eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Seekor Kucing Di Belgium Positif Covid-19

Gambar Sekadar Hiasan/Kredit: ramszei


Biarpun sebelum ini ada yang risau adakah haiwan peliharaan boleh dijangkiti dengan virus ini, namun semalam sebuah portal antarabangsa melaporkan seekor kucing telah disahkan dijangkiti Covid-19.

Dalam laporan tersebut ada menulis berita mengenai seekor kucing di Belgium disahkan positif Covid-19 oleh pihak berkuasa kesihatan tempatan.

Menurut Ketua Penyakit Virus di Institut Kesihatan, Steven van Gucht, kucing positif Covid-19 itu tinggal bersama tuannya seorang wanita yang mula menunjukkan simptom. Dikatakan wanita itu dikesan mengalami simptom tersebut seminggu sebelum kucing tersebut pula alami kesukaran bernafas, cirit-birit dan muntah-muntah.

Walaubagaimanapun setakat ini tiada informasi lanjut mengenai keadaan terkini kucing itu dan juga wanita terbabit.

Biarpun begitu, ia adalah kes terpencil dan risiko penyebaran antara manusia dan haiwan adalah sangat rendah. Tambahnya lagi tiada bukti yang menunjukkan virus tersebut boleh disebarkan kepada manusia daripada haiwan peliharaan dan sesama mereka.

Selain itu sebelum ini dua ekor anjing di Hong Kong disahkan positif Covid-19. Apa-apa pun di musim virus yang kian menular harapnya semua dapat bertenang dan patuhi arahan pihak berkuasa.

SUMBER: Fox News