaskan bahawa dia selalu mengenang jasa semua yang menyokong dirinya.
“Saya terima apa juga kata-kata anda. Satu yang pasti, saya selalu kenang jasa anda semua yang menyokong saya.” Ujarnya dan turut mengajak orang ramai mendoakan negara agar bebas dari wabak Covid-19.

Dalam pada itu, Black Hanifah memuat naik rakaman video dan menulis kapsyen bahawa dirinya meminta maaf selain mengharapkan agar netizen diluar sana menghentikan komen tidak baik keatas dirinya dan keluarga.


Pun begitu, rata-rata netizen diruangan komen memberikan respon baik terhadap Tomok, Shuib dan Black Hanifah yang tampil mohon maaf.

Sumber: Tomok, Shuib Sepahtu, Instagram Black Hanifah