eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Gunting Rambut ‘Jarak Jauh’ Salon Di China

Penduduk China telah hadir dengan pelbagai penyelesaian untuk menjalani kehidupan seharian seperti biasa walaupun dalam keadaan negara mereka yang teruk dihentam wabak Covid-19.



Dari menghantar makanan kepada berjabat tangan, segelintir rakyat China tetap berkeras untuk keluar dari rumah bagi mendapatkan kemahuan mereka.

Jika sebelum ini kita telah melihat bagaimana penduduk China sanggup beratur panjang untuk mendapatkan minuman teh boba mereka, kali ini pula ada yang berkorban untuk mendapatkan potongan rambut.

Beberapa salon di China telah menghasilkan cara yang kreatif untuk menggunting rambut pelanggan sambil mengekalkan jarak yang selamat di




Dalam video yang dikongsikan, pekerja salon dilihat memakai topeng pelindung hidung dan mulut sambil memegang batang sepanjang empat kaki.


Setiap batang disambungkan dengan berus, pencukur dan pengering rambut agar tukang gunting tidak perlu menghampiri pelanggan.

Menurut seorang penggunting rambut yang memuat naik videonya di TikTok, walaupun kini warga China tidak lagi berada di dalam kuarantin, orang ramai tetap perlu mengelak kontak fizikal antara satu sama lain.

Pegawai kesihatan China telah menasihatkan warganya untuk mengekalkan jarak minima sejauh 1,5 meter dari satu sama lain di tempat awam.

Klip yang tersebar membuat rata-rata netizen China terhibur dengan cara gunting rambut jarak jauh itu dan kagum dengan kemahiran dan kekuatan pekerja salon.