eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Ibu Mandikan Barang Dapur Dengan Air Sabun Kerana Takut Dijangkiti Wabak Coronavirus

Seperti yang dilakukan oleh China dan Korea Selatan, ada yang sanggup membakar duit mereka kerana takut dijangkiti wabak coronavirus.

Oleh kerana wang kertas mempunyai keupayaan untuk mengumpulkan pelbagai kuman di permukaannya, ramai ibu-ibu yang berkongsikan bagaimana mereka akan membersihkan setiap duit baru yang mereka terima.

Selain wang kertas, barang-barang yang dibeli dari pasaraya juga berpotensi untuk menyebarkan virus dan pakar kesihatan telah menasihati orang ramai untuk mengelap produk-produk yang dibeli menggunakan antibacterial wipes.

Namun seorang ibu ini pergi ke tahap seterusnya dengan memandikan barang-barang dapur yang dibelinya. Dalam satu perkongsian di Twitter, anak perempuan kepada wanita tersebut mendedahkan langkah berjaga-jaga ibunya yang ekstrim itu.



Gambar yang dimuatnaik menunjukkan beberapa barang dapur seperti yogurt, sayur-sayuran, keju dan epal direndamkan dalam air panas bersabun di dalam tab mandi. Satu tab aiskrim walau bagaimanapun dikecualikan dari proses itu untuk mengelak ia dari cair.

Perkongsian itu membuat ramai garu kepala di samping ada yang turut mengaku melakukan perkara yang sama.


Sumber:Twiter